Pertemuan yang membuat saya banyak berfikir. Sepanjang saya bekerja hinggalah sekarang, amat jarang saya bertemu dengan jutawan yang low profile. Selalu yang saya jumpa, orang yang asyik kira untung sekian, profit sekian, dalam masa sekian nanti berlipat ganda, kita kena buat macam ni.... nanti confirm untung melonjak, kita itu kita ini, untung gini, untung gitu.
Mr X yang saya jumpa semalam di Gold Coast Sepang memang sangat cool! Hahaha masuk situ dengan kereta lamanya yang ala-ala macam mahu terbarai enjin! Saya usik, mana kereta mahal, dia jawab simpan dalam kelambu. Tu untuk anak bini guna. I pakai yang ni cukup. Senang gerak, jimat minyak! Huhuu termalu saya kejap!
Saya yang tak seberapa duit ni, yang kerja pun tak ada gaji bulan-bulan dah berangan lepas tahun sekian mahu beli Harrier. Kalau tak Harrier, dalam list angan-angan mahu Lexus. Kan angan-angan tu percuma! Tu belum dalam senarai mahu jam Chopard.
Lexus angan-angan minah jenin saya! Tapi bila banyak bersembang dengan MR X, ohhh saya jadi malu... Okay, rasa masa tu jugak nak balik rumah, simpan kereta yang selalu saya drive dalam pagar dan pakai Myvi CR ajelah buat ke mana-mana. Mokcik insaf....
Mokcik tak berduit sangat kalau banding dengan MR X
Hemm, depan saya semalam memang orangnya duit berkepuk dalam bank tapi pakai handphone cap Nokia yang kamera pun tak ada. Takat boleh terima call dan buat call selain kirim sms.
Semalam sejak awal pagi berlarutan jam 12.30 tengah hari saya berjumpa dan berbincang beberapa perkara dengan rakan saya ini. Selepas empat projek bersama dia, kami semakin selesa berkerjasama. Orangnya ampun... kekadang nampak selekeh, dengan baju t yang dah kembang leher, kekadang pakai seluar sukan aje dan yang pasti selalu berselipar jepun. Telefonnya pun tak canggih, yang berharga RM50 tu kot! Dia ada kereta Audi Q5, Mercedes hitam yang sangat menggoda... hahaha tapi dia tetap ke hulu ke hilir sama kereta iswara aerobacknya.
Dan bila dia menegur cara saya belanja, saya sengih. Hahaha ni kes bila dia ternampak beg-beg shopping dalam kereta saya. Banyak borong? Dapat royalti ke? Hahaha saya jawab, "Tak... saya perhabiskan duit!"
Terus dia balas, "Kena simpan!"
Pesan dia,
"Orang macam I, orang macam Lily, tak makan gaji, kena selalu ingat. Bila Allah swt bagi rezeki, Dia uji tu. Dia nak tengok kita insaf atau tak. Kita kerja sendiri ni, sebenarnya golongan tak berduit, Lily... Bank susah nak percaya kita, siapa pun tak yakin dengan kita. Nak buat pinjaman, nak buat loan dengan saudara-mara, payah. Siapa percaya projek-projek kreatif ni? Orang kreatif ni golongan profesional kelas ketiga.
Kita tak ada slip gaji. Kita tak ada EPF... kita kena ingat tu. Teori aje nampak hebat! Semua duit on paper! Job laju, duit macam semut! Semua orang bayar berdikit-dikit. Ini realiti. Tu sebab, kerja kampung pun I buat. Nak jaga prestij sampai bila... Penat lama-lama nak berlakon... Lagi baik macam ni, orang sentiasa fikir I tak berduit. Senang!"
Hohohoo.... mokcik insaf! Betul kata Mr X... jangan kata bank, kekadang saudara-mara pun belum tentu yakin orang kreatif boleh meneruskan survival cari makan dengan kerja sendiri.:))
Selain berniaga dalam diam, di masa lapang dia buat kerja rencam. Jual durian pada musim durian dan menoreh getah waktu harga getah melambung. Sangat sempoi kan ini orang bisnes!
Atas urusan kerja dan peluang, saya dan rakan yang nampak very the pakcik kampung ni akan kembali bekerjasama, kalau Allah izinkan (mudah-mudahan). Saya terkedu beberapa kali bila dia sangat ikhlas, jujur, bersemangat mengajar saya dan memberikan beberapa panduan. Hahaha... puas saya beritahu dia, 'Mr X, saya ni penulis, saya nak menulis aje... Saya tak minat dan tak pandai nak berniaga.'
Dia jawab, "Tak apa. I trust you, kita usaha, kita buat, kita serahkan pada Allah swt."
Beberapa kali dia sebenarnya asyik mengulang sebut, "Ok, kalau kita rugi sekian, kita kena bersedia sekian. Kalau kita spend begini banyak, kita fikir what if kita dapat separuh saja pulangan modal. Kiraanya begini begini....'
SubhanaAllah... saya terpegun sebab dia hanya sebut sekali aje perihal untung. Itupun dia ulang sebut kalau diizinkan Allah swt. Kalau buat seribu usaha sekalipun, kalau Allah swt tak izinkan, takkan jadi. Kita terimalah seadanya berapa pun kerugian dan berapa pun pulangan modal kita. Usaha kita kalau ada rezeki buat projek ni, paling penting kurangkan risiko. Kira margin rugi dalam segenap peratusan. Margin untung tu kita cukup sekadar tahu. Nanti kalau tak berpijak di bumi nyata, kita berangan lebih, kita jatuh terduduk.
"Semua orang boleh cakap.... Bisnes ni bagus. Bisnes itu bagus. Yang ini tengah in, yang ini memang popular, tapi apa jaminan? Beli iklan, pampang iklan, bayar billboard beratus ribu, beli page di magazine puluh ribu, siapa ada duit boleh aje buat. Tapi itu pun bukan jaminan 100 peratus bisnes akan meletup. Kita sekadar boleh cuba. Tak ada benda dalam dunia ni yang kita boleh kata ini cara paling bagus, ini paling tepat, cara I paling berjaya. Oh, orang tu cara berniaga salah. Kita bukan Tuhan. Kita berusaha saja kurangkan risiko, buat secara jujur dan selebihnya serahkan pada Allah swt. At the end of the day, kita yang berniaga, yang keluarkan modal tanggung risiko. Bukan orang lain."
Wah! Semalam cuaca sangat panas. Selepas selesai urusan, saya pulang memandu dengan kepala yang berselirat fikir. Mr X sangat berpijak di bumi Allah, sangat realistik. Dik keletihan dan kepala rasa tepu, cari ICE ROOM, order ABC dan makan untuk sejukkan jiwa!
No comments:
Post a Comment