Wednesday, November 15, 2017

Novel Baru * Share sikit dulu ya

Novel Baru - kita share sikit ya... ada yang nak baca ke?
1


Langkahnya pantas, berkeletak-keletuk dengan high cut ankle boot. Sesekali dia menoleh ke belakang. Bimbang Bibik Sunti yang menolak stroller jauh tercicir.

“Dida mahu nyusu.”
“Alah, kejap lagilah. Saya nak cepat.”
Bibir menggumam. Kalau lambat, payah dah nak jumpa doktor seorang ni!
Si kecil di dalam strollernya sudah terketik-ketik. Mula merengek perlahan
“Bagi puting dululah.”

Nuren memang terasa dadanya membengkak. Ada rasa sengal-sengal. Susu badan bila-bila masa saja boleh mencurah. Mujur dia pakai padding dan korset. Nuren menoleh lagi pada si kecil. Betullah tu nak susu! Mulut kecil tu mencari-cari sesuatu. Macam mulut anak burung minta disuap ibu. Nuren serba-salah. Tapi dia harus bergegas.
“Tunggu saya daftar dulu, nanti kamu bagi susu botol.”
Bibik Sunti yang setia, mengangguk.

Damn!
Di ruang lobi, tanpa diduga ada pula yang kenal! Benci betul waktu begini ada yang melambai.
“Hei, Nuren! Hot mama pun ada sini!” Ema rakan yang sebidang menegur.

“Nak bawak baby Dida cucuk tiga bulan.”
“Alahai… budak comel nama Dida nak kena cucuk ya! Strong girl jangan demam tau nanti!”
“Anak Ema belum habis pantang kan? Demam ke?”
“Baru umur dua minggu. Tak demam.”
“Ada temu janji post natal ke?”
“Tak! Ema bawa Cahya sunat. Ingatkan nak sunat masa umur seminggu. Tapi Dr Zain pulak sibuk.”
“Ohh….”
“Dida dah sunat kan?”
“Sunat? Err... belum.” Nuren sedikit tergamam. Eh, sunat? Tak pernah terfikir pulak!
“Sempat lagi tu.”
“Eh, anak perempuan pun kena sunat ke?” Polos dia bertanya. Ema tergelak melihat reaksi sahabatnya itu.

“Anak-anak perempuan Nuren yang lain dulu tu tak sunat ke?”
Tergamam dengan soalan itu, dia memulangkan pertanyaan Ema dengan soalan acah-acah naif, “Umur berapa paling sesuai disunatkan? Kalau tak sunat ada effect apa-apa ke nanti?” Nuren spontan bertanya tapi matanya sekejap-sekejap memandang ke arah kaunter. Bimbang terlepas dengar kalau namanya dipanggil.

“Better waktu baru lahir.”
“Alamak, terlupa lah haritu nak sunat masa lepas bersalin. Aiseh... gegurl aku dah besar, dah nak berlari ni. Boleh lagi ke nak sunat?” Sengaja berlucu menghilangkan debar dada.
“Bolehlah!”
“Penting ke?”
“Of course! Kalau ada adik-adik gegurl Cahya nanti pun insya-Allah semua bakal “disunatkan”. Biar ada sifat malu, sopan santun, tak tergedik-gedik lebih sangat. Sikit sikit tak apa! Tak mahu nanti menggarik sangat!”
“Ya ke?” Mata Nuren sedikit membulat. Dia mengerling ke arah Dida yang sedang tenang menyusu botol. Gosh! Si kecik ni bila menyusu, dada aku yang sakit berdenyut! Huh, susu melimpah-ruah!

“Perempuan kalau tak sunat, tu yang jadi menggelenyor aje! Tak betul-betul jaga jadi buas!”
“Hish taklah!”
“Memanglah kita mintak yang baik-baik. Tapi yalah, kalau boleh kawal, lagi baik kita kawal.”
Gulp! Tiba-tiba terasa kerongkong kering. Nuren sudah kelat-kelat senyum.
“Alah, kalau Nuren nak buat sempat lagi. Sekelip mata aje proses tu. Tak sempat baby nak menjerit.”
“Ya ke? Budak tak demam? Tak meragam?”
“Doktor cuma letakkan cotton ball yang dah dititiskan antiseptik dekat kawasan yang dipotong tu... Taklah sampai bleeding ke apa pun. Darahnya cuma setitik je kot. Baby okay aje lepas tu.”

“Oh!!”
“Puan Nuren Arshad. Bilik Konsultasi 2 ya”
Nuren pantas menyambut surat dari kaunter dan Ema memandang dengan sedikit kerut.
“Bilik Dr Quah. Bukan jumpa Dr Zain?”
“Aha, Dr Quah. Bukan Dr Zain.”

“Oh…” Mulut Ema sedikit terlopong. Mahu bertanya lagi tapi Nuren sudah mengelak.
“Kita jumpa next time ya!” Nanti kita sembang-sembang lagi! Banyak gosip!” Nuren mengenyit mata sambil memberi isyarat Bibik Sunti menolak stroller rona merah cili baby Dida Sandra
Ema pantas mengangguk dan mereka saling berdakap dan bertukar ciuman di pipi.

Ema mengendong kemas Cahya Kartika di lengan. Namun fikiran masih sedikit celaru. Kata Nuren mahu pergi cucuk anak. Tapi what the hell dia jumpa Dr Quah? Err... dah tentu-tentu semua orang tahu Datuk Dr Quah tu pakar bedah plastik. Tergedang dan terpampang senarai nama pakar konsultasi Pusat Perubatan Mawar ni di ruang lobi ni!

What on earth is she doing?
Haish! Nuren dari muda remaja bawak ke anak lima tak pernah tenang hidup kalau tak bikin kontroversi ya! Ema menggeleng sendirian.

Di dalam bilik konsultasi Datuk Dr Quah, Nuren berkali-kali menarik nafas. Cuba meredakan perasaan sendiri. Bibik Sunti dibiar menunggu bersama Dida di luar.

No comments:

ShareThis