Dan esok, aku tak fasal-fasal kena pecah kepala fikirkan puisi. Aku jugalah yang dikerah Abang Mail untuk bawa siap-siap pen dan poskad kosong. Aku sangkakan, dia yang tulis pada kad itu. Sudahnya aku juga yang disuruh tulis cantik-cantik. Alasan, tulisan dia macam cacing kerawit.
Mamat senget ni cuma bawa minyak wangi untuk disembur pada poskad yang aku bawa. Jenuh aku nak karang sampai tiga puisi. Sudahnya aku belasah aje apa yang aku terlintas. Satu fasal cahaya nurani, satu fasal cinta kemanusiaan dan satu fasal ketuhanan. Entah ya, entah tidak, aku susun ayat mana yang sempat. Dan memang ada benda aku buat. Nantilah. Harap-harap semuanya selamat sejahtera, dunia akhirat!
“Orang sekarang tak mainlah pakai-pakai surat, pakai puisi sajak ni Abang Mail! Ni era wechat lah! Budak perempuan sekarang nak yang ada duit. Takat kita duduk berniaga dekat sini, takkan dipandangnya si Cahya tu pada abang.”
“Kau jangan banyak cakap! Buat aje. Yang old school ni bikin jiwa kacau!” Terkekeh-kekeh Abang Mail tergelak.
Aku mengetap bibir sambil merenung wajahnya, dan aku yang memang tak sayang mulut pantas mengejek, “Muka dah berjerawat tu ada hati nak ngorat anak dara orang,”
“Muka bersih macam kau tu tak akil baligh lagi! Muka jerawat macam aku nilah nampak macho, nampak jantan!”
Terjuih bibir aku mendengarnya.
“Abang confirm ke Cahya singgah sini hari ni.”
“Kalau tak singgah pun tak apa. Yang penting, aku dah siap-siap sajak tu.”
“Ayat tu betulkan sikit ya. Saya yang karang sajak tu! Bukan abang.”
“Alah benda gitu pun nak berkira.”
Dan, aku benar-benar terkejut. Sebelum kami menutup gerai, memang Cahya muncul.
“Adik memang muka rezeki. Ngam-ngam ada empat kotak lagi putu piring.”
Aku yang sedang mengemas barang, menjeling mendengar Abang Mail kelentong. Pirahlah! Banyak Cahya punya rezeki! Dah memang kau asingkan siap-siap, kau kata tu rezeki Cahya. Kalaulah si Cahya tak datang, jenuh aku pulak yang nak kena perhabiskan makan sendiri empat kotak yang tak laku tu.
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama kasih adik.”
Errkk… loya tekak aku.
“Eh apa ni?” Cahya menyedari ada poskad di dalam bungkus plastik kuihnya.
“Oh, itu tanda kami hargai pelanggan setia macam adik.”
Cahya berkerut. SubhanAllah! Cantik mata itu! Bundar dan jernih! Dan kemudian dia tersenyum. Abang Mail tersengih bangga sebelum terkinja melompat, “Yeszaaa! Sikit lagi! Sikit lagi!”
Aku kabur sesaat mendengar ayat Abang Mail. Apa yang sikit lagi?
Agaknya memandang aku yang terpinga-pinga, dia mencepuk kepala aku dengan tangan kasarnya.
“Kau ni beballah! Sikit lagi anak burung makan padi dalam tangan!”
“Huh, sejak nak mengayat perempuan ni, pandai pulak abang budak medic ni cakap bahasa sastera klasik ya?”
“Kau diamlah!”

Esok dan lusa, Abang Mail kekal dengan misinya. Aku tak kuasa nak campur. Bila Cahya datang membeli putu piring, aku buat-buat sibuk mencelup pisang ke dalam bancuhan tepung untuk digoreng. Abang Mail dengan penuh bahagia berlagak macam dialah tauke putu piring. Tapi pada hari ketiga Abang Mail berstrategi, aku tergamam. Mujur saja tangan aku tak tercelur dalam minyak panas kuali pisang goreng.
“Hari ni saya tak mahu beli putu piring. Ada lagi kad sajak untuk saya?”
Dush! Aku terlopong memandang Cahya.
“Errkk… erk…” Aku sempat menoleh ke arah Abang Mail. Padan muka! Terkulat-kulat mamat tu!
“Ni siapa yang bagi sebenarnya?”
“Eh, mestilah abang yang buat. Tengoklah ayat bombastik tu macam mana, mestilah abang yang tulis. Ada gaya A. Samad Said kan?”

Wah! Acah-acah polos, jujur, macho, jawapan Abang Mail. Aku buat tak reti aje. Sumpah malas nak masuk campur.
