Jumaat lepas saya sediakan jambangan kekwa
biru dan lauk tempoyak ikan patin untuk terima tetamu. Asma Azman
pelajar sarjana Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan
Melayu, UKM berkunjung ke rumah untuk sesi temubual. Saya tanyakan tajuk kajiannya. Sebab selalunya kalau pelajar universiti jumpa saya, kajian mereka seputar karya saya.
Kata Asma, judul tugasannya untuk semestar ini, Kajian Tokoh Lily
Haslina: Karya Kanak-Kanak & Remaja. Saya berkerut kejap. Satu
perkara yang terlintas di fikiran. Hohoho itu signal awal saya sudah
warga emas. Saya sudah tuaaaaaa sesangat sampai anak-anak atau adik-adik
interview begitu. Kajian karya pula fokus pada semua judul siiri Aku,
Dia & Coklat, Aku, Dia & Gosip, Glamor, Drama Queen dan Gaun
Pengantin. Hem, anak saya kata... mak sedar diri mak! Mak dah tak muda
lagi dah... Tak lama mak dengan karya mak masuk arkib sama muzium!;) Syafiq kata dah boleh sangat mak survey dan booking mana-mana almari kaca muzium yang muat saiz mak..... Mak dah tahap barang artifak dah...:)) cessss
2 comments:
Salam.
Tak apalah lily,,
antik tu.. mahal harganya..hihi
lily,
tu lah kita kena baik dgn org muda...sebab depa akan menulis tentang kita...moga moga ditulis yang baik baik hehehe
Post a Comment