Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih MAT GEBU (DAPUR TANPA SEMPADAN) Yang Sentiasa Ingat:))

Saya tak pernah bertemu dengan blogger masakan tersohor satu malaya ni, Mat Gebu aka Che Mat aka Adnan. Tapi pengalaman berurusan dengannya satu ketika dahulu adalah satu pengalaman kerja yang amat menyenangkan. Terima kasih buat Kak Hanieliza yang memperkenalkan kami. Dari Mat Gebu juga saya kenal ramai tukang masak terkenal seantero malaya ni. Depa ni bukan takat terror masak, presentation pun memang setara atau kekadang saya rasa jauh lebih hebat dari Jamie Oliver atau Nigella yang seksi tu.

Biarpun hebat, seperkara yang sangat terkesan di hati, mereka semua ni sangat merendah diri. Buat saya terharu, selalu aje mention nama saya setiap kali karya atau kisah mereka tersiar di majalah. Allah, siapalah saya... saya cuma buat kerja aje dulu:))

Buat tukang masak yang juga empunya blog yang mapan ni, saya ucapkan teruslah gigih di dapur, masak dengan penuh kasih sayang dan terus berkongsi rahsia dapur dan resipi dengan penuh rasa tulus. Terima kasih sekali lagi. Di bawah ini pic saya pinjam dari fb mat gebu dan sedikit catatannya:


Terim kasih Majalah Jelita November 2013. sebab selit kan blog DTS bersama blog Che Ct dan Azlita Aziz.....

~~ terima kasih Kak Lily Haslina Nasir yang memperkenalkan ramai blogger2 masakan ke Majalah Jelita semasa beliau bertugas di Jelita dulu....



Semoga Semuanya Tenang-Tenang Ya:))




Lima tahun lepas sewaktu hantar dia, air mukanya beku:( Tiada perasaan langsung. Mengenangkan dia yang sangat pendiam (kalau kita tanya 10 patah mungkin dia akan balas 1/2 patah saja atau mungkin sekadar angguk atau senyum) maka jenuh saya pesan, "Kalau jumpa senior atau ternampak senior, senyum tanda hormat." Dan tidak terkecuali beberapa siri air mata tumpah sewaktu mahu kembali ke asrama selepas outing bermalam. Ini kisah sewaktu menengah rendah. Alhamdulillah, sekarang dengan bangga dia sebut sambil menyuap nasi di dewan makan, "Sedap apa food dekat dining hall ni! Food dia sedap mak! Kita makan ok sesangat!" Dalam hati saya, yalah.... rasa sayang tentu dah ada selepas hampir lima tahun dan hanya sebulan saja bersisa di sini.




Buat semua anakanda yang menduduki SPM, sama ada di TKC, SABDA, di kejiranan saya atau di mana sahaja, didoakan semoga tenang-tenang sahaja ya:)) Mudah-mudahan setiap soalan dapat dijawab dengan hati yang lapang.


Wednesday, October 30, 2013

KERJA DARI RUMAH:))




SAYA SELALU terima emel atau pm dari adik-adik yang bertanya macam-macam tips menulis atau tips bekerja dari rumah. Ada yang saya dah share di fb. 
Okay saja kongsi tips buat yang selalu tanya saya. Macam mana saya selalu dapat job yang kekadang saya pun tak pernah plan untuk terjebak.

1. Saya jenis redah dan buat. Sentiasa yakin ada cara untuk belajar dan saya tak suka belajar cara susah. Hahaha, biar menangis sorang-sorang time belajar buat sesuatu, tapi depan orang sengih aje. Sendiri-sendiri sebenarnya saya huru-hara nak belajar buat benda yang mungkin baru bagi saya. Kena pantas belajar. Kena cool biar jiwa kacau dihambat deadline.

2. Ada kawan kata saya gila. Kalau agensi emel saya minta siapkan job esok pagi dan dia emelkan jam 4 petang, saya tetap kata YA. Saya tak langgar deadline dengan client. Nak pulak kalau client tu memang company yang bertaraf worldwide. Biarpun sampai 35 halaman terjemahan, dan tempoh masa yang saya ada kurang 12 jam, YA, saya siapkan juga.

3. Saya tak pernah tanya bab duit. Saya akan kata terpulang bajet tuan dan berapa harga patut saya atau berapa harga market. Biasa aje kalau orang delay payment sebab dalam industri kerja sendiri ni, duit lewat memang biasa. Jadi kena ada tolak-ansur. Dan kekadang ada bos dah janji sekian tapi bila dia bayar jadi kurang, saya tak pernah marah atau bising. Saya terima dengan senyum. Bagi saya untuk jangka panjang, saya tetap tak rugi. Bos begitu akan cari saya balik.

4. Saya juga tak pernah ambil duit muka atau duit tanda jadi kerja. Tak pernah. Selesai kerja baru kira. Sebab saya faham apabila projek baru bermula selalunya tuan besar pun tak dapat cash. Jadi kena ada tolak ansur.

