Wednesday, February 18, 2015

Teaser 1 - Izinkan Aku Jadi Sayapmu - CHAIRIL RAZLAN LELAKI ITU:))

SAJA SUKA-SUKA. Sekadar seronok-seronok untuk kongsi sikit. Jemput baca:)) Novel ini disiarkan secara bersiri di Harian Metro setiap Selasa. Teaser ni saya ambil tak sepenuhnya untuk blog atau page saya:))



Teaser 1 - Izinkan Aku Jadi Sayapmu


“Nisa, bateri telefon aku nak habis ni! Kau dengar sini! Kau pergi ke meja aku. Bawah laptop tu ada bil. Kau tolong setelkan dulu. Aku tak sempat ni.”

Lelaki itu diam seketika. Beberapa saat menarik nafas. Kemudian bercekak pinggang. Dia yang dalam keadaan berdiri jelas tampak menggelisah. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Memberi ruang pada orang di sana membalas kata.

“Alah, kau cakap aje dengan dia. CR yang beri arahan. Kata aku ada hal penting. Pandai-pandailah!” Wajah itu serius mendengar sesuatu sambil jari telunjuknya sesekali dirapatkan ke bibir. Memberi isyarat pada sahabat yang di hadapannya. Jangan bising. Jangan keluar suara.

Firdaus mendongak memandang. Terlopong seketika. Alamak, aku terbabit ya dalam skandal hilang tanpa rekod di pejabat! Ada sedikit debar di hati Firdaus.

“Nisa, jangan tak buat tau! Line telefon aku kalau kena potong, besok sebelum subuh, kau tu aku potong empat!”

Bateri Iphone yang nyawa-nyawa ikan itu padam terus. Talian terus terputus.

Chairil Razlan senyum sambil kenyit mata ke arah Firdaus. Sahabat yang seorang itu tidak pasti mahu senyum atau berasa senak perut.

“Hah! Kan senang. Telefon habis bateri. Tutup semua cerita! Jom kita pergi mancing!”

CR atau Chairil Razlan yang kekadang dipanggil Cougar, dengan senang hati mencapai lima batang joran yang sudah tersandar di tepi dinding ruang tamu itu. Membelek setiap satunya dengan penuh ghairah dan kasih sayang.

“Sibuk kerja aje kita ni, terabai semua joran aku.” Chairil seperti tidak peduli kerut di dahi Firdaus.

“Betul? Selesai dah masalah kau?”
“Betullah! Jangan risau… apa guna ada orang suruhan.”

BERSAMBUNG:)))

No comments:

ShareThis