Wednesday, November 6, 2013

Semoga Semuanya Tenang-Tenang Ya:))




Lima tahun lepas sewaktu hantar dia, air mukanya beku:( Tiada perasaan langsung. Mengenangkan dia yang sangat pendiam (kalau kita tanya 10 patah mungkin dia akan balas 1/2 patah saja atau mungkin sekadar angguk atau senyum) maka jenuh saya pesan, "Kalau jumpa senior atau ternampak senior, senyum tanda hormat." Dan tidak terkecuali beberapa siri air mata tumpah sewaktu mahu kembali ke asrama selepas outing bermalam. Ini kisah sewaktu menengah rendah. Alhamdulillah, sekarang dengan bangga dia sebut sambil menyuap nasi di dewan makan, "Sedap apa food dekat dining hall ni! Food dia sedap mak! Kita makan ok sesangat!" Dalam hati saya, yalah.... rasa sayang tentu dah ada selepas hampir lima tahun dan hanya sebulan saja bersisa di sini.




Buat semua anakanda yang menduduki SPM, sama ada di TKC, SABDA, di kejiranan saya atau di mana sahaja, didoakan semoga tenang-tenang sahaja ya:)) Mudah-mudahan setiap soalan dapat dijawab dengan hati yang lapang.


No comments:

ShareThis