Wednesday, November 6, 2013

Cerita Braces

LIMA BULAN yang lepas, saya bersembang-sembang dengan Nurul Farhanah @ Ann, yang masa tu di Jordan. Hah, saya macam biasalah... kawan anak saya pun saya kira kawan saya:))

Ann cerita pasal dia baru balik kelas. Pasal dia yang dah tiga bulan masa tu pakai braces. Lepas tu Ann send gambar dia pada saya. Wahhh!!! Serius berbeza. Dalam masa tiga bulan Ann berubah sesangat bentuk susunan giginya.

Maka sembang-sembang santai tu berubah jadi isu global untuk saya. Dan, saya bagitau Ann, "Okay, esok auntie gi klinik gigi ya!"

Tetiba aje dalam sekelip mata saya dapat hidayah. Eh nak pakai braceslah! Walhal zaman adik saya Rosie pakai braces waktu dia student dulu, tak pernah pun saya ambil peduli.

Cita-cita nak pakai tu pernah ada waktu saya baru di Jelita. Ingat lagi masa dapat bonus dua bulan dengan ex-gratia, rasa nak buat. Cesss tetiba housemate saya kata, "Awak buat sekarang mahal-mahal, entah-entah awak mati lagi tiga tahun, rugi aje duit!"

Maka duit bajet buat braces tu saya curahkan ke Poh Kong waktu tu beli seketul gelang tangan RM5,000. Selamat tinggal braces! Besi gigi dah jadi emas, kira taklah ralat sangat:((

Tapi bila ada anak perempuan, pandai pulak saya paksa Anis. Masa Anis pakai tu saya tengok dia memang tak ada emosi. Cool aje macam tak sakit apa-apa. Tak pernah sekali saya dengar Anis berkeluh. 

Kemudian partner in crime saya, Rose Harissa pakai dua tahun lepas. Puas dia pujuk saya. Tapi itulah... tak sampai seru. Macam tak berminat. Sikit pun tak tergoda. Tapi bila Ann cerita, haishh cepat sungguh saya terbuka hati. Kemudian saya belek gambar Rose. Huhhuu sumpah kawan saya dah comel!!

Maka saya beritahu Rosie adik saya pasal ni. Your money kak lily, just do it! Rosie pun ingat nak pakai semula. Kak lily, nanti gerenti kak lily kurus bila pakai besi tu:))

Wah, bila dengar komen rosie, saya rasa ok... not too late. Tapi bila cakap dengan anak lelaki. Semua kata saya membazir duit! Mak, buang masa aje mak buat...

Tapi bila saya dengan redo serah diri pada doktor gigi... eh, okay aje. Nak pulak doktor aina sangat sangat ok. Nak scaling pun saya mintak bius. Sejak pakai braces ni memang rajin saya keep in touch dan updates selalu dengan ann yang ada di jordan. Hah time gini nyesal tak pakai dari dulu. Memang rasanya saya susut dan jadi kurus sebab braces ni. Taklah sakit mana pun. Taklah teruk sangat. Cuma jadi malas nak makan sebab leceh nak kerap berus gigi.



Bila tukar dawai yang lebih tebal. Haha baru terasa sengal, terasa ketat dan mencengkam gigi yang kena ikat besi ni:)) Pada sesiapa yang nak buat braces tu, ok... ok sebenarnya. Taklah menderita mana pun. Cuma memang diakui kuruslah jugak dibuatnya. Saya rasa makin cengkung dibuatnya:)) Tapi oklah... sebab jadi kurus:))
ROSE HARISSA selepas dua tahun memakai braces. Serius berbeza bentuk muka selepas braces:)) Makin comel:))


Adib adik Anis pun dah merengek nak pakai braces. Saya kata ok cuma ada yang kata sayang kalau dia buat, gigi taring dia akan hilang:)) Saya, Syafiq dengan Adib memang diusik kawan-kawan Syafiq sebagai The Tarings' Family:) Haha lepas ni tinggal bebudak tu aje bertaring sebab braces dah buat bila saya sengih hilang taring. Tak nampak dah taring tu sejak gigi dah masuk baris, dah masuk saf:))





Terima kasih dearest Nurul Farhanah yang setiap kali pulang akan ziarah saya. Ni pic kami masa saya baru sebulan pakai. Ann siap bawakan coklat dan floss gigi untuk saya. Inilah rakan segigi besi saya. 



No comments:

ShareThis