BERKALI-KALI ke klinik sebenarnya. Dikatakan gastrik, ada jangkitan usus. Setiap selang sehari, asyik ke klinik dan diberi suntikan tahan sakit. Empunya badan yang menanggung sakit pun ada kerasnya. Tak mahu dibawa ke pakar. Sampailah dah tak daya sangat, kami ke hospital pakar berdekatan. Ambil darah, zaaasssss... Ok, Puan... Adib kena dibedah segera. Appendiks dia dah pecah. Tapi masalahnya wad di sini penuh.
Jam 2.30 pagi hari Jumaat, sampai di bilik kecemasan Hospital Pantai KL, terus Adib disiapkan untuk pembedahan. Jam tiga mula, jam lima pagi, saya jumpa dia. Okay, masih tunjuk tahap lasak yang melampau. Ubat bius yang patut tahan 6 - 8 jam, 5 jam aje yang berkesan pada Adib. Saya sangat cuak. Ok... lepas ni pantang bola sepak, pantang panjat bukit broga, pantang ke gim, pantang kegiatan lasak.
No comments:
Post a Comment