Monday, May 13, 2013

ABANG CR... SELAMAT HARI LAHIR;))

Mak, nak tanya sikit boleh. Hem, apa dia? Soalan Haiqal pagi tadi sebelum ke sekolah. Saya ingat nak demand hadiah hari jadi.

Rupa ni soalan dia.
"Mak, hari ni birthday abang Syafiq ke-20. Esok kita ke-10, mak tak rasa mak dah tua ke?"
Dan saya terus keluar suara mokcik di rumah.
"Hei, helooo.... apa kes mak nak rasa tua bila Syafiq dah 20? Dia yang makin besar, makin tua... Macam Haiqal. Mak rasa mak sama aje macam dulu! Hahaha... betulkan? Baik cakap betul..... kalau tak game kena rampas!"

Haiqal terkelip-kelip dan merungut, "Tanya pun tak boleh!" Hahahaha mak dia gelak langsuir pagi tadi.





Rasanya bukan saya aje, kawan-kawan UM pun ramai masih ingat episod saya pitam, rebah di koperasi UM. Saya dehidrasi dan muntah sampai sembilan bulan. Rasanya Siti Zarinah pun masih ingat saat dia selalu temankan saya yang tengah sarat waktu kami mahu ke dewan periksa. Siti Zarinah saya panggil bonda sebab dia orang pertama mengajar saya memegang dan mendukung Syafiq.

Dan saya masih terbayang-bayang ramai teman mengusik bila tengok Syafiq. Dahinya berkerut sentiasa. Kata kawan-kawan "Kesian baby.... Mak dia studi dan masuk exam di Dewan Tunku Canselor heret dia sekali. Bila lahir muka baby berkerut aje!" 



Diam tak diam dah 20 tahun pengalaman tu berlalu. Hohohoho untuk Syafiq, selamat hari lahir. Terus tabah, gagah, macho dan cool ya untuk mendengar bebelan mak, leteran mak, amukan mak, selagi hayat dikandung badan. Love you baby! Tetap anak mak, tetap baby mak biar awak dah besar panjang. 





Syafiq dah 20 hari ni.... hahahah mak tetap rasa macam mak baru 32! World Peace!
 —

Friday, May 10, 2013

BUSY SIBUK BUSY SIBUK.....



PAKCIK CEO

KELMARIN rasa nak pengsan memandu 4 jam pergi, 4 jam pulang, sekadar untuk ke Kuala Lumpur. Hari ni meeting lagi. Jumpa bos merangkap sahabat lama sebenarnya. Huhuhu... malu segan saya bila dia yang beriya nak jumpa. Ikutkan hati saya nak kansel sebab terkejut dengan kesesakan KL semalam. 

Sahabat saya ni sudah CEO. Bukan Melayu. Mengajak saya buat beberapa kerja. Saya segan sebenarnya. Maklum gajinya saja puluh-puluh-puluh ribu lemon. Saya tak mau orang kata saya menempek.

 Dia tanya saya kenapa beli rumah jauh sangat. Saya kata rumah saya diami ni saya dah beli waktu saya masih student di UM. Murah dan tanahnya luas. Syafiq baru umur setahun masa tu. Saya kata saya dah nampak sejak dulu, saya tak betah makan gaji. Saya memang dah agak saya akan jaga ayam, angsa dan kucing. Huhuhhuu uncle CEO ni terkekeh-kekeh gelak tanpa peduli orang lain. Cesss macam saya buat joke tahap maharaja lawak. 

Tapi di akhir perbualan, saya sebut, "You masih jovial macam dulu ya! Tak stress kerja?"
Jawab dia, "Lily, rugi nak stress kerja, hidup kena tenang, nikmati kehidupan seadanya. Gaji I hanya di kertas dan di akaun bank. Pangkat I hanya tertulis di kad kerja. I makan nasi macam U jugak! I tak pernah mimpi berada di tahap sekarang. Satu saja I pesan, jangan biasakan diri dalam comfort zone. Nanti you takkan ke mana-mana."