“Abang tulis ke?”
“Ya Allah! Tak percaya ke? Sumpah lillah abang yang buat khas untuk Cahya.”
“Oh! Okay.” Aku terasa tiba-tiba. Mata jernih yang selalunya redup cahayanya itu, menjeling ke arah aku. Panahan mata itu sinis dan berapi.
“Kenapa Cahya? Tak suka ke?”
“Abang dah masuk universiti kan? Lecturer tak ajar pasal plagiarism ke? Atau abang rasa plagiarism ni sejenis jenama tepung pisang goreng abang?”
Ah, sudah!! Aku terasa mahu bungkus gerai waktu itu juga! Gila kantoi! Aku menoleh ke arah Abang Mail. Terkulat-kulat dia menjawab.
“Hah?? Plagiat ke? Ada. Memang pensyarah abang ada sebut. Abang ambil course medic, jadi abang reti la jugak bahasa omputeh ni. Plagiat tu sama dengan plagiarism kan dik?”
Aigoo! Abang Mail ni gila apa! Macam mahu terbelahak tekak aku waktu itu. Nampak benar riak Abang Mail bila menyebut fasal dia tu budak medic.
“Ohh… medic?” Mencerlang mata Cahya merenung sinis Abang Mail yang tersengih tidak sudah.
Dan, ayat Cahya yang seterusnya cukup membuat aku rasa mahu menutup muka dengan pengukus putu piring aku. Entah kenapa, aku tumpang senak perut.
“Mesti abang ni kaki tiru assignment? Kalau dah poem pun abang nak tiru… Hmm…”
Abang Mail garu-garu kepala. Jelingan maut dia bagi pada aku. Mulut terkumat-kamit bila buat eye contact dengan aku.
“Tiru?”
Abang Mail mengangguk. Cahya semakin garang. Aku yang mengecut.
“Lain kali nak tiru pun, tengoklah dulu. Saya ni sidang editorial jurnal kampus saya. Saya yang edit sajak-sajak tu.”
Dush! Macam satu penumbuk yang bersengat hinggap ke pipi aku. Terasa kepala sedikit kembang!
Errk… apa hal Abang Mail pandang aku! Macam aku pulak yang cari gaduh dengan si Cahya. Tangannya meraba-raba kepala.
“Abang tak elok menggaru kepala. Gugur rambut masuk dalam kuih tu nanti.”
Gosh!
Perempuan cantik ini mulutnya bisalah!
Abang Mail tersipu-sipu sudahnya. Aku lihat dia serba tak kena. Berdiri pun tak boleh nak tegak. Tak fasak-fasal dipegangnya kuali, terlupa kuali itu panas. Capai sudip, sudip pun nak terlepas ke tanah.
“Tak apalah, bang. Abang simpan je lah ya kad-kad abang ni. Zaman sekarang dah outdated dah style tackle awek macam ni, orang tak pakai kad-kad bau wangi ni!”
“Eh, simpan aje lah. Buat apa nak bagi balik? Mana tau nak guna buat kraf ke kan.” Abang Mail cuba buat lawak bodoh dalam senyum hambar yang tak putus. Aku sudah terketar-ketar dan pegun di tepi kuali panas. Malu wei! Rasa mahu meniarap di bawah gerai waktu itu!
“Its okay, thanks but no thanks.” Cahya meletakkan kad-kad di atas meja gerai. Sempat dia menjeling ke arah aku. Terasa jiwa aku melecur dengan kerlingan itu. Huh, dah kata thanks lepas tu no thanks pulak!
Dan aku tahu, sebaik saja kelibat Cahya hilang di depan kami, maka bermulalah detik perang saudara aku dengan Abang Mail.
“Wei, kau ambil daripada mana poem tu semua? Kau ni buat malu aku ajelah!”
“Mana saya nak cekau sampai tiga sajak. Saya ambil aje lah daripada mana-mana yang ada. Ingat saya ni cucu cicit sasterawan negara ke?”
“Ngok ngeklah kau!!”
“Hilang dah Cahya aku!”
“Alah, dia tu pun acah je… Baik abang cari lain aje, banyak lagi cahaya lain ada!”
“Kau punya fasallah ni!” Kalau boleh dikira, ditimbang dan disukat, agaknya berguni-guni carutan Abang Mail pada aku.
“Apa nak susah hati… tiap tahun ada pesta cahaya. Pesta deepavali tak lama. Jangan sedih sangat!”
Sengaja aku membakar Abang Mail.
Dan sejak itu aku tak nampak lagi kelibat Cahya beli putu piring di gerai kami.
No comments:
Post a Comment