Saturday, March 30, 2013

Terima Kasih Nasi Lemak Kopi O



Terima kasih sebanyak bintang di langit untuk dinda Kim dari Nasi Lemak Kopi O, TV9 yang sanggup meredah kesesakan untuk ke rumah saya di hujung tanjung ni semata-mata untuk interview Anis. Terima kasih juga sebab sabar dengan Anis yang tak boleh sorok muka panik dan gabranya di depan kamera. Hahaha mujur saya dah pesan pada Kim, anakanda seorang ni biar boleh menulis payah nak suruh dia luahkan perkataan dengan suara.





Payah nak pujuk anak yang seorang ni bila Kim telefon saya pasal nak interview Anis. Masa novel dia baru terbit, saya tag kan foto cover novel pun dia block saya di fb. Dia suka menulis tapi memang nak menulis dalam gua! Tulis terbit dan diam-diam.






Guru sekolah mau launch novel dia dia sekolah pun macam nak kena tarik tali. Kejap dia kata ok, kejap dia masam muka kata tak mau! Bila saya kata itu majlis internal, saya tak hadir, baru dia ok. Mak dah over exposed! Tak maulah... nanti segan dengan kawan-kawan! Boleh gitu ya! Anak lelaki ala-ala over kalau bercakap, yang anak perempuan, sesenyap senyapnya;))







4 comments:

Faridzuan said...

Tahniah buat anak auntie, wah, siap dapat masuk TV pula nanti tu, jangan lupa dapatkan rakamannya tau, sebab rumah saya tak ada Astro, tak boleh tengok TV9. :3

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Lily Haslina Nasir said...

faridzuan,
terima kasih ya.
ni untuk tv9 esok pagi. jam 8-10 pagi. program nasi lemak kopi o.

Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNO said...
This comment has been removed by a blog administrator.

ShareThis