Teaser suka-suka:)) Selamat membaca:))
Ini sekadar petikan dari novel bersiri di Harian, Metro setiap Selasa:)
- IZINKAN AKU JADI SAYAPMU -
****************************
“Kau simpan separuh, separuh lagi kau bagi-bagi pada budak-budak dekat pejabat. Sedekahlah pada siapa yang nak. Makcik dah tak lalu makan ikanpancing Chairil ni. Penuh dalam peti sejuk tu.”
“Hah? Bawa ke pejabat?”
“Hah. Bagikan tiga pun tak apa hasil kau pancing tu. Firdaus ambil bahagian Firdaus. Ambil sekali bahagian untuk bagi kawan-kawan di pejabat. Tinggalkan sikit aje untuk kami.”
“Eeee ... sayang!”
“Hish, sedekah jangan berkira.”
“Huh rugi duit bagi orang ikan ni!"
“Apa yang rugi?”
“Ni ikan beli di pasar Puan.”
“Hah?? Ikan beli di pasar?” Terbeliak mata Puan Ramnah memandang pari, tenggiri, jenahak dan ebek yang semuanya besar-besar dan sudah siap dipotong bersih oleh Firdaus.
“Seekor pun tak dapat?” Suara Puan Ramnah melangsing tinggi.
“Errr... ada... ada... tu! Ikan tenggiri. Yang tu aje! Nama pun tenggiri sesat. Sebab yang lain tak nampak bayang. Kami rasa dia aje yang sesat di lubuk kami pergi.”
Jujur, polos dan bendul sungguh Firdaus menjawab. Sesaat kemudian baru dia tersedar apa yang diucapkan. Jantung Firdaus terasa bagai mahu terpelanting ke tumit.
“Astagfirullah!!! Habis duit beratus-ratus sewa bot, tu aje hasil kau orang! Chairil!!!”
“Puan.. jangan marah puan! Errr... saya salah cakap ke?”
“Chairil!!” Puan Ramnah sudah memetir satu rumah.
bersambung...
Wednesday, February 18, 2015
Teaser 1 - Izinkan Aku Jadi Sayapmu - CHAIRIL RAZLAN LELAKI ITU:))
SAJA SUKA-SUKA. Sekadar seronok-seronok untuk kongsi sikit. Jemput baca:)) Novel ini disiarkan secara bersiri di Harian Metro setiap Selasa. Teaser ni saya ambil tak sepenuhnya untuk blog atau page saya:))
Teaser 1 - Izinkan Aku Jadi Sayapmu
“Nisa, bateri telefon aku nak habis ni! Kau dengar sini! Kau pergi ke meja aku. Bawah laptop tu ada bil. Kau tolong setelkan dulu. Aku tak sempat ni.”
Lelaki itu diam seketika. Beberapa saat menarik nafas. Kemudian bercekak pinggang. Dia yang dalam keadaan berdiri jelas tampak menggelisah. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Memberi ruang pada orang di sana membalas kata.
“Alah, kau cakap aje dengan dia. CR yang beri arahan. Kata aku ada hal penting. Pandai-pandailah!” Wajah itu serius mendengar sesuatu sambil jari telunjuknya sesekali dirapatkan ke bibir. Memberi isyarat pada sahabat yang di hadapannya. Jangan bising. Jangan keluar suara.
Firdaus mendongak memandang. Terlopong seketika. Alamak, aku terbabit ya dalam skandal hilang tanpa rekod di pejabat! Ada sedikit debar di hati Firdaus.
“Nisa, jangan tak buat tau! Line telefon aku kalau kena potong, besok sebelum subuh, kau tu aku potong empat!”
Bateri Iphone yang nyawa-nyawa ikan itu padam terus. Talian terus terputus.
Chairil Razlan senyum sambil kenyit mata ke arah Firdaus. Sahabat yang seorang itu tidak pasti mahu senyum atau berasa senak perut.
“Hah! Kan senang. Telefon habis bateri. Tutup semua cerita! Jom kita pergi mancing!”
CR atau Chairil Razlan yang kekadang dipanggil Cougar, dengan senang hati mencapai lima batang joran yang sudah tersandar di tepi dinding ruang tamu itu. Membelek setiap satunya dengan penuh ghairah dan kasih sayang.
“Sibuk kerja aje kita ni, terabai semua joran aku.” Chairil seperti tidak peduli kerut di dahi Firdaus.
