Thursday, December 27, 2012

Pergi Gym dan Cerita Keluarga Donald Duck



Kekadang dia bantah, kekadang dalam diam dia ikut kata. Saya selalu bising sama Syafiq. Wei, awak ada potensi gemuk macam mak! Badan tak fit! Tengok Adib, ada six pack abs biar kurus! Bahu macam hanger baju! Tangan berurat hijau. Hahaha tak sangka mamat ni dalam diam rasa tercabar. 
Tak sangka. Dah pandai cari gim. Bahu dah mula lebar nampak tegap. Tapi tetap saya bakar dia. Alah, kaki awak macam tiang lampu! Kering! Cuba tengok Adib. Badan sangat maskulin. Serius nampak very the macho. Hahaha dia hangin satu badan. Kemudian saya bisikkan cerita sengal pada dia, "Syafiq tahu tak... ada kawan mak dulu, nak cari calon suami, tak suka lelaki tak ada leher, tak suka yang tak ada urat tangan, yang tangan macam perempuan, yang suka duduk terkepit-kepit dan tentunya yang perut boroi!" Errrr.... mak ni!!! Stress lah!
Saya jawab, "Mak beritahu aje... kawan mak kata, tok nenek dia pesan, orang kata lelaki macam tu lelaki sejuk!" Hahahaha hangin anak saya!




Tak tahu mengapa. Kebelakangan ni dia asyik berkepit aje dengan saya. Kalau tak,  busy semedang aje dengan gf yang panjang senarainya. Saya suka usik dia, kata budak si polan comellah, manislah, cerdiklah, cutelah, manjalah.... Tanpa sebarang niat pun. Saya sengaja kenen-kenenkan dia. Konon saya suka si polan si polan. Hahahah terus dia pangkah cakap saya.

"Banyaklah dia punya kiut miut ya mak..... Tergedik-gedik, meluatlah! Banyaklah awek tu sweet ya mak.... cakap terkeleweh, berdiri tergoyang-goyang macam sotong tak bertulang! Hishhh tak kuasa.... "

"Dia sweet jer muka... Syafiq tackle lah... mak suka dia tu. Dia tu lembut aje cakap dengan mak!"
"Errrr gelilah!!! Mak ingat perempuan aje ke nak tengok lelaki maskulin? Lelaki pun nak cari awek nak lah yang real mak! Hahahah takat cakap lembut, haishhh mulut terjuih juih macam bini donald duck buat apa? Mak bayangkan... dah tua nanti gaya tergedik-gedik, mulut macam itik nak sudu ikan, buruklah!!! Hahahahaah mak nak ke cucu macam family donald duck???" 

"Hei, apa kes donald duck? Mak cakap topik lain... syafiq buka cerita lain!!"

"Alah perempuan sama aje semua. Cantik waktu umur belasan. Dah masuk 30-an kirim salamlah nak buat gaya gedik. Masuk 40 macam mak, khatam teruslah! Buat pulut kuning kalau nak menggedik lagi. Buruks Huduhs! Hahahha... mak dulu pun kurus sekeping kan... hahahah bila dah kahwin, dah ada anak hahhaa.... NALAAAAA badan, rendang rimbun gitu! Mak jangan risau, jangan bising, syafiq kahwin umur 40 nanti!" 

Errr pedas! Pedas!!!! Saya tersengih-sengih kejap bila dia kaitkan dengan saya!

3 comments:

zarra zuyyin said...

Assalamualaikum
Kak, zarra ada idea.
Apa kata akak buat novel berkaitan calon menantu mak.
Ayat shapik tu memang baguslah.

zarra zuyyin said...
This comment has been removed by the author.
Lily Haslina Nasir said...

waalaikumsalam!
hahahah nantilah... tak lalulah cerita pasal mamat tu...

ShareThis