Saya, Rezeki dan Ternakan Sekeliling:))

DUDUK seorang diri bila terpandangkan gambar-gambar zaman kerja dulu, baru saya terperasan sesuatu. Setiap kali saya terima award atau anugerah kewartawanan, tentunya selepas dua bulan saya dapat baby baru. 



Nikmat Tuhan yang tak mampu dinafikan. Aturan Tuhan penuh rahsia dan tamsil. 
Saya selalu pesan pada diri, saya cuma menumpang rezeki anak. Dan sekarang tambah lagi warga di rumah, saya menumpang rezek kucing:), ayam-ayam, juga angsa dan terkini ternakan ikan haruan:))

Ada- Ada Aje:))


Saya tahu anak bujang saya pergi majlis nikah temannya (lelaki) yang sudah bertemu jodoh dalam usia 20 tahun. Tetiba dalam jam enam pagi saya dapat mesej. Mak, yeahhhh.... Kita jadi saksi kawan kita nikah. Nama kita, ic kita ada dalam sijil nikah dia nanti!

Berkerut kejap saya baca. Errrk tu pun suka dan bangga ke? Haish bebudak ni! Macam tak relevan aje.


KATA SAHABAT SAYA, RAHANA MD dalam nada mengusik:
Kita pun berdegup degap jantung baca...klu lah gini .."mak...yeay .tadi Syafiq jadi saksi nikah kawan kita..lepas tu dia pulak jadi saksi kita.. .kira nama kita berdua ada lah dlm sijil masing-masing nanti"........alahaiiii shafiq.....mak tu bukan takat cuak....
bentan terus....

Wednesday, October 16, 2013

Dah Raya:))

Salam aidiladha untuk semua. Semoga kita sentiasa dilimpahi kasih sayang Ilahi.
Malam raya haji, saya terkejut tak terkata. Dapur saya tetiba macam kena bom!

"COOL!!! Fuhhh Abang Syafiq lagend!! Main mercun dekat dapur:(( "

Tu ayat si Adib. Rasa nak sekeh kepala dia!
Kalau bebudak lelaki ni kecil lagi mahu aje saya rotan dua-dua sekali dengan pembaris gergasi saya! Bergegar dapur bila anak yang dah bujang main mercun dalam rumah. Kesian kucing-kucing semua lintang-pukang lari:))

Raya korban, macam biasa, memang mabuk daging dibuatnya.
Rosie, Yaya, Bibik Fatimah (pembantu Rosie), Azlan sama-sama berkongsi buat korban dengan saya di sini. Kalau Mek Siti Munirah, adik saya dari Melaka ada sama Aqil dan Safuan rasanya harus jadi kenduri rumah saya.

Yaya sempat belajar main congkak di rumah saya. Biar agak stress awalnya. Mujur ada doll Baby Alive yang beratus hinggit dipaw Rania dari daddy dia. Doll tu buat Rania cool siikit waktu dia tension belajar main congkak sama mama dia. 

Terima kasih buat Aziz, anak Amy jiran saya yang sama-sama tolong siang daging. Saya? Hahaha.... sejak dulu memang saya jarang mencemar duli buat kerja-kerja siang daging ke, ikan, ayam ke... tu kerja umat lelaki di rumah saya. Over kan?? Kata Cikgu Mustamir, cikgu kelas Adib, "Memang agak over kak lily:))"











Sesi raya, macam biasa, makan sampai tak larat. Masak dan masak tak habis-habis di dapur. Mula-mula macam tertib aje makan di meja makan. Lepas siaran ulangan kali kedua, tak kuasa dah nak makan di meja. Bentang di lantai aje, makan bersila sambil bersambung-sambung tengok movie. Tu pun mujur saya dah sorokkan mercun. Kalau tak harus berdentam-dentum mercun di rumah.


Macam-macam sesi ada bila anak buah dengan makcik favourite berkumpul. Syafiq tetiba buat persidangan tergempar depan pakcik azlan dan achik rosie. Buat proposal nak beli kereta. Hamboiiii, baru tahun satu dah nak melaram dengan kereta. Saya tanya mau kancil? Viva? Wah kemain jawabnya mau Satria Neo, tak pun kalau ada ihsan dan simpati mak, mau Civic Type R. Hah, mau bertanduk dan berasap saya kejap! Achik Azlan pulak beri cadangan. Beli aje big bike. Wah amboiii...... 

Saya bebel, dah bagi motor buruk dah cukup baik. Mak dulu turun bas naik bas aje zaman kampus. Huwaaa, achik rosie pulak balas, zaman dulu tak releven dah! Tak sama sekarang. Alah, Kak Lily.... Jazz pun dah murah kan?. Hoooh patut rosie memang makcik kegemaran ramai sepanjang zaman. Saya cakap sama Syafiq, mimpi dulu di siang hari. Doa banyak-banyak. Kotlah mak dapat ilham dari langit, mana tau mak lembut hati kan:)) 


ShareThis