Hari Rabu lalu saya mau pergi meeting tiba-tiba terjebak dalam kesesakan yang sangat teruk, Rasa mau berhenti dan tidur dalam kereta tepi jalan:(( - pix kredit ROSE HARISSA




ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah kerja saya yang satu tu selesai. Mahu ke layout, selepas itu printer. Akhir sekali siaplah buku tu. Yang terbengkalai sejak tahun 2011. Alhamdulillah. Bersyukur sesangat tapi deria rasa tu macam dah mati rasanya. Sebab lama sangat menyiapkannya. Dan dalam penat yang masih bersisa, dapat panggilan telefon. Horeeyyyyyy..... Watak En Hafiz dalam Superlicious Sofea saya tu dipegang Inche Norman Hakim. Pensyarah yang garang lagi cengih tapi hansem di Highlanders tu rasa saya serasi dengan Norman Hakim. Hahahaha jangan tanya saya yang lain. Saya tak tahu dan tak sempat nak tanya banyak pada pembantu Production Manager bos saya tu. Saya cuma sempat pesan pada adik Yus ni, jangan lupa ambil pix dan kongsikan pada saya. 

SUPERLICIOUS SOFEA
Mula-mula ingat selepas terbit buku yang dalam proses layout ni, saya nak tulis cerita skandal pula. Hahahaha.... bila tulis sendiri sesuka hati saya aje nak fikirkan tema apa. Jangan risau.... skandal kalau saya tulis pun masih berhemah. Bukan skandal ke neraka. Hahahahaha ada ke skandal yang berhemah??? Ada..... tapi disebabkan bos production dah buka mulut, "Lily, novel Superlicious Sofea you buat tau.... Jangan perap sebab I tengah shooting ni." 

Errr terpaksa ikut cakap bos nampaknya. Superlicious Sofea dululah nampaknya. Biar saya yang tulis skrip, saya juga yang  buat novel. Tapi saya akui dua medium ini ada sikit beza. Sebab kehendak teks untuk kamera lain berbanding teks untuk dijadikan buku. Untuk siapkan buku, cukup sekadar dengan angan-angan penulis. Maklum mengolah watak dalam buku tak perlu bajet macam mengolah watak untuk satu produksi drama.

PESTA BUKU - MERAJUK - HAISHHHH.... TAK KUASALAH!
Masa pesta buku, saya sempat singgah kejap aje. Tu pun masa orang hampir tutup gerai. Semuanya sebab anak yang outing bermalam, tiba-tiba kata nak cari buku. Dalam masa yang singkat itu juga, tanpa saya duga, Kanda Melur Jelita ajak jumpa di kamar penginapannya. Rasa sangat terharu. Terima kasih juga pada Ez Husnayang temankan Kak Lily.

Saya memang tak sempat sesangat nak ke pesta buku macam tahun sudah sebab sejak Februari berlarutan ke Mac sampailah semalam, saya dihambat deadline tertentu. Dan pada yang pm, emel, mesej saya, tanya, "Kak Lily merajuk ya? Kenapa senyap aje??" Hahahahaa saya gelak guling terkekeh-kekeh! Ampun! Mokcik dah tua!

"Kak Lily, orang cerita kat saya akak merajuk ya?" Hohohoho..... mau sengih kejap bila dengar cerita yang 
 sampai direct kat saya. Lawak sihhh....

