Thursday, August 7, 2014

Keluarga Beraya Di Rumah Che Bunga:))

Raya tahun ni paling gigih mak che bunga masak.
Pantas cekap tetiba di dapur. Jam tiga pagi bangun, siap adun tepung, jam empat bakar dua adunan kek. Red velvet siap lima pagi. Sambung lagi kek coklat.

Kemudian sup, kemudian sambal udang, kemudian ikan pancingan CR. Bayangkan banyak mana lauk bila mak che bunga masak enam kali penuh rice cooker untuk nasi. Tulang untuk buat sup aje tiga kilo. Kemudian ada gulai daging cili padi, agar-agar gula merah, laksa, rendang kering, kuah kacang ready. Jam tiga petang ala ala terpanik, pantas bertindak ke dapur. Buat mi kari seperiuk besar sebagai back up. Memang macam buat katering mak che bunga masak:)) Semuanya sebab nak raikan keluarga che bunga yang nak raya rumah che bunga.
Mood baking menjadi jadi. Time fokus novel mak che bunga tak kuasa nak buat kek bagai. Ni rajin sungguh. siap ada coklat moist ada red velvet. lepas ni rasa habiskan masa buat cookies pulak, tak kiralah dah nak habis raya. saja buat stok untuk gemukkan badan.

 Mi kari ekspress yang tak dirancang. main campak campak aje. macam buat katering mak che bunga masa tu. ni standby kalau laksa dengan nasi sama lauk habis.

Kakak sepupu dengan adik sepupu:))


Alhamdulillah mak che bunga  sempat masak apa yang patut masa ni. Yakin tak yakin sebab bimbang che bunga nangis. Alhamdulillah, such a good baby:)) Macam atuk jalal di paya rumput kata, cempaka sangat behave. Kata moyang che bunga, hahaaa... "Baik budi budak ni. Macam kau lily masa nenek jaga. Tak berbunyi rumah, kata orang kampung cikgu ishak bela cucu, rumah macam tak ada budak kecik.." Muahmuahhhaaa.. CR sila cari plastik kalau mau muntah, mak ulang apa yang nenek mak sebut:))


 Anak saudara dengan mak saudara dah sama besar:))

 Che Bunga sangat berhemah. Tak nangis pun masa mak dia busy masak sejak sebelum subuh.


KELUARGA besar atuk dan nenek che bunga sebelah abahnya. Ni masa pose raya di laman rumah  che bunga. Syafiq dengan Adib nakal. Suka usik atuknya yang berjanggut tabligh sebagai atuk taliban. Mujur atuk cool dan senyum aje bila CR usik. Mak che bunga pulak kalau dengar cerita abah mentua  yang empat -enam bulan keliling dunia ikut tabligh suka buat buat muka terkilan. Hah?? Abah gi Bali? Empat bulan? Awat tak cakap, boleh kirim perabot jati satu kontena. Abah mesti ada contact kan.... Oh, abah gi Itali? Europe? Enam bulan? Lorrrr... tahu kita nak kirim handbag!! Bengong kan mak che bunga:)) Paling tak tahan bila Syafiq tanya perkembangan kpop dari atuknya yang pernah ikut jemaah tabligh ke Korea beberapa bulan. Ayat tak tahan dari Atuk, "Syafiq, bebudak korea rambut semua pesen macam kau!" 

Untuk atuk che bunga yang makan empat pinggan, bertambah tambah kemudian sambung makan laksa, huwaaaaa che bunga gumbira. tq tq atuk:))

 Suruh anak lelaki susun agar agar, hah asal bubuh, tak kiralah nampak ditimbun. Dasar bujang, asal boleh....
 kak lisa sama ulin, sepupu che bunga:))

lega bila semua food habis dijamah:)
achik rozaimi dengan achik maria, uncle auntie che bunga:))

 achik nan che bunga:))
 achik nan dan achik noni yang manis, bonda dan ayah saudara che bunga

Kanak kanak riang di wakaf laman rumah. semua ni sepupu che bunga.




