Thursday, April 11, 2013

Mak, Spec 600 Hinggit Masuk Lubang Tandas;((

Lebih kurang jam 12 malam tetiba dapat panggilan jauh.
"Mak, cermin mata kita jatuh dalam lubang tandas!"

Hohoho mak budak ni rasa berasap satu badan. Cermin mata yang mana? Cermin mata yang enam ratus hinggit tu ke?

"Aha... yang tu!" Mak dia yang nak tidur terus melompat dari katil. Oh, cermin mata tu baru berusia tiga bulan rasanya!




Dia kata jatuh dalam lubang tandas cangkung. Bukan yang tandas macam dalam gambar ni... lepas tu dia di tingkat atas. Dia kata 
lubang tandas tu saluran paipnya terus ke bawah. Hanyutlah hilanglah gamaknya. Lagipun faham faham aje kalau toilet asrama... dah samak pun dia mesti tak tergamak nak pakai

Ayooo!!! Mujur jauh, kalau tak dah kena jerit satu rumah!


Rasa macam nak jerit aje kat dia di telefon. Tapi nanti sentap pulak... duduk jauh katakan. Lagi satu nanti tak pasal-pasal jiran saya ingat saya hilang akal pulak mengamuk malam-malam.  Hari tu kasut futsal yang abang dia belanja dengan harga dekat 300 pun hilang... budak sorang ni payah!  masa dia melobi tu kemain... konon lens tu teknologinya boleh kurangkan power lah... mak dia pulak konsep ala ala .. oklah, rezeki kongsi sama anak... hampeh

Lagi mau mengeluh, cermin mata spare tak bawa. Disebabkan mak dia stress melampau mengenangkan cermin mata yang konon boleh kawal power si anak tu dah terbenam dan hanyut dalam tandas di asrama maka mak dia mencari roti canai mamak sama teh tarik tiga layer menjelang pukul satu pagi.

2 comments:

zarra zuyyin said...

ayoo... bukan rezeki dia le tu kak. adib ke? xpe, beli ajelah lain. esok2 minta ganti emas 7 kerat.hehehe

NenetPenne (NP) said...

tu spek, i pulak, handphone jatuh dalam lubang tandas... buntang bijik mata nengoknya... sib baik bukan ribu2 punya rega, RM300 je..tapi rm300 je pun tetap duit... adehhh....

ShareThis