Friday, April 12, 2013

Terima Kasih TV9 (KIM & KAK WAN SAB) & TKC (MISS WONG dan semua)

Pagi ini, saya dengan segala rendah diri mahu ucapkan dua ucapan terima kasih sebanyak bintang di langit buat Miss Wong, Guru Pusat Sumber TKC dan  Kim, Nasi Lemak Kopi O, TV9. Tentunya juta juta juta terima kasih juga buat bos besar Nasi Lemak Kopi O, kanda Wan Sabariah Shikh Ali.


Miss Wong bersama guru TKC dan anak-anak yang tolong uruskan bunting Anis. 


Penghargaan buat Miss Wong yang bersusah-payah dan memaksa Anis naik ke pentas sekolah untuk dua buah novelnya. Biarpun Anis tak berapa rela sebenarnya.

Dan untuk Kim dari TV9,  tq darling sebab  beritahu Kak Lily perihal Anis on air di TV9.

Hahahaa masa Kim mesej tu saya sibuk berkelahi dengan Thambi yang memanjat-manjat rak buku saya di dapur. Alih-alih baru perasan mesej Kim. Syafiq yang cuti menjerit sebab dia memang meluat dengan Thambi, "Hahaha see... mak sibuk aje layan kucing, anak kat tv pun tak ada masa nak tengok!"

No comments:

ShareThis