Maaf ya pada yang telefon, emel, pm, kalau
saya tak sempat balas/jawab. Novel saya poskan hari Isnin ya. Seawal pagi
sehari selepas keputusan SPM keluar, saya memandu ke TKC untuk segala urusan surat
menyurat, kemudian pulang, urusan dunawi yang lain, alhamdulilah baki tenaga,
saya sempat singgah ke al-Kitab. Tq Syafiq sebab tolong angkat semua makanan
untuk minum petang anak anak alKitab. Alhamdulillah sesangat... ya apalah lagi
saya mahukan dalam hidup. Alhamdulillah untuk keputusan peperiksaan Anis, untuk
kesihatan Adib yang sebenarnya dulu di antara dua garisan dunia dan barzakh,
novel yang akhirnya terbit sendiri dan penantian terakhir Airis Cempaka.
Selesai urusan
Anis, Adib, urusan rumah damansara, urusan rumah penerbitan sendiri, novel etc, saya semakin malas sekarang. Mahu rehat panjang. Buat bos besar yang
semalam jumpa saya, terima kasih sesangat. "Tak apa Lily, nanti skrip
dokumentari 26 episod tu kalau you di rumah pun, I datang brief you nanti. Ada
tiga episod shooting luar. Di Jepun, UK dengan Australia. I akan tu tunggu
sampai you fit balik dan ready ya!" Huwaaaa mau nangis. Alhamdulillah, tq
tq tq bos. Ya, nikmat Allah yang mana yang boleh saya dustakan. Terima kasih
juga buat anak-anak alkitab yang sentiasa mendoakan saya murah rezeki.
Alhamdulillah.
Untuk Anis selamat kembali ke UTP.
Perjalanan jauh, jauh, jauh lagiJ)
Cemerlang SPM belum menjanjikan cemerlang
perjalanan dunia akhirat.
Rendahkan hati, hidup ni bukan hak kita.
Cemerlang akademik bukan jaminan bahagia
hidup.
Jangan angkuh, jangan bongkak... itu aje yang
pesanan penajaJ
Jangan sombong sampai lupa akar yang disusur waktu
sekolahJ
Takkan ke mana hidup, biar pangkat menongkat
langit, biar duit sekian sekian banyak, kalau tiada barakah doa keluarga atau
kasih sayang saudara maraJ)
2 comments:
Tahniah buat Anis dan Lily sekeluarga. alhamdulillah...
Mawar,
Sama-sama Mawar!
Doa saya, anakanda Alif Matiin juga sentiasa dilimpahi kasih sayang Ilahi dan diberkati hidupnya. Ya, perjalanan anak-anak ini panjang lagi.
Post a Comment