Tak kuasa nak merajuk!! Sepanjang saya sibuk ni anak saya Haiqal komplain jadi anak terbiar. Yang duduk di asrama pun sampai kena gastrik sebab dah biasa manja mak dia datang tiap minggu. Haishhh tak sesuweeeiii saya nak merajuk. Hahaha saya menulis bukan baru setahun dua, bukan baru 4-5 tahun, sejak umur baru akil baligh saya dah menulis. Tak kuasa nak merajuk! Dan bila saya senyap makna saya sibuk. Hihihi saya ni malulah pulak kalau nak cerita awal-awal benda yang saya tengah buat. Takut nak pukul canang, nak palu gendang kalau benda tak jadi lagi... Kekadang bila kita terlalu cerita sangat apa kita nak buat tapi satu benda pun tak nampak, tanpa kita sedar, orang akan perlekehkan kredibiliti kita. Bising aje lebih tapi benda satu tak nampak. Kalau saya, anak-anak akan sorakkan dan kutuk saya bila saya plan bla bla bla tapi tak menjadi. Bila dah selesai semua, dah betul jadi, barulah saya berani sebut. Hihihihi diam saya bukan merajuk ye kengkawan.....:))) WORLD PEACE!



Sunday, May 5, 2013

Terima Kasih Mat Gebu.... Tq semua! Ohhh... Saya Sangat Terharu:)))




NOTA KAKI :- Macam mana pun Che Mat salute pada Puan Lily Haslina Nasir, bekas penyelaras resipi untuk Majalah Jelita.....terima kasih Kak Lily...

Ini catatan Mat Gebu dalam entrinya yang bertajuk 
http://www.tiffinbiru.com/2013/04/publisiti-vs-penghargaan-vs-diperalatkan.html.



Ini pula komen kanda Ummi Zaihadi berkisar posting Mat Gebu yang saya sebutkan. Allah.... segan saya! Terima kasih ya! Kita tak pernah berjumpa. Tapi pernah berkerjasama di atas beberapa tugasan. Ummi Zaihadi selalu memudahkan kerja saya. Sama aje macam Mat. Biar pun kekadang saya agak kalut dengan deadline. 

Ummi said...
Puan Lily Haslina terbaiiikk... Mat, xnak komen dah sini...letisss...perlu ke...x perlu kan, dah berantakan di FB ko...hahaha... Apapun Mat telah melakukan tindakan yang betul dgn entry ini...kita cuma nyatakan pendapat dan pendirian kita, terpulang kepada masing-masing menilainya... ^__^

APRIL 29, 2013 AT 2:45 PM


Dan ini pula komen yang lain yang buat saya rasa sob! sob! sob! Terharu.... Oh, Lily Haslina sekarang sekadar duduk rumah aje:)) Siapalah saya....

eyeyou said...
kak lily tu senior sek sy..saluteee!! :)

MAY 3, 2013 AT 2:28 PM


Hahaha... saya yang baru buka fb, terkejut jugak baca penghargaan dari Mat Gebu. Terima kasih sesangat mat. Mat selalu ingat kak lily. Rasa terharu dan sangat dihargai. Ya, dalam dunia ni, dalam sibuk kerja, sibuk mengejar itu ini.... kekadang kita akan rasa tersentuh bila perkara yang kita rasa kecil, yang pernah kita lakukan dihargai orang. Kata orang tanda ingat. Kalau nak ikutkan, siapalah Lily Haslina dibandingkan Mat yang ada ratusan ribu pengikut sama ada dalam nyata atau dalam diam. Terima kasih sekali lagi mat. Penghargaan yang buat kak lily tersenyum sebaik buka saja fb selepas lama bertapa.

Kepada semua yang menceriakan hari minggu saya ni, terima kasih ya... Sungguh saya terkejut bila buka fb selepas berminggu-minggu saya rehatkan.


Ini adalah jawapan saya buat entri dan posting Mat Gebu.

Salam yang amat amat amat Kak Lily sanjung dan hormat, Inche Mat Gebu! Salam kenal juga untuk semua yang di sini! Alllah! Mat akak mintak ampun juta juta juta juta bintang di langit. Pagi ni baru akak bukak balik facebook akak yang akak kunci kejap dik kesibukan doniawi yang entah apa-apa. Barulah akak ternampak mesej mat!

