HIZAIRI OTHMAN- sekadar mengenang seorang sahabat yang hilang.
Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ni, saya terkejut bila dapat satu mesej seorang sahabat lewat petang semalam. "Lily, hang tau tak... Hizairi memang hilang Mac! Kau ingat tak? Adik dia baca entri kau pun jadi terkejut. Macam kebetulan sangat!" Oh.. saya terdiam bertafakur kejap.
Hizairi hilang 15 Mac. Saya dan pastinya semua ahli keluarga Hizairi dan tentu sahabat yang mengenali akan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Hizairi.
MASIH tahun 1991, lokasi masih UM dan saya, Gee juga Shekdah masih tiga serangkai. Masa tu di jabatan ada konsep ala ala mentor mentee.
Abang angkat, kakak angkat dapat adik angkat. Dan hahahah.. kami ingat lagi, Hizairi dapat Dila Hamid as adiknya. Tapi kami bertiga yang macam hidup dalam dunia sendiri di jabatan ni (sementelah kami tak duduk di asrama, terpelanting di PJ Old Town) tetap sentiasa menyusahkan Hizairi.
"Hizairi... asal awak dapat tinggal di Kolej Zaaba hah??"
"Hizairi... cakap dengan ayah awak ya... Kami pun nak asrama di Zaaba. Awak aje dapat, mana aci! Kami dapat di Kinabalu... Jauh!!"
Cewahhh boleh ya... memang sesuka hati aje kami masa tu. Tapi selalunya Hizairi yang cool akan senyum aje.
Kami akan terkekeh kekeh gelak bila perhatikan dia. Tentunya dia tahu.... tapi mana pernah dia marah. Dia sangat cool. Susah mahu tahu dia marah atau angin kecuali kena perhatikan betul-betul kulit mukanya berubah merah padam. Itu sebab kami panggil dia robot. Jangan risau, dia maafkan kami agaknya panggil dia robot sebab dia sendiri tahu!
Lama-lama bahasa isyarat atau kod rahsia robot tu ramai pulak tahu. Kami tukar lain. Kami kalau mahu bercerita pasal dia, kami guna nick name Kesuma Dewi. Itu kan nama watak dalam cerpen Hizairi, 'Hati Milik Kesuma'.
Kami semua tahu dia memang memandu ke kampus. Satu tengah hari, kami nampak dia masuk ke kereta sport kaler hitam dan memandu pergi. Dan kami junior yang sengal lagi naif, terkagum! Wah, robot drive kereta sport lah!!!
Bila terserempak kami tanya dan tegur, "Hizairi nanti nak tumpang balik PJ Old Town ya!"
Tetiba dia kata,"Hari ni saya tak drive... "
"Elehhh kedekut ya kereta sport tu..."
Dia cuma senyum panjang dan jawab, "Oh, itu kereta Dr Anwar Nor Arai.... Saya tolong alihkan parking aje!"
Cesss... saya, Gee dan Shekdah menggeleng.
Kesimpulannya, dia sangat cool, sangat sabar dan tenang biarpun saya, Gee dan Shekdah selalu aje menyusahkan dia.
Kami ni pulak terlebih cekap... asal nak mintak tolong dia, kami akan sebut, "Kami dah beritahu pakcik Othman...." Hahahah suka benar dulu buat dia rasa bersalah kalau dia tak dapat tolong kami! Konon-konon kami ni kan murid yang belajar menulis dengan ayahandanya.
Okay sekian dulu... nanti saya sambung.
6 comments:
Nanti sambung lagi eh. Tak sabar ni.
bestlah ...suspen.
pun baca kisah Hizairi hilang dulu.
salam... kak lily... nak tnya Tuhan Masih Menyintaiku kesinambungan dari Menunggu Cinta Tuhan ker?
Bila baca ni rasa sebak pun ada. Walaupun saya di U masa hizairi hilang dulu, terkesan hingga sekarang. Benar dunia sastera kehilangan satu pertama..terima kasih kak lily atas catatan ini.
Saya membaca tulisannya sejak berusia 15 tahun. Sentiasa mengikuti perkembangan dirinya dan berharap suatu hari nanti saya berpeluang bertemu dengannya. Peluang itu tiba hanya setelah saya berusia hampir 30 tahun pada tahun 2000 setelah mengikuti satu majlis Dialog Bersama Sasterawan Negara. Saya berpeluang berbual dan bergambar dengannya. Saya juga mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menang tempat pertama Peraduan Formula Malaysia. Pada masa itu senarai pemenang baru keluar. Dia dengan sikap merendah dirinya. Tak lama selepas itu, dia hilang...
Salam Kak Lily,
Saya membesar dengan membaca tulisan Kak Lily, Hizairi Othman, Nisah Haji Haron, Tuan Faridah Syed Abdullah dan Amaruszati Noor Rahim(sekadar menyenaraikan beberapa nama yang memberi impak dalam minat mebaca saya). Seingat saya, daripada darjah 2 saya dah mula membaca cerpen-cerpen tulisan penulis-penulis ini dalam Dewan Siswa milik kakak.Tentunya saya menyimpan angan-angan untuk berjumpa dengan penulis-penulis ini. Peluang untuk berjumpa Hizairi datang pada umur 19 tahun bila menjejak ke UPM. Cuba mendaftar untuk kelasnya sebagai subjek elektif tapi dah penuh. Saya sanggup datang awal ke Fakulti Bahasa jam 5 petang (sedangkan kelas saya bermula jam 6 petang) dan menunggu di lobi semata-mata nak tengok Hizairi dari jauh. Itu waktu dia balik kerja. Selalunya dia akan berjalan sambil menunduk dengan muka yang sedikit kemerahan(mungkin penat atau tau dia diperhatikan mata pelaja-pelajar perempuan macam saya!hahaha..). Saya tak ada kekuatan dan peluang pun nak menegur dia. Cukuplah dapat melihat dari jauh.
Dia hilang ketika saya masih di tahun 3. Sedih. Doa saya dia dalam keadaan baik dan saya berpeluang lagi membaca karya-karyanya.
P/s: Pantun-pantun Kak Lily, Hizairi dan Dr. Ramzah Dambul (Pesta Pantun antara universiti. Tak ingat tahun bila. Saya masih di sekolah rendah waktu itu. sekitar 1991-1992) yang membuka kecintaan saya pada pantun sampai sekarang. terima kasih;)
Post a Comment