Friday, March 1, 2013

Saya Cuma Penulis Biasa-Biasa



CATATAN 1

Kata Dr Shamsudin, "Lily awat besar sangat!"
Kata Dr Sahlan, "Lainnya awak sekarang! Saya nak tegur takut salah orang. Dalam fb nampak kecik aje!"
Kata Aleeya, "Kak Lily gemuk!"
Kata Ahmad Patria, "Tak patut Dr Shamsudin..."

Saya juga jumpa Dato Aripin Said, Dr Fatimah Busu, jumpa pensyarah kesayangan saya, Kak Anis Amida Abdulhamid, kanda Norzailina, kanda Ramlah Rashid Novelis, tuan Masrli NO, Salina dan ramai lagi kalau saya nak sebut satu persatu. 


Banyak manfaat mesyuarat di DBP tadi. Umpama reunion juga untuk saya dengan senior MPR saya seperti Dr Shamsudin dan Ahmad Patria Abdullah. Kami sempat berbual singkat lewat petang. Bersama Kak Yan, Kak Lina dan Ahmad Patria. Banyak perkara buat saya terfikir-fikir sendiri. Nantilah saya kongsikan perlahan-lahan di sini ya, terutama untuk adik-adik yang mahu dan minat menulis.

PS: Ok... ok... saya harus fikirkan cara seriusssss utk kurus balik macam dalam foto profile zaman dukung Syafiq!
Terima kasih Kak Ramlah sebab pinjamkan foto ya!


Kalau cakap sama Haiqal... mak nak kurus balik agak-agak macam ni boleh tak? Sure dia akan kata,  "Mimpi ke bintang dulu!"


CATATAN 2



Alamak... ramainya bergelar DR!
Alamak.... ada Dato sekian... 
Ada Datin sekian...
Saya? Hahahah penulis yang entah apa-apa. Yang kejap tenggelam kejap timbul. Jangankan title DR, buat master di UM pakai duit arwah mak dulu pun saya tak habiskan. 

Itu yang saya rasa semalam sewaktu mesyuarat di DBP. Bila berdepan dengan orang-orang besar begini, saya rasa mahu menyorok bawah meja. Menyesallah pulak tak ikut cakap arwah mak, belajar sampai dapat Phd.

Ahmad Patria menyebut dirinya penulis kecil. Saya? Huhuhu lagilah rasa macam penulis sehalus debu! Dengan mata kasar pun belum tentu nampak. Mahu saya tak segan... berapa kerat sangatlah karya serius saya. Ya, sejarah saya menulis sangat panjang. Tapi saya 'sedor diri' saya ni banyak tulis cerita yang tergedik-gedik lagi terkinja-kinja.

Tapi, saya sangat kagum dengan kelompok karyawan sekeliling saya semalam. Sangat humble. Masing-masing hormat karya dan genre setiap rakan. Masing-masing bercakap penuh jiwa dan roh demi memperjuangkan bahasa dan sastera. Masing-masing bersungguh perihal nasib dan kelangsungan tamadun Melayu 50 tahun akan datang. Mereka sangat berlapik dalam bertegas, mereka sangat jelas dalam berhalus.

Oh, saya kira ini yang harus adik-adik calon penulis belajar.

Belajarlah ikut resam padi. Berpijak di alam nyata. Hishh tak maniskan kalau asyik perasan karya sendiri aje yang hebat. Kena tegur dah melenting-lenting. Kalau menulis tu dalam kepala depan mata terbayang RM RM RM. Tu belum lagi rasa karya sendirilah yang paling bijak, paling intelek!

Saya sangat terkesan bila sembang selepas mesyuarat semalam bersama Kak Lina, Kak Yan. Kata Ahmad Patria, "Biar sebaris yang ditulis, itu yang akan menentukan bangsa kita mungkin 50 tahun akan datang. Esok kalau dalam liang lahad, siapa ada... nak bawa masuk kereta... nak bawa rumah? Menulislah dengan ikhlas, sesuatu yang boleh membina jiwa bangsa."

Emmm.... saya masih lagi memikir-mikir ni. Nanti saya kongsikan lagi.




kanda Norzailina yang bertahun dah saya tak jumpa.
CATATAN 3

ORIGINALITY. Itu yang dipesan, dikongsi dan diulang sebut oleh senior Minggu Penulis Remaja era saya, Ahmad Patria Abdullah. Keaslian, jati diri harus ada kalau mahu pergi jauh dan kekal dikenang sebagai karyawan. Bukan copy paste, bukan sesuatu yang penuh kosmetik. Menulislah, biar mungkin wangnya tidak seberapa. Niat harus ikhlas. Niat kerana Allah swt. Oh, saya sangat terkesan dengan pesanan-pesanan begini. Sesekali saya keluar dari gua saya, ini semua membuat saya kembali berfikir sesuatu.






3 comments:

Yin Areesa said...

Terkesanlah kak Lily... zarra ni debu pun tak.. sebesar zarah pun x sampai agaknya. serius, berdepan dengan mereka kita rasa macam alahai kerdilnya kan...

Kay said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hehehe...ape salahnya..mengayat mak sendiri....

ShareThis