Nama cik adik sebelah mak che bunga ni Rodziah, panggil Biah aje:)) Achik Che Bunga belah abahnya. Terasa tua mak che bunga bila bergambar dengan biah. Dulu masa baru nikah, biah ni entah darjah tiga kot. Sekarang achik biah dah ada dua anak. (BACA SEBAGAI: MAK CHE BUNGA PERASAN MUDA SEBENARNYA SEBAB TENGOK DALAM PIC MACAM SEBAYA AJE DENGAN CHIK BIAH. NAMPAK LEBIH KURANGKAN. AWET MUDA SUNGGUH MAK CHE BUNGA.  PIC TANPA MAKE UP TANPA BEDAK, BERLUMOIH PELUH MASAK.... MUAHHHHAHAHAHAMUAHHHHH.... LALALALALA....)

Raya & Bunga Cempaka :))

Belek phone saya, phone cr, Adib, Anis, Haiqal, abahnya... Yup, semuanya penuh foto che bunga cempaka. Pada saya aje ada 4,000 lebih keping fotonya tersimpan dalam phone. Macam  Cr kata, satu hari ambil setiap jam. Sekali klik entah 50 keping! Over kan....:))

Raya pun sama... terlebih excited gara-gara che bunga:))
Blog, fb dan insta semuanya dah malas saya nak sebut pasal menulis. Semuanya dipenuhkan dengan pic dan catatan pasal airis. Saya anggap ni macam diari yg dia boleh baca nanti.
Achik Biah dah dua anak tapi macam serupa aje dengan anak buah yg masih student. Sebelah tu Alia, anak achik biah. sepupunya che bunga:)) Dolu dolu masa biah student dan saya masih kerja di jelita, ada beberapa kali juga saya ajak biah jadi part time model untuk shooting shooting page fashion di Jelita. Time tu kanda Jun Zurilawati yang selalu pelawa:)


 Achik Biah dengan che bunga

 Ni kak Sofi, kakak sepupu che bunga. hahah ni semua clan clan dan genetik mata bulat che bunga.


 Adib dengan sepupunya riz.

Sofi pujuk che bunga jangan nangis:))

Plan nak tulis novel ada. Tapi entah bila. Baik saya habiskan masa dengan che bunga. Masa terluang hadap Haiqal belajar sambil tangan saya pegang rotan. Tu standard LHN lah kan:)) Ajar anak dan rotan tak boleh dipisahkan! Hujung minggu penuh kegiatan baking dan masak utk jamu orang. Tunggu habis mood raya baru ada masa kot nak visit Anis di UTP dengan Adib di Sabda. Syafiq? Takat UIA tu, baliklah sendiri ya:)) Tak kuasa mak che bunga nak gi visit. Yupp, sana sini kami penuh dengan che cempaka:)) 

Wednesday, August 6, 2014

Bila Kakak Che Bunga Rindu:))


Ada kakak sedang kuliah teringat adik:))
Sempat dibuatnya ni dan dikirimkan ke whatsapp family.
Ditulisnya - ni special edition expression:))
Tqq kak anis:)) hugs dari che bunga.

CUTI-CUTI RAYA CHE BUNGA:))



SEBAB CHE BUNGA macam terbiar kejap, terabai dik mak dengan abang abang dia sibuk di dapur masa nak masak masak raya, maka kami bawa lari dia kejap ke Grand Lexis.

Kali ni Rania, Azlan sama achik Rosie dan bibik Fatimah ikut sekali.
Memang lunyai che bunga kena uli dengan kakak dan abang abang dia.


Mula mula macam elok jer semua dukung che bunga.



 Oh, nilah bibik fatimah yang pandai cakap arab, masak food arab sebab pernah kerja 8 tahun di Arab Saudi. Bibik ni kalau takat europe, hong kong semua dah merata dia terbang.Tahun ni meriah bibik beraya dengan blink blink baru di tangan. Err kalau kat negaranya, bibik ni owner pada satu kilang perkakas masak. Curlastt bibik! upps, tq tq bibik sebab rajin pijat (urut) airis bila bibik mandikan. memang sukalah si kenit dan zzzzzttt tidur bila mandi kemudian dapat servis macam di spa dari bibik.
 Che Bunga dengan baju mandi Rania yang dah jadi macam maxi bila dia pakai.


 Achik rosie melatih teamnya untuk gimnastik berirama di kolam luar:)) Kolam dalam villa lebih untuk bebudak lelaki terjun waktu malam. Saya pun tak sedar bila syafiq terjun kolam dalam rumah tu waktu tiga pagi. Bukaan kolam tu oklah jugak... boleh guna dari arah bilik tidur dan dapur. Maknanya dari tingkap dapur dah boleh terjun ke kolam renang dlm villa.
 Tengkera troopers... aqil cicir sebab nak raya dengan atuk hamid. next time ya aqil .. nanti kita ambil villa yang dua tingkat tu. in house pool dia lagi besar.