“Betul? Selesai dah masalah kau?”
“Betullah! Jangan risau… apa guna ada orang suruhan.”
BERSAMBUNG:)))

Khotimah, Hadi dan Sekolahnya:))
BERTAHUN sebenarnya saya berusaha takat terdaya membantu. Saya sama rasa tak selesa apabila tahu Hadi tidak bersekolah bertahun-tahun hanya kerana masalah teknikal dan kealpaan orang terdekat. Apa nasib anak ini? Mahu kerja macam mana nanti? Adiknya Nisa bagaimana? Emaknya entah berapa banyak air mata yang tumpah. Hopeless. Tidak berduit, tak ada tempat mengadu. Makan pun sekadarnya. Semua menemui jalan buntu.
Saya disaran Rahana Rahana Mohd Dahari agar rujuk pada Norlina Alawi Original. Sungguh saya segan. Malu rasanya kalau tiba-tiba muncul minta tolong. Waktu ziarah Norlina Alawi - Fan Club Cinta Tanpa Sempadanyang baru terima menantu saya buka cerita. Lina marah saya sebab saya tak rujuk dia awal-awal. Saya kata saya segan. Dan Lina paksa saya selesaikan secepat mungkin.
Lina kata, "Esok kita jumpa Lily. Uruskan semua hal Hadi dan Nisa. Kau berdosa sebab kau tahu anak tu tak bersekolah tapi kau biarkan. Itu fardu kifayah." Saya terpinga-pinga. "Hei, kau baru buat majlis kahwin anak semalam, esok dah nak ke sana? Kau tak penat?" Lina senyum jawab ini tanggungjawab kita dik!
Takdir Allah swt. Laluan Hadi dan Nisa tak mudah. Hari patut kami bertemu, Rahana kematian ibu. Innalillahi... saya sedang memandu menghala ke bilik forensik Hospital Serdang. Ya, dengan che bunga saya dukung ke rumah mayat. Saya berkampung di situ bersama Norlina, Hadi serta ibunya untuk menemankan Rahana. Kami singgah ke rumah kakak Rahana, hentian terakhir arwah bonda Rahana. Kemudian kami mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Salak South. Saya segerombolan bersama che bunga. Hujan lebat, kami lencun.
Bermulalah episod misi nak sekolahkan Hadi dan Nisa. Allahu Akhbar... saya malu dengan Norlina Alawi, Dia sentiasa siap siaga, bantu segalanya. Beri tunjuk ajar. Apalah yang mampu ibu Hadi bayarkan pada Norlina harga masa, bantuan yang diberikan. Norlina sentiasa turun menemankan ibu Hadi sepanjang proses itu,
Bukan mudah prosesnya. Maklum Hadi sudah tertinggal sekolah selama empat tahun. Saya pula mengheret che bunga ke mana saja. Ke Hospital Seremban dua kali untuk dapatkan dokumen pengesahan Hadi lahir. Allah... saya cepat hilang sabar sebab harus membawa che bunga, jadi supir, urus rumah dan malam sampai subuh saya harus menaip. Norlina Alawi banyak beri semangat.
Lily, ini Allah bagi kau peluang cari pahala. Selama ni semua orang biarkan anak-anak ni. Kau usaha sampai dapat bebudak ni sekolah, dik! Itu kata Norlina.
Saya sekadar jiran jauh Khotimah yang awalnya hampir putus asa juga menolong. Usaha semua tak berjaya. Semua menemui jalan buntu. Ada masa Khotimah dimarah ditengking mereka yang berurusan dengannya. Saya pula yang tumpang stress. Kemudian perlahan-lahan saya pujuk hati, lupakan ajelah. Mustahil nak bantu sebab semua dah dicuba.
Serahkan aje nasib Hadi dan Nisa pada takdir. Tapi ya... tiap kali berbual pasal anak anak ini, Khotimah menangis dan saya pula yang rasa sakit kepala memikirkannya di malam hari. Sehinggalah saya membuka mulut pada Norlina Alawi Original. Tanpa bantuan Norlina Alawi Original, memang mustahil Hadi dan Nisa dapat semua dokumen untuk ke sekolah. Pujian-pujian hanya untuk Allah swt. Syukur sesangat saya dipermudahkan urusan dengan manusia yang kaya kasih sayang seperti Norlina Alawi Original.
