Sunday, December 30, 2012

Cari Masa Untuk Sambung

Saya keluar tonton midnight movie. Sempat saya google dalam panggung melalui tab, berapa jam movie Hobbit tu. Mak aiii... saya masuk jam 12 malam, habis cerita jam 3 pagi! Nyesal. Maka saya tidur dua jam pertama. Sampai Adib sindir, "Seronok tidur mak?"


Sebabnya saya biarpun berjalan kepala fikir plot novel yang tak siap-siap. Rasa bersalah  pada diri sendiri. Hahhaah cita cita melangit kan... mau siapkan dua serentak. Love You In Silence - kala cinta hilang kata sama Superlicious Sofea.
 
Sejak kelmarin bercita-cita mahu taip untuk novel bersiri yang sebenarnya dah dua tahun terbengkalai. Plot ke laut, komputer di dapur! Selama ni saya selalu kata boleh aje kalau mahu menaip. Kalau mahu seribu daya! Cewahhh, kalau tengah free, tengah laju menaip, selalu saya sebut gitu pada adik-adik calon penulis. Disiplin, kemahuan, hati kering (kalau tengah menaip, baju kering di ampaian, hujan turun, ada waktu saya biarkan tak kuasa nak angkat... bila free saya basuh balik! Sengalkan?) kena ada bila mahu jadi penulis.

Wah, macam bagus ya... macam senang jer nak menaip ni. Hahaha bila anak-anak berkeliling ada, oh baru saya tahu langit tinggi rendah! Mana mahu masak, mana mahu jadi supir ke tuisyen, mana mau cari vitamin stok di asrama, mana mahu tengok wayang, mana mau gi karaoke, mana nak layan ke futsal! Mana nak layan kucing muntah di karpet! Haishhhh.... ok menaip perlukan komitmen dan ibu-ibu yang menaip sambil jadi memanda menteri di dapur, payah sebenarnya! Dan salute untuk ibu-ibu yang masih bekerja, makan gaji, redah kesesakan jalan raya! Saya dah tak daya untuk itu semua.

2 comments:

EKIN said...

Salam Kak.. Selamat tahun baru.. dah nak sekolah.. lepas nie sunyi lah akak bila anak2 dah ke sekolah tapi kak kan still bz menulis..
Sikin dah habis baca buku My cheeky sweetie Abang.. memang cute lah cerita tu.. tak sabar nak ada seorang anak lelaki.. boleh buat gaduh2 dan manja2 kan...

Lily Haslina Nasir said...

Salam Ekin!
Maaf lewat sesangat balas!
Ya, selamat tahun baru untuk Ekin dan harap semuanya berjalan dengan baik. Semoga Allah terus limpahkan kasih sayangnya buat Ekin. Dah baca ya cerita merapu akak tu! Tq so much dear! Hahaha kalau dapat yang nakal sangat anak anak ni... pening dibuatny.

ShareThis