Hahaha... segan pulak kak lily bila mat mention nama akak kat sini. Kak lily ni dah pencen kerja. Terima kasih sebab masih ingat Kak Lily! Begitu jugak pada Ummi... tq so much dear!

Isu ni memanglah selalu jugak berbangkit. Bagi akak simple aje... Yalah, setiap benda yang kita usahakan dengan penuh rasa minat, kesungguhan memang menagih masa, tenaga dan tak dapat tidak, modal duit ringgit pasti akan dikeluarkan jugak.

Dan bila ada yang berhajat, berminat, nak melamar 'hak' kita tu semanis-manisnya, semolek-moleknya kenalah ada sikit maharnya bukan? Hahaha... kata orang tanda hargai dan upah penat. Sepanjang akak bertugas dulu... ya memang taklah banyak dapat diberi. Tapi alhamdulillah, adalah jugak tokennya.

Sebab yang melamar tu dah tentu tentu untuk urusan bisnes yang menghasilkan, yang menjanakan RM kan... jadi memang lebih manis kalau sedikit ganjaran dikongsi. Tanda terima kasih kata orang.

Tak mengapa mat... juga mungkin kenalan blogger yang lain. Kalau ini yang terjadi, mudah-mudahan dengan catatan ringkas mat ni, pencerahan diperolehi pihak yang terlibat.

Kak Lily faham sebab kak lily sendiri freelancer sekarang. Faham erti rasa 'luka' yang kekadang taklah besar tapi pedih bila orang buat-buat tak faham hasil kerja kita. Dan kekadang rasa sakit hati bila hasil kerja kita ditayang sana sini. Dicanang sana sini, tapi kredit haraaammmm tak bubuh dan duit jauhhhhhhhh sayuppppp berbalam pun tak nampak bayangnya....


Haiii Semua!!

Salam hujung minggu! Selamat mengundi! Pada yang pernah tinggalkan komen pada catatan saya yang lalu, bila saya lapang nanti saya balas ya! Terima kasih sesangat... Pada MamaTom AJ, Haiqal dah balas pantun akak.... 

Coming saya bubuh nanti. 

FB saya ni memang saya rehatkan kejap bagi laluan pada saya siapkan kerja dan urusan doniawi. Hahahaa.... Lega bila kerja siap. Lepas ni boleh bersuka ria, ukur jalan etc. Pada bos saya yang dah mula shooting 7 Mei ni... selamat ya! Kalau rajin saya jengah ke lokasi. Kalau tak ada, makna saya qada tidur. Dah empat minggu, saya hanya lena jam 4.30 pagi.

Wednesday, April 24, 2013

Daddy Cool - Abah, Atuk.... Happy Birthday:))

Anak-anak panggil abah. Tapi saya dan rosie kalau berbual saja panggil dia Daddy Cool. Sebab dia memang sangat cool. Tak reti marah anak, tak reti rotan anak. Tak pernah jentik pun. Badan tak banyak berubah sejak muda. Dulu zaman sebelum pencen dari X-RAY department hospital tu, selamba aje dia jogging pagi atau petang ala-ala 10 kilometer. Segala sukan veteran dia masuk waktu dia dah pencen. Masa muda, segala jogathon, segala takraw, segala ping pong dia sangat mahir. Saya? Anak paling hampas! Apa abah minat, saya tak minat. Tu sebab kot saya gemuk sekarang. Sejak kecil benci acara padang. Rosie aje kot ikut dia minat bab-bab sukan. Tu sebab rosie boleh terjebak dalam gimrama masa sekolah. 





Dak Na ikut abah ya! (Oh, dulu-dulu tak tau ngapa saya bahasakan diri saya dak na, orang panggilpun dak na) Ikut abah joging. Nanti abah belikan ais krim. Masa saya kecil, gigih dia mengheret saya setiap kali dia free dari on call di hospital. Saya sebut heret sebab dia memang tarik saya yang kekadang buat batu tak mau jalan. Kalau tak mau jalan dia dukung.

