Wednesday, November 15, 2017

NOVEL BARU - PART 4 - SHARE SIKIT.

Err ni macam panjang sikit

Edan Israq

“Adik manis nak apa? Ada goreng pisang, ada koci pulut hitam, ada ....” Abang Mail yang memang ramah dengan pelanggannya macam biasa akan terlebih ramah kalau jumpa perempuan cantik. Alah, kekadang tak lawa mana pun, asal awek tu terlebih sengih, menjadilah Abang Mail. Aku yang sedang sedang menjaga pengukus putu piring, tak kuasa mahu menoleh.

“Putu piring ni macam mana kira?”
“Empat ringgit aje dalam satu bekas. Ada lima keping.”
“Nak lima bekas ya.”
“Edan… putu piring lima.”
“Edan!” Suara Abang Mail sedikit menjerit.
“Haha… kejap ya adik manis. Edan ni ada masalah sound system.” 

Aku menjeling pada Abang Mail. Amboi, sedap mulut! Terasa mahu aku luku dengan penutup kukus putu piring ni ke kepala dia.


“Berapa?”
“Lima bekas!” Abang Mail yang sedang membalikkan karipap dalam kuali panas mula membebel.
“Berangan aje kau ni Edan! Cepat… adik manis tu nanti jadi adik masam pulak!”
Aku mulanya tak menoleh pun. Aku capai lima bekas putu piring. Aku bubuh dalam dua plastik dan hulurkan.
“Baik-baik panas.” Konon mahu jujur berpesan. Memang putu piring itu semuanya masih panas. Boleh melecur mulut kalau terus makan.
Tapi sebaik aku memandang wajahnya, aku terkesima. Eh, dia! Aku rasa dalam lima saat agaknya mata aku tak berkelip. Cuba menghafal raut wajah itu. Ya, Cahya Kartika!
“Ini duit.”
“Hah?”
“Duit… duit bayar kuih ni.”
“Ohh! Ya! Ya!”


Aku menyambut duit kertas RM20 dari tangannya. Nasiblah! Kalau Cahya tengok muka aku hodoh terlopong memandang dirinya. Ya, Allah! Sungguh tak sangka jumpa di sini! Masih ada peluang lagi aku memandang wajah jernih yang matanya bercahaya macam bintang timur!
Aku tak pasti Cahya ingat atau tidak diri aku. Sudah bertahun-tahun tak jumpa. Aku memang aku tak pernah lupa nama dia. Sentiasa ingat wajah dia terutama mata yang cantik itu. Dan, ya, tadi sebelum masuk ke kereta, Cahya senyum pada aku. Lebih dari cukup bagi aku bila dapat hadiah senyum dari Cahya. Aku mengamati kereta hitam yang membawa Cahya pergi sehingga hilang kelibat.


“Kau kenalkan minah tu?”
“Kenal.”
“Kau jangan nak membongak dengan aku!”
“Abang tanya kan… kita kata kenal tak percaya pulak.”
“Eh, kawan kau ke Edan?”
“Masa kecik-kecik dulu. Mak pernah ambil upah cuci rumah dia.”
“Dia ingat kau ke?”
“Mana kita tahu.”
“Ke kau berangan ni? Minah tu tak kenal pun kau, kau yang perasan?”
Abang Mail macam biasa suka sangat menyakat.
“Kita tipu abang pun, apa kita dapat!”
“Kalau kau kenal, siapa nama awek tu?”
“Cahya Kartika.”
“Hah?” Abang Mail seperti ternganga.
“Abang ni dah kenapa? Tadi kata kita pekak badak. Ni kenapa buat muka terkujat ni?”
“Apa nama dia… ulang balik?” Bunyi deruan kereta di hadapan gerai menyebabkan Abang Mail tak berapa tangkap apa yang aku sebutkan.
“Cahya Kartika.”
“Mak oiii! Nama kemain!”


Aku malas mahu melayan Abang Mail. Pantas aku menyudahkan kerja. Ada sedikit lagi berbaki putu piring untuk dikukus.
“Anak siapa? Tinggal mana?” Abang Mail sibuk mengendeng bertanya. Aku rimas.
“Anak mak pak dialah!”
“Sombonglah kau ni.”
“Abang Mail tanyalah sendiri lain kali.”
“Kalaulah dia datang lagi.” 


Aku menggeleng. Meluat sebenarnya. Abang Mail memang tak boleh jumpa perempuan muka cerah sikit! Cepat aje nak tulang rusuk, tulang dada dia bergetar!


“Kau tolong doakan ya… sebelum habis cuti semester akhir ni, aku dapat jumpa si Cahya tu.”
“Huh! Berangan tak sudah!”
“Kalau abang dapat awek macam tu comel, abang bela baik-baik! Simpan, kunci dalam peti besi, tak bagi keluar ke mana-mana!”


“Pirahlah Abang Mail! Belajar tak habis lagi, takat jual goreng pisang, karipap tepi jalan time cuti, berangan nak awek meletop macam tu!”


“Hesy, kau apa tahu! Kau budak mentah! Ni abang budak medic, bakal usahawan berjaya. Hah, mana nak cari budak medic sanggup jual goreng pisang dengan karipap tepi jalan time cuti! Calon suami mithali ni!”


“Bluerrk!” Semakin berbulu telinga aku mendengar ayat Abang Mail. Tidak lama kemudian aku terbau sesuatu.


“Abang, hangus karipap tu! Ya Allah! Sibuk selfie pulak tepi kuali! Sengallah!” Aku terjerit apabila ternampak kuali sedikit berasap.

“Kau diamlah! Ni siap siap bersikat, lap peluh, ambik gambar buat bagi Cahya!”
“Dalam mimpilah! Minah tu duduk mana kita pun tak tahu!


Dan petang itu aku jenuh menyabarkan hati daripada termuntah tujuh kuali mendengar angan-angan Abang Mail tentang Cahya. Baru sekali terjumpa tepi gerai ni pun dah jauh ke langit ke tujuh angan-angan Abang Mail.

No comments:

ShareThis