Tuesday, October 14, 2008

SELAMAT utk Laila dan Family di BERLIN

MASIH MOOD RAYA KAN?! Leganya bila dapat menyahut di Shoutbox sebelah tu. Rasa bersalah pulak bila lama sungguh tak keluar suara di situ.

Tak ada apa cerita menarik selain daripada saya sendiri lega bila kerja-kerja saya utk terjemahan KEMPEN ANUGERAH HARUMAN PERTAMA MALAYSIA (SA SA & MEDIA UTUSAN) selesai. Kalau tidak rasa macam tak selesa sungguh bila asyik terfikir-fikir. Pada yg kat luar sana yg suka kumpul perfume, jom belilah banyak-banyak perfume di SA SA. Sebut aje nak jenama apa..Calvin Klein In 2 U Man, Vera Wang, Giorgio Armani- Armani Code, Davidoff, Anna Sui, semuanya ada! Lepas tu hantar undian perfume mana yg jadi kegemaran. Mana tahu nanti dapat hadiah besar! Setiap RM1 daripada pembelian diderma kepada Persatuan Kanser Payu Dara Malaysia.

Minggu lepas juga Laila Kamilia, rakan penulis berlepas ke Berlin. Sempat kami semua berkumpul! Pada Rose Harissa, kasih sayang utk kau (ha!Ha! time ni jer) sebab sudi jadi mak supir aku! Pada Laila pandai-pandailah bawa diri ya ditempat orang! Mesti banyak pengalaman boleh dikutip utk berkarya. Wah karya baru Laila juga keluar dalam tempoh ni! Tahniah utk Laila! Mesti kegembiraan dapat jawatan Dapur Officer (DO) di Berlin berganda bila novel baru keluar.


Utk seminggu dua ni, tenang betul jiwa saya. Syafiq PMR jadi dia tukar angin jadi anak yg baik sekejap. SEKEJAP JER TU! Tak payah saya jerit suruh solat, suruh ngaji satu keluarga.. saya kata tak payah ngajilah dgn mak, baik syafiq belajar, tahu apa jawabnya. Alah, tak apalah mak, mengaji kejap aje.. tak lama pun, lepas tu syafiq sambung belajarlah.

Cewah, macam budak berjiwa putih pulaklah jawapan dia tu! Kalau tidak, muncung sedepa, kepala dia tu mahu keluar asap, kalau boleh nampak agaknya tanduk pun keluar... bila saya kerah belajar dan solat!

Rasa lawak pulak bila syafiq tetiba jadi berhemah sopan mcm tu. Kalau tidak mahu 2-3 rumah jiran dengar saya menjerit hambat syafiq satu rumah! Pagi tadi dia buat kecoh lagi. Abah dia kena patah balik rumah bila saya sudah menjerit di telefon kata Syafiq tertinggal IC dan slip peperiksaan. Memang kuat berangan betul anak saya tu. Entahlah, selagi dia tak cukup dewasa memang saya akan selalu guna suara dengan volume yg tinggi utk tegur dia saban hari!

9 comments:

Intan said...

All the best Syafiq!

Moga dipermudahkan segalanya.

:)

Ummu Auni said...

kalau anak saya macam syafiq nanti, tak tahulah macam mana...huhuhu...harap2 abg syafiq dapat jadi role model yang baik untuk adik2 :D

Ummu Auni said...

kak lily, satu lagi pesan kat syafiq, jangan rajin berdoa masa exam je, lepas exam pun SAMA - kalau boleh sekali ganda lagi, sebab masa tu lah examiner tengah marking paper

CS said...

Lily, I mampu 'senyom simpol' bila baca hal Syafiq. Apa pun, semoga dia berjaya with flying colors. Salam

LK said...

terima kasih kak lily
dan tahniah untuk Di Langit Cinta....
semoga kita bertemu lagi..muah

doa utk syafiq yang soleh..hhehe dia turun kenakalan mak dia tu. sabo jela

Lily Haslina Nasir said...

Intan, terima kasih di atas ucapan! Mudah-mudahan doa yg sama juga utk keluarga intan dari akak

Lily Haslina Nasir said...

ummu auni,
macam itulah ya budak budak sekarang yg panjang akal dan lebih berani daripada kita zaman dulu!
zaman akak dulu kalau mak tegur, takut dan kecut perut dibuatnya!
Terima kasih atas pesanan perihal doa tu! Betul, waktu tu sebenarnya lebih kritikal!

Lily Haslina Nasir said...

Somuffins,
Akak cuma mampu doa saja. Kenakalan dia tu akak terpaksa telan sebab akak dulu pun zmn sekolah... astaga.. nakal yg boleh buat cikgu urut dada jugaklah!

Lily Haslina Nasir said...

Laila,
Nanti kalau balik dari German tu jangan lupa angkut sekali banyak banyak ye kereta BMW lepas tu juallah murah murah pada kengkawan

Take care, darling!
Jaga diri di sana!

ShareThis