Ke kelab sukan hospital. Ke padang balapan. Dia memang cekap buat lompatan hurdles tu. Cakap Melayu apa? Lari berhalang ya? Hahaha saya istilah sukan pun sengal! Selalunya saya perhatikan saja dia berlatih atau mungkin beriadah petang sambil saya makan ais krim empat lima scoop tepi stadium. Lepas tu saya merungut panas! Kesian abah saya! Memang dia dah puas usaha untuk saya bersukan sejak kecil. Tapi saya yang malas memang tak dapat ditarbiahkan bab sukan.
 — 




"Milah, you tegur lily tu! Pesan dak lily.... jaga badan! Dah gemuk! Muda-muda lagi badan tak jaga! Beritahu dia...."

Hahaha boleh gitu! Abah saya pernah tegur saya melalui arwah mak bila saya kegemukan sikit (sikit jer pun lepas beranakkan Anis)

Dan pada saya dia pernah tegur inche suami saya, "Lily, cakap sama Lan, suruh joging. Perut dia dah naik tu! Muda-muda badan kena fit. Kena beriadah. Jangan pergi ofis, balik makan tidur aje. Tengok abah ni... perut naik sikit abah joging!"
Hahahah... lalalala.... saya angguk! Angguk tak bertitik. Mana rajin saya nak joging atau suami nak beriadah. Saya memang pemalas. Suami mungkin ke kebun berladang menternak dia rajinlah.

Tapi abah memang gitu. Mungkin sebab tu kot, arwah mak umur 40 lebih pun masih boleh sarung kebaya. Pinggang secekak aje! Bukan pohon beringin macam saya. Saya tahu abah akan bising kalau mak selekeh.





Hari raya pertama dia kerja, hari merdeka dia kerja, hari apapun dia kerja. Kerja dan kerja. Dunia dia 3/4 di jabatan X-RAY. Kekadang kami jadi tak kuasa. Rasanya macam mimpi kalau tetiba dia kata dia off. Dan kalau berhari-hari dia on call pada hari raya, saya suka tanya bab dia menghadap jenazah-jenazah yang separuh lunyai dik kemalangan jalan raya. Memang saya cuak kalau pulang rumah dia terus bergegas mandi. Itu tandanya dia baru X-RAY orang meninggal.


Sekarang baru saya faham kenapa saya pun ada waktu gila kerja. Menaip tanpa henti. Rosie pun sama. Boleh aje sampai jam 11 malam di pejabat. Ya, kami ikut abah agaknya. Dia sangat berenergi. Makan madu, telan telur ayam kampung, vitamins, minyak ikan memang amalan dia sampai ke tua. Demam dan selesema sangat jarang. Setahun nak selsema sekalipun payah saya rasa. Tapi makan pun dia sangat cool. Tengah subuh ajak dia minum air coke, oh abah saya sangat ok. Tu kot saya begitu! Tapi yang saya notis, biarpun dia kerja hospital, dia jarang makan ubat demam jauh sekali ambil antibiotik.



Saya dan adik-adik selalu lari dan geleng kepala kalau dia bercakap pasal anak-anak. Hoho kami malu bila dia ada ketika too proud dengan anakanda dia. Dia terlebih peramah. Saya yang ikut kot. Dia sejak dulu kalau berbual walau di rumah dia selesa cakap orang putih. Rosie yang ikut. Saya belasah cakap Melayu. Hahahah... dengan arwah mak pun dia ber I dan You. 

Kalau balik rumah biar dua tiga pagi, dia akan kejutkan kami kalau dia beli sate, buah atau apa saja. Bila dah bercucu, bertong tong air gas, berpapan vitagen atau ais krim berkotak-kotak dia belikan. Dia abah yang tak pernah mintak duit anak. Kalau kami hulur duit dia joli pada cucunya. Itu yang selalu saya bising.

