Tuesday, May 20, 2014

cerita lalu - PESTA BUKU


TERIMA KASIH Sarina yang buat kejutan luar biasa lagi manis! Saya dan Beat (Rabiah) sama sama terjerit di depan pagar rumah saya. Sama-sama menangis. Peluk, lepas, nangis, peluk, lepas, nangis lagi:)) Allah.. kali terakhir saya bersua Beat pada usia 15 tahun. Kemudian Beat kembali ke Sabah. Patutlah Ina beriya ya mau alamat rumah saya. Mahu bawa sahabat lama saya ni ziarah rupanya. Tq tq tq dearest Ina:))  Ina sendiri dah bertahun saya tak jumpa. Ni semua sahabat waktu sejak tingkatan satu. InsyaAllah selepas ni kita jumpa lagi ya!

Oh, juga buat Atisha Abdul Hanif... terima kasih ya! Tisha, rakan waktu zaman darjah enam di Methodist 2 Tengkera, yang jugak berpuluh tahun tak jumpa, terpisah bila dia sambung belajar ke luar negara, dengan baik hatinya kirimkan saya berpaket paket jeruk. Tq tq tq dear!

 Ni masa bookfair. Saya baru 25 hari dibedah... hahah sesuka suki hati berjalan jalan. Eh, bukan jalan jalan... ada kerja sebenarnya. Dan, sangat gumbira bila jumpa sahabat sahabat buku:))


Terima kasih kak nor, tuan zet, kedai buku satu malaysia, adik manis dari ITBM yang kak lily dah tercicirkan alamat emelnya (KALAU BACA, EMEL/PM AKAK YA)




Untuk Geng Hantu Novel... TERIMA KASIH DAUN KELADI:)) TERIMA KASIH SEBANYAK BINTANG DI LANGIT.. nanti kita jumpa lagi:))

No comments:

ShareThis