Menulis benda baru, banyak sangat saya kena belajar. Secara praktikal nampak mudah. Tulis novel teksnya banyak, skrip sikit aje. Tapi aspek teknikal tu yang buat saya rasa haishhh.... kena banyak belajar! Hahaha dulu zaman di UM, paper filem antara kuliah yang paling saya tak minat! Komitmen di lokasi waktu praktikal Jonny Bikin Filem selalu bikin saya stress. Zaman tu seingat saya, saya lebih rela jadi budak jaga air jaga makanan untuk krew.
Dua bulan saya gantung akaun FB personal, tidur selalunya jam 4.30 pagi. Bangun enam pagi. Rekod cemerlang sepanjang buat skrip ni tidur saya jam 6.30 pagi! Paling meriah bila berkali-kali dalam jam satu atau dua pagi merayap cari aiskrim atau coklat. Atau jam 2.57 pagi saya bersama housemate mencari roti canai kari daging bersama kentang dan teh tarik. Selagi kerja tak siap, huru-hara sungguh hidup saya. Mulalah merepek-repek jadual makan saya.
Saya tak tahu ok ke tak skrip yang ditulis. Berkali-kali dirombak, tapi saya percaya semua kerja harus ada tolak-ansur kan.... Biar proposal saya sekian-sekian cara diterima orang atas. Saya sentiasa peringatkan diri, tentu saja bos besar mahu ada sedikit touch dia, ilham dia, garapan impian dia dalam karya itu.
Sementelah produksi yang menelan belanja besar itu duit bos yang bertungkus-lumus mencari dana. Dalam berkarya, mesti ada tolak ansur, jangan perasan idea sendiri saja bagus dan jauhi ego.
SKRIP DAN MIND MAPPING
Teori dan amali memang tak sama. Kita boleh berkongsi pengalaman, kita boleh baca buku, kita boleh pergi kursus tapi bila di trek permulaan, pengalaman itu sendiri yang akan ajar kita.
Hemm... ni mode jiwa kacau gara-gara skrip. Bak kata SuzannaZaily Zin, kalau saya mula belajar dengan telemovie mungkin saya bernafas sikit, tapi saya ni terus buat bersiri. Tu yang termengah-mengah. Ada kawan kata, "Kak Lily, nanti kau sharelah macam mana kau tulis. Macam mana kalau mula dari zero buat skrip tu. Kan best kalau kau kongsikan sekali skrip tu... Sebab kau mula from scratch."
Hahaha... nanti saya fikirkan.
Bila bos sms kata mahu details diri untuk kontrak, saya tersangat lega. Tidur jadi lena, lega dan bila dah habis stress saya akan muhasabah diri untuk jauhi coklat!:)) Yessss... mau sambung kerja lain:))
No comments:
Post a Comment