Dengan abah juga saya belajar, ada seribu ringgit belanja, ada seringgit pun joli macam raja! Cuma kalau dia berbual sama cucu-cucu yang besar saya selalu rasa grrrrrr.... dia selalu pesan bersukan! Bersukan! Nanti dia akan ungkit, geng-geng dia anak-anak semua sukses sukan. Macam Uncle Nawawi, ayahanda Minarwan, Embaraj etc. Dan saya akan angkat kening... Sukan? Panaslah bah!Peluh melekit tak suka.... Nanti sunburn!




Lily, kalau sempat bila balik Melaka kejap-kejap tu singgah rumah nenek. Mak dah tak ada, she is still your granny. Nenek yang jaga lily masa kecik. Nenek happy kalau lily datang jumpa. Orang tua kalau anak cucu datang, diaorang dah happy. Macam abah, bukan nak duit lily duit rosie, bila you all balik, abah dah seronok."

Ayat ni selalu buat saya terkedu.

Atau kekadang, "Lily, pakcik sekian-sekian menjemput kerja kahwin anak dia, abah tau lily tak sempat balik, abah dah masukkan duit dalam sampul bagi pihak lily."

Abah yang selalu berpesan itu ini pada saya. Biarpun dia dah bernikah dengan bonda tiri saya, dia selalu pesan pada saya untuk ziarah keluarga sebelah arwah mak. Kekadang saya terdiam bila dia pesan, ada rezeki lebih, lily sedekah ya untuk arwah mak. Emak memang separuh nyawa saya. Dengan abah bila dia semakin berusia saya rasa semakin akrab.

Dulu saya punya sejarah pahit manis dengan abah. Saya selalu protes. Saya rimas dia sangat workaholic. Hidup dia hanya di hospital aje. Dia kerja di hospital tapi bila saya masuk wad masa sekolah, dia entah ke mana-mana. Tapi bila cucu masuk wad, abah sanggup tidur di lantai depan ICU untuk tunggukan Syafiq. 



Abah jugak ajar saya dan Rosie, cool, jangan cepat marah, be nice to people, senyum kalau pun kita benci orang dan jangan berprasangka. Oh, siapa kenal uncle nasir tentu tau PR dia yang sangat best. Tu sebab kot geng-geng tempat kerja lamanya lepas pencen di Tanjung Pinang Indonesia, kata bapak nasir macam wali kota di sana. Kalau dia turun sana, kami letih dia disambut bagai nak rak. Dan saya jugak tahu ramai ibuk ibuk di sana mengendeng bapak saya.



Pada abah, yang baru sambut birthday, anak-anak sayang abah. Cucu semua sayang atuk nasir yang cool!






Saturday, April 20, 2013

Bila Mokcik Di Meja Pool Sama Si Bujang....;))


Saya rasa orang sekeliling tempat game di resort ni mau berkata-kata dalam hati. Amenda lah mokcik ni buat sama bebudak bujang kat meja pool ni. Huhuhu... saya sendiri tak tahu apa beza pool, biliard dengan snooker (ke ejaan saya pun salah!). Tapi ginilah kan... mak yang garang ni. Menemankan anak bujang main pool. Saya sama dengar kuliah ringkas si CR sama Adib. Hamboi, bukan main.... Saya tanya mana belajar main ni? Masa kat UIA lah mak.... Hohoho! Mak hantar suruh belajar, ini kau belajar ya?? Relakslah mak.... Mak suruh ajar Adib maths kita ajar, ajar mengaji kita ajar, ajar tajwid kita ajar.... hahahaha ajar main pool pun kita terror mak! Lawan sama pakcik Mohd Saffuan kat Melaka, pakcik Saffuan yang penghulu pool masa bujang pun kalah! Syafiq berlagak!
 




ShareThis