TERIMA KASIH SEBANYAK PASIR DI PANTAI
TERIMA KASIH SEBANYAK AIR DI LAUT
TERIMA KASIH SEBANYAK BINTANG DI LANGIT
TERIMA KASIH buat semua yang sudah membeli
secara online, novel CINTA HILANG KATAJ)
Sudah dua minggu saya tak lena tidur, dari jam
satu pagi sampailah jam tujuh pagi, saya proseskan pembelian novel ini secara
online.
Novel ini rasanya sudah berada di kedai-kedai
buku macam MPH, MINERVA, KEDAI BUKU PAK DIN DI PERTAMA etc. Kalau ada yang tak
jumpa, mungkin ada outlet yang perlukan sedikit masa lagi untuk pengedaran.
Sekali lagi terima kasih buat yang dah
membeli. Karya saya ini biasa biasa aje, maaf kalau ada yang tak kena selera
atau sebarang kekhilafan pada novel ini. Yang luar biasanya mungkin saiznya
yang besar dan agak tebal.
Untuk tempahan terkini, saya hanya akan pos
esok (jumaat) atau Isnin. Sebab untuk hari ini saya sibuk urusan Anis untuk
ambil keputusan SPM.
Daaaaa.......
2 comments:
Lily
TAHNIAH.
masya Allah, hebatnya!
Mawar sahabat yang manis,
Terima kasih sesangat!
Kebetulan rasanya, saya dah lama tak ada novel dewasa. Karya saya kecil dan biasa biasa saja:))
Post a Comment