Tuesday, July 16, 2013

Ayam Selasih Yang Comel...;))

Menyahut cabaran harga ayam yang semakin naik, saya tambah koleksi ayam saya. Ayam selasih putih yang comel gebu lawa. Siap berjambul atas kepala. Saya beli sepasang. Seekor keciL ni aje dah RM40. Ayam selasih ni selalu orang masak sup herba untuk dijadikan ubat. Tulang dia pun hitam. 

Seekor kalau dah besar, harganya RM50 sekilo. Selalunya dengan izin Allah, akan membiaklah ayam ni di reban rumah. Ayam kampung saya ada dalam 30 ekor sekarang. Ayam api-api, pun dah bertelur dan dapat baka. Haha... comelkan koleksi baru saya ni. Kalau dah siap kerja menulis, saya rancang bela semula ikan tilapia di belakang rumah. Kolam ikan saya dah bertahun kosong. Nak pecahkan sayang. Sebab penyewa rumah saya dulu berhabis RM30K waktu dia buat kolam simen lengkap dengan sistem paipnya. Dulu ada 500 ekor tilapia saya bela. Saya bukan makan sangat pun. Lebih bagi orang. Jual pun tak. Kali terakhir saya korbankan ikan belaan tu masa kenduri.


Ni bukan ayam saya. Gambar yang ini saya pinjam dari http://mindheartbodysoul.blogspot.com
Ayam-ayam selasih saya yang dalam pic bersangkar tu. Comel kan....

1 comment:

zarra zuyyin said...

Assalamualaikum
Selamat berpuasa kak
No wonder lah si anak sulung bercita-cita nak jadi penternak berjaya. hehe
tak pernah tgk ayam jenis tu kak. Ingat ada dua jenis ayam je. Ayam serama dengan ayam kampung. Err lagi satu ayam daging yg jual kat pasar tu. Tambah pengetahuan ni kak :)
Err tu bila boleh dikorbankan untuk juadah berbuka tu? hehe

ShareThis