Rasanya lama sungguh saya bertapa. Diam menikmati ujian Tuhan yang satu. Alhamdulillah setelah segala macam nikmat, pemberian yang diterima sepanjang 2013 dan yang bakal dilimpahnya untuk 2014, penghujung 2013, Allah duga saya sedikit. Apalah sangat ujian kecil saya ini berbanding dengan saudara-saudara lain yang berdepan dengan banjir besar sekarang. Buat sahabat dan rakan kerja di Seremban (anda tahu siapa anda) terima kasih untuk khabar gembira dari langit untuk saya dan kerja yang sangat cemerlang. Allah... 2014 ada dua rahmat Allah swt yang sangat besar buat saya. Allah uji saya dengan kesakitan Adib.... Tak mengapa, saya reda.
Terkejut bukan kepalang saya apabila diberitahu, Adib terima tetamu jauh. Allah!! Terima kasih ibu Maryam Omera Bahassan dan bapak dari Medan yang singgah ziarah Adib dalam sibuk berliburan di Malaysia. Maaf semalam tidak sempat bertemu sebab saya sibuk ke pejabat pos, ke bank dan kemudian urus anak-anak di rumah. Terima kasih ya Oma dan Opa (nenek dan datuk) dari Adib.
Buat ibu Maryam Omera Bahassan dan bapak dari Medan, selamat berlibur ya! Maaf kalau saya tak sempat lagi nak bertemu ibu dan bapak tamu dari jauh. Oh, kalaulah saya boleh terbang mau saja saya terbang. Kalau saya boleh kendong Adib, mahu aje saya bawa dia yang penuh tiub di tangan dan hidung. Anis dan Haiqal ke Perak untuk temuduga Universiti Teknologi Petronas untuk intake awal januari ni pada hari Ahad dan saya di Pantai Hospital tunggu Adib. Saya cuma kata dengan Anis. Kalau ada rezeki dan mau pergi, terpulang. Kalau rasa nak rest, nak masuk U macam kemasukan normal bulan September 2014, pun mak tak kisah. Sebab tak mau dia stress. Sebulan aje dia cuti lepas SPM kalau dapat yang fast track punya intake. Dalam masa yang sama saya sibuk urusan borang PLKN Anis. Dia dapat PLKN, dan entah sempat atau tidak 19 hb ni saya ke Perak bersama Adib untuk keputusan PMR.
Auntie Eynda Iynda, terima kasih ya untuk coklat mahal yang berbungkus-bungkus semalam. Itulah penyelamat perut lapar yang bukan kepalang pada jam lima pagi tepat. Adib makan coklat auntie eynda yang sugar free:)) Makan dua keping, Adib terus tidur. Dan mintak mak janji, jangan cakap dengan Doktor Zain yang baik tu:)) Tapi Dr Zain macam tahu Adib curi-curi makan. Dan sebagai denda, tadi Dr Zain kata Adib kena tahan dua tiga hari lagi:((
Tukul takal balik pintu, budak nakal memang gitu! Depan Dr Zain bukan main dia mengangguk. Janji tak curi makan. Doktor ugut tahan wad pun dia sengih. Muka dah cengkung, masih larat sengih. Bila Dr Zain kata boleh bincang pembedahan kedua, baru terkebil-kebil. Lepas kelibat Dr Zain hilang, dia selongkar peti sejuk kecil yg ada di wad ni. Allah... aiskrim baskin-robbins dah tiga cawan, vitagen entah berapa botol, paling saya beristighfar bila jumpa kotak hotdog 1901 penuh mayonis yang dah kosong. Allahhhh!!! Adib.... sejak kecil perangai tak berubah. Drip dicabut aje, dia sempat berlegar di ruang kafe di lobi hospital ni. Saya cuma kata, terpulanglah, sendiri punya badan, sendiri punya perut, sendirilah tahan sakit:(( Ikutkan kes appendiks pecah ni ngeri... ramai jugak yang separuh pengsan waktu kena. Tapi Adib ni selalu aje tahan sakit. Dah pucat lesi baru nak ngaku tak tahan sakit. Tu pun masih tunjuk berani. Baru berjahit usus, dah ditelannya seketul hotdog 1901 yang sangat besar dan berkeju:((
Bayi menangis nak susu senang pujuk. Ni budak sakit merengek nak makan, haishh payah! Mak, ayam goreng! Sambil tunjuk di tv. Kemudian ada ayat minta simpati. Mak, sedap.... Ditambah pulak gaya telan air liur dan halkum dia turun naik turun naik. Haishh, stress mak dia:((
1 comment:
semoga adib cept sembuh yer..
Post a Comment