Wednesday, October 11, 2017

UNTUK ANAK-ANAK MAK - 2


Untuk Haiqal, kalau baca ini... ya, mak tak galakkan jadi penulis sepenuh masa. Jadilah apa saja yang kamu mahu.. bukan penulis. Boleh aje ikut macam kak anis... tulis semahunya, ada waktu guna nama samaran tapi masih flying colours dalam akademik. Pada semua anak, mengaji, zikirlah selalu. Waktu senggang, doalah lebih buat bekal saat kita diuji dengan musibah. Terpulang kalau masih berseluar khakis kontot paras lutut, masih bertanduk di kolej.. tapi bekal yang satu itu jangan lupa.

Mungkin sebab dibesarkan dalam keluarga yang semua cenderung dalam bidang sains, maka sewaktu memutuskan beralih ke bidang sastera, umpama taboo dalam keluarga. Dak lily tukar ambil sastera lepas SPM? Dia dapat first grade, SRP pun 9 agregat... nak jadi apa tu? Duduk berangan aje menulis. Kalau nak menulis, duduk rumah pun boleh menulis! Kalau nak menulis, tak payah masuk U pun boleh menulis.

Dan mungkin sebab masih muda, penuh bara di dada, maka pulun siang malam menaip waktu tu. Memang 'dendam' dan berazam kalau pun menulis time sekolah tu, harus sampai boleh jadi WOW.

Masuk UM pun puas emak pujuk. Beralah dengan emak, saya tinggalkan tawaran SKIM PET NSTP dan daftar UM. Kata emak, kau nanti orang tak pandang kalau tak ada kelulusan. Takat gila menulis tak ke mana. Orang muda, darah menggelegakkan... mak cakap mana saya nak dengar. Saya kata yang penting minat. Lagipun dalam keluarga, rasanya saya memang dah dicop antara anak tak cerdik mak. Haha yalah, dapat 5A Penilaian Darjah 5 pun tak ke mana. Beza sangat dengan mak, yang eranya dulu pun, dia dah dapat tawaran Malay Girl Collage (TKC).

Dan, sungguh apabila pada usia terlalu muda, dah ada novel, dah nama terpampang di surat khabar arus perdana, dah ditembual sana sini, dah menang itu ini peringkat nasional, memang anugerah esei UNESCO, majlis hadiah dengan pak menteri..... tipu kalau waktu tu tak terasa terapung-apung. Floating sangat... macam hah, see... hebat apa aku menulis. Budak sekolah kot dah menang itu ini.... tapi ke mana semua tu ya...

Novell pertama siap ada reprint lagi time tu. Mahu tak rasa terapung-apung. Di sekolah kepit buku kimia fizik tapi kepala ke lain.

Memanglah membantu waktu kerja, tapi sekadar itu aje. Selebihnya buat arkib untuk keluarga. Buat modal sembang-sembang dengan anak cucu kot esok lusa. Dan penyudahnya, kembali pada fitrah seorang perempuan, duduk rumah mengasuh anak-anak.

Dah tua tua ni lagi lah rasa memang paling tak cerdik.. hahah di kalangan sepupu yang ada jadi doktor, ada jadi sekian, ada yang umur 22 dah ada master... hahaha makcik ni jugak masih jadi penulis.
CR, ANIS, ADIB, mungkin tak tahu... mak dari dulu berdoa banyak banyak... janganlah anak mak benak maths. Bunyi macam kelakar... tapi itu doa mak selalin nak anak lelaki fasih mengaji dengan idgham dan dengungnya. Macam CR... ya mak lega, hajat mak selesai. Tapi CR praktikkan atau tak, terpulanglah. Mak cuma mampu bagi bekal.

Dan kalian ingatkan... dulu kalian bertiga budak biasa biasa ajee di Sekolah Rinching. Adib corot masa tadika. CR nakal kemain. Anis pun ala ala nombor 22 kot ... ya, sebelum mak berhenti kerja. Mak cakap dengan abah... mak tak mahu anak mak tak boleh nak kayuh ke mana-mana.... kalau mak takat degree yang biasa biasa, alah  budak sastera aje pun... biarlah anak mak lebih sikit. Paling tidak pun sama par.

Sekarang terpulang pada masing-masing. Esok lusa kot mak tak panjang umur, kalian ada keluarga... catatan ini mungkin boleh buat bekal untuk cucu cucu emak. Mungkin waktu tu baru kalian faham, macam mana melangitnya harapan emak abah pada anak-anak. Bagi kami, tak ada yang lebih manis bila kalian esok lusa boleh hidup berkeluarga dengan sederhana tapi sempurna.

Buat Haiqal yang kekadang tak percaya apa mak kata. Yang selalu kata; yelah tu mak tulis dan menang macam macam waktu sekolah...... haha.. ni mak selongkar segala kkhazanah mak yang mak terima waktu mak pakai seragam sekolah. See, tak kemana hebatnya kalau takat menulis dan berakhir duduk di rumah jaga anak. Sebab itu Haiqal kena ada kerjaya lain.


















No comments:

ShareThis