Skil menulis cerpen saya dah karat. Rasa macam susah tulis cerpen berbanding novel. Kawan-kawan editor bila minta saya tulis cerpen untuk sekian sekian majalah, saya selalu mengelak. 10 halaman mau ada pengenalan, tema, konflik dan selesaikan masalah... rasa payah. Tapi sekarang kalau ada yang mintak, saya serahkan kerja tulis cerpen pada Anis. Takat bolehlah... cerpen budak 16 tahun
Dan, ini yang jadi bila menulis tu takat suka-suka. Takat nak isi masa lapang. Ada ilham, taip, hantar, bila tersiar, di mana... haram dia tak ambil tahu.
"Mak... kawan kita kat MRSM Pengkalan Chepa kata dia baca cerpen kita."
Mak terover busybody laju tanya,"Kat mana? Majalah apa? Bila?"
Dan jawapan yang si emak terima semuanya, "ENTAH!"
"Tersiar bila? Tahun ni ke tahun lepas?"
"ENTAH! Kita tak tanya pun..."
"Tajuk apa? Anis tak tanya?"
"TAK TANYA PUN..."
Huhuhu payah anak yang seorang ni! Dia memang buat sebab dia suka buat. Lebih daripada itu dia buat titik nokhtah besar-besar, bulat-bulat! Dia jugak buat tembok tinggi-tinggi untuk diam-diam dalam kubu dia. Dan si emaklah gigih menyemak emel anak mahu trace ke penerbitan mana dia send melalui emel cerpen dia tu. Mujur bab ni anak sangat terbuka dengan si emak. Boleh kongsi password emel mahupun facebook:))
Macam biasa, saya selongkar emel dia, semak ke mana dia send cerpennya... dan taraaaaaaa..... saya berjaya jugak hubungi tuan editor merangkap tuan besar majalah ini. Wah!!! Sangat suka bila bos besar majalah ni sanggup hadiahkan saya 5 naskhah setiap majalahnya sejak keluaran tahun lepas.
MAMAT PANTUN UPGRADE JADI MAMAT PUISI...
Benda yang buat saya rasa rimas dengan Haiqal bila dia tanya makna perkataan. Tengah makan, tengah saya menaip, tengah memandu, dia akan tanya makna perbendaharaan kata yang dia jumpa. Suruh semak kamus atau semak pada tab, dia malas. Mak apa makna halusinasi, mak rintih tu merayu...sedih sesangat kan, mak apa fatamorgana... bla bla bla. Kekadang saya akan kata, "Boleh tak senyap sekejap dalam 15 minit. Mak tengah buat kerja mak." Rupanya ni operasi dia. Mamat pantun dah upgrade jadi mat sajak, mat puisi... ni dia sama Anis punya undercover projek masa cuti disember rasanya. Doa saya, dia carilah kerjaya lain, bukan penulis sepenuh masa macam saya.
Sajak dua beradik terbit serentak dalam majalah. Sebelah menyebelah pulak! Kalau orang tengok macam gila kuasakan... dua beradik buat sajak together gather, si kakak dengan cerpen, dua adik lelaki bersajak.
Saya kalau depa tanya, "Mak sibuk... dah siap baru tunjuk!" Saya dalam diam perhatikan. Bebudak ni tak serius mana pun masa menulis. Yang jelas, sambil tergelak-gelak, ejek mengejek ayat masing-masing, kutuk mengutuk ayat dia best, ayat dia pelik... hahaha siap sudahnya dua sajak. Kata Adib masa tulis sajak ni, dia kata dedikasi khas untuk abah dengan abang yang merokok! Hemmm boleh gitu ya... terinspirasi nak kutuk abang CR yang merokok melalui sajak!
No comments:
Post a Comment