Friday, February 27, 2015

Teaser 9 - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))

LAGI TEASER SYOK SENDIRI:)) IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))
Okay daaaaa:))) Salam dari CR @ CHAIRIL RAZLAN & PIA ya:))
Mak che bunga nak sambung kerja.
++++++++++++++++++++++++
“Tak keluar tengah hari?” Tegur Nisa yang kelihatan keluar makan tengah hari bersama-sama Huda.
“Err tak apalah. Takut tak sempat.”

“Tak payah lunch! Kerja tu kritikal. Nak urgent. Biar dia siapkan.”
Suara tegas Effa menggugat jiwa Sofea. Huh, suara garau garang bukan main. Tak padan dengan baju gaun merah nampak ketiak yang seksi itu.

“Oh, lupa nak beritahu. You pergi ke bilik Chairil, ada tiga dokumen yang you kena buatkan salinannya. Lepas tu cari Chairil untuk tanda tangannya. Yang tu nanti ada klien nak ambil selepas waktu tengah hari ni.” Effa memberi arahan baru tanpa teragak-agak.

Hah?? Lagi?? Aduhai!! Ingat aku ni robot apa? Serentak itu juga, terasa angin naik ke kepala. Perut terasa sebu. Tekak mual seperti meloya. Ya Allah!! Usus perut semakin bersimpul rasanya. Ya Tuhan, mana aku nak cari tuan kecil tu?

Sofea benar-benar terasa mahu pitam. Perut yang kosong dengan tekanan demi tekanan membuat dia semakin menggelupur kelam-kabut. Pergi bilik Chairil. Cari dokumen. Buat salinan. Fuhh...

Masuk bilik bos? Masuk tanpa izin? Boleh ke? Sofea ragu-ragu. Rasa menyesal pula tidak menyalin nombor telefon bimbit Chairil. Orang lain semua turun makan tengah hari. Aku menyelongkar atas meja bos. Boleh ke? Dalam pada berkira-kira, teragak-agak dan menyusun langkah, kakinya laju saja menghala ke bilik Chairil Razlan.

Sofea tidak sedar. Dalam kalut dan gelabah, dia diperhatikan dari jauh oleh seseorang.
Tunak pandangan lelaki itu merangkul tubuh gadis yang berada di luar bilik itu. Pintu kaca lut sinar itu membolehkan dia memerhati dengan tekun. Lelaki yang bermata tajam itu duduk tersandar pada sofa yang empuk dengan kaki bersilang di atas meja kopinya. Orang dari luar memang tidak menyedari dia ada di sofa yang agak rendah itu.

Khusyuk dia mengamati pergerakan Sofea. Apalah budak ni! Kalut tak tentu hala. Eh dia masuk bilik ni? Wah, berani dia main redah aje!!

Sofea menggumam. Kelam-kabut meredah masuk. Malangnya sofa yang dirempuh. Dia benar-benar tidak nampak ada orang di dalam bilik itu. Kaki yang menghalang laluan hampir saja membuat dia tersungkur. Auchhh!!!
“Hei!!! Apa hal ni!!”

“Eh... errr... abang buat apa kat sini? Sorry.. sorry... saya tak nampak. Saya nak cepat. Yang abang duduk kat sini macam abang duduk jaga parking kenapa?” Sofea merah padam muka menahan malu. Nyaris saja dia tercium lutut cik abang tukang jaga parking.

“Kau buat apa ni?”

Sofea terus mencari-cari dokumen yang dimaksudkan di atas meja yang agak berselerak.
“Hei, aku tanya kau cari apa?”
“Kau pekak ke?”

Lelaki itu sudah berdiri bercekak pinggang di belakang Sofea. Gadis itu ke kanan meja, lelaki itu bergerak ke kanan. Sofea ke kiri, lelaki menghadang kaki ke kiri.

Ya Allah! Mamat ni apa kes?? Menyemak sini kenapa? Awat tak duduk diam-diam kat pondok parking? Mengular le tu!

“Abang boleh tak sudah-sudah buli saya! Saya ni rushing. Kejap lagi nak cari Tuan Chairil.”
Tapi tanpa diduga satu keping gambar yang terletak di atas meja Tuan Chairil, menyambar pandangan Sofea. Astaga!! Ya Allah!! Mati aku!!

Sofea tergamam. Bibirnya menggumam lagi. Oh, tidak!! Kenapa manusia dalam gambar yang berbingkai cantik itu sama dengan mamat jaga parking ni?? Oh! Mak.... abah!!! Pia nak berhenti kerja 24 jam!! Tapi, mamat di depannya ini nampak comot selekeh dan berkumal. Tuan Chairil dalam gambar itu kacak! Nampak berkarisma! Err.. macam mana ni?

“Kau kenapa senyap? Kenapa tergigil-gigil ni? Muka pucat macam anak dara nak bernikah ni kenapa?”
“Errr... ni Tuan Chairil ya?”

“Ya, kenapa? Baru tahu nak beradab sikit. Kalau tak kau ni memang tak pernah belajar tatarakyat ya dulu masa sekolah!”

Sofea pucat ditoreh tidak berdarah mukanya. Macam bulan kesiangan. Mahu minta maaf tetapi dia sudah terlajak bahasa. 

Oh, bosnya Chairil Razlan selama ini dipanggil abang jaga parking! Astaga!

No comments:

ShareThis