Saya kekadang berasa segan dan malu bila Norlina ke sana ke mari, membantu tanpa sebarang keluhan, tanpa sebarang bayaran, semuanya dengan senyum dan keceriaan. Mudah-mudahan Allah swt memberkati hidup Norlina Alawi Original dan Rahana Mohd Dahari. Saya juga bersyukur sebab diberi Allah swt, Che bunga yang tak meragam setiap kali dibawa ke sana ke mari. Ya, ada waktu che bunga terpaksa menunggu berjam-jam di dalam kereta untuk beberapa urusan yang tidak sesuai saya bawanya ke bangunan pentadbiran.
Dan Jumaat lallu... berlinang air mata si Khotimah, ibu Hadi dan Nisa bila urusan anak-anak ini selamat. Dokumen semua di tangan. Saya harus sambung misi untuk bawa mereka ke sekolah, ke PPD dan paling penting misi ajar Hadi. Saya sudah pesan sama Hadi. Achik Lily garang. Tahan telinga, tahan diri kalau achik ajar buku sekolah. Nak pandai kena tahan dimarah. Kena tahan dilatih tubi. Ingat kamu bertahun tak sekolah. Emak kamu sampai pitam dan rebah fikirkan kamu. Kamu harus belajar. Acik lily mau kamu pandai macam orang lain. Jangan susahkan cikgu di sekolah.
Buat sahabat fb yang tahu kisah Hadi, terima kasih atas doa. Alhamdulillah, kes anak ini selesai:)) Buat Norlina Alawi, Rahana Dahari, Allah swt saja yang balas budi baik dan kasih sayang kalian. Dan sungguh! Saya masih lagi hilang kata, tak terbayang pula saya akhirnya kes ini selesai. Selama ini semuanya terasa amat sukar. Dan, kata Norlina, baru kau tahu kan lily... nikmat kerja kemanusiaan ni begini....
++++++++++++++
Hadi senyum dan angguk aje bila Achik Lily kata harus praktis menulis laju dan lancar mengeja sampai jam sebelas malam. Anak yang baik ni memang mengikut kata:))
Monday, February 9, 2015
NOVEL BERSIRI - HARIAN METRO - SETIAP SELASA
IZINKAN AKU JADI SAYAPMU-
novel bersiri mak che bunga -
SETIAP SELASA - HARIAN METRO
Selamat berkenalan dengan Chairil Razlan -(CR @ Cougar) dan Sofeatulaishah (Pia)
novel bersiri mak che bunga -
SETIAP SELASA - HARIAN METRO
Selamat berkenalan dengan Chairil Razlan -(CR @ Cougar) dan Sofeatulaishah (Pia)
Tahniah Norlina Alawi: Semoga Terus Kaya Kasih Sayang Untuk Anak Anak Syurga:))
Entah apa-apa yang sibuk!
Tapi memang sibuk:((
Sesekali bila ada kelapangan, saya cuba bersama-sama Norlina Alawi.
Sahabat saya yang sorang ni kaya budi, kaya kasih sayang dan kesabarannya dalam apa jua pun masalah mendatang. Sabarnya seorang Norlina Alawi sangat luar biasa.
Aku kaya anak, aku kaya perasaan, aku kaya kasih sayang:))
Itu yang selalu Lina sebut pada saya.
Dan baru baru ni Lina dengan susah payah membantu anak anak Amy yang tak dapat ke sekolah sebab tak ada dokumen. Tak kira penat, letih, masa dan duit ringgit, perempuan Norlina Alawi ni selalu buat saya tarik nafas dan malu pada diri sendiri.
Tahniah buat Lina yang baru baru ni terima Anugerah Seri Kandi Negara untuk Kategori Kemanusiaan dari Datin Seri Rosmah Mansor. Keep it up Lina!

Tuesday, December 23, 2014
LOVE-HATE ABANG ROY & CHE BUNGA:))
BELIKAN toys.
Berikan mainan.
Main seminit, dicampaknya.
Abang Roy jugak yang boleh bikin dia senyum sengih suka.
Umur baru tujuh bulan sudah ganas macam boy,
Dipicit, dipijak, ditarik, dipulas, direntapnya.
Abang roy tetap cool sebelah dia.
Nak tidur pun roy akan cari che bunga.
Kak Anis, happpy exam ya:))
Nanti balik beli baju che bunga lagi banyak banyak banyak banyak:))
ABANG Syafiq balik cepat lepas exam ya:))
Nanti bawak che bunga ke mamak tengok bola midnight:))
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)