Time nak balik... haha.. tetap penuh lagi sarat barat barang dalam kereta. ingatkan bila food dah habis, barang kurang. tak jugak rupanya! Masa pergi rasa macam nak bawak kontena, nak balik pun terfikir.. kami perlukan lori agaknya! Banyak betul barang. Maka pulanglah kami dan saya bersiap sedialah bertungkus lumus kembali beroperasi masak dan masak dan masak untuk tetamu beraya:))) daaaaa......

Bunga Cempaka & Raya Pertama

 KATA CR, alah kecik kecik jer orang sayang, nanti kalau nakal lasak dah besar, tak kuasa orang nak dukung! Nada dengki si abang waktu che bunga glamor kejap di hari raya di kalangan nenek dan atuk saudara yang ramai.

Dan, untuk budak sekenit bunga cempaka ni, memang bikin abang abang dia jeles. Eh, dia mana reti belanja duit! Tak aci lah, dia baru tiga bulan kenapa dapat duit raya sama macam budak dah masuk U! Bantahan dari abang-abang yang terpaksa redo dengan bunga cempaka:))

 Abang cr sebenarnya yang over excited nak raya... see... baju sekaler betul dengan che bunga.
 Ni masa raya rumah achik Jalil. Memula macam malu aje. Kemudian beri signal kat saya. Oh, nak main ping pong tapi malu! Saya selamba beritahu Hafiz, sepupu saya hajat CR. Atuk Dr Jalil dengan baik hati alihkan kereta untuk letak meja pingpong. Hahaaaa... jangan kata cucu saudara main ping pong dengan semua atuk yang ada main ping pong sekali.
 Riang ria syawal sungguh!!
 Pakcik Jamal yang tiap tahun balik raya dari norway, tunjukkan skill main ping pong.
 Hahaha ni entah iklan syampu, entah iklan spec atau boleh aje nak dibuat iklan gigi:))
 Airis dalam dukungan atuk nasir, dengan sederetan bodyguard:))
 Bercahaya... memancar-mancar pix ni:)) Hahahaa... ada gelang raya yang sangat walllaaaaa... wink wink winkkk:")))
 Mak saya dah tak ada nak jumpakan dengan che bunga. Tapi Allah izinkan che bunga jumpa moyangnya. Dah umur 93 tapi alhamdulillah nenek kami sihat lagi. Muka pun tak nampak wrinkles sangat. Kanda pada nenek, Nek Munah pun khabarnya sangat cergas lagi. Dah 96 usia, turun naik tangga laju betul! Buat kerja tak tau penat malah pantas:)) Kalau saya tanya-tanya, persamaannya, dua dua memang jadikan rutin mengaji sebelum solat subuh. Muka nampak bersih sungguh.
 Abang che bunga yang terlepek penat. Macamlah dia tolong saya masak!
 Hahaha ni lagi satu foto raya yang bersinar-sinar:)) Merah menyala adinda siti sama saffuan. Aqil memang boleh dapat pingat! Maintain pakai songket tu sampai ke petang. Macam tak panas demi nak cantik!
 Riang ria raya, ada orang dengan gigi besi baru, ada gelang baru, ada yang bawa semangat dari kampus baru, ada adik baru, ada kereta berwajah baru. Alhamdulillah.
 Hahaha ni ampunkan kami! Kawan, sahabat, kenalan, bonda dan ayah saudara tanya bila saya kirimkan kad raya ni. Amboiii che bunga aje ya dalam gambar. Jawab saya yang lain dah besar, tak valid dah! Words bundle of joy tu.... muahhhmuaahhh... bukan saya yang buat. Tu kerja pembantu setia saya Khalidah. Tq Khalidah sebab setiap tahun buatkan auntie lily kad raya. Tahun ni siap ada dua versi. Satu untuk saya dengan readers dan satu lagi untuk famili dan sahabat rapat dengan muka che bunga pada kad:))
 Ni tak dapat dibantu! Terlebih makan rendang.
Hahahaha raya sama atuk nasir yang patriotik. Siap ada bendera tu di rumah nenek hawabi di Klebang:)

ShareThis