Wednesday, February 18, 2015

Teaser 4 - Izinkan Aku Jadi Sayapmu:))

TEASER - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU
ps: Ni saja suka-suka ya:) Tak ikut urutan novel pun. Ambik sana sini sikit. Mana ada tak kena, kalau rasa tak best, komen aje... tq tq untuk yang sudi baca:)) Daaaaa....

++++++++++++++++++++


Sofea sungguh-sungguh mahu pitam. Ikutkan hati mahu saja dia masuk kereta, hidupkan enjin dan redah memandu balik rumah! Lelaki yang masih berhelmet itu terus menderanya. Motor Cagiva merah yang di sisi lelaki macam egen perisik itu tidak langsung memberi markah bonus pada tuannya di mata Sofea.

“Saya diminta cari Tuan Ramli.”

“Hah? Siapa?” Suara lelaki itu melangsing tiba-tiba. Mata lelaki itu terbeliak bagai terbenam di wajah Sofea.

“Tuan Ramli....” Ketar masih bersisa. Bibir dan liur terasa kering.
“Apa hal pulak? Cik kak kenal ke siapa dia tu?”

Oh, lelaki... kau dengan Cagiva kacak bergaya, tapi kenapa hati kejam. Sudah-sudahlah mendera aku!

“Saya... saya dipesan begitu.” Sofeatulaishah hilang ayat mahu menjawab. Nafasnya semakin tidak tersusun. Bergelombang dadanya. Muka yang tadi elok manis dilayangkan bedak tipis sudah lencun dan melekit dengan peluh.

“Kalau tak kenal orang, jangan pandai-pandai jual nama orang. Nanti diri sendiri kena jual. Ini Kuala Lumpur. Bukan hidup di ceruk hulu! Orang hulu, hulurians pun tahu adab kalau nak mintak tolong orang lain. Cik kak tak belajar sivik ke masa sekolah!”

Dush!! Terasa sebaris ayat itu membunuh dan menghancur lumatkan semangat Sofea pagi itu. Jual nama siapa? Terpinga-pinga dia menadah telinga mendengar sindiran tajam itu. Hulu? Hulurians?

Apa hal ni? Mulut longkang sungguh mamat ni!
Sia-sia pakai motor mahal tapi tak tahu sivik! Tapi semua itu hanya dalam hati. Tak berani mengangkat muka pun sebenarnya. Ya Allah!! Hari paling malang untuk aku! Patutlah emak abah menggunung pesanannya untuk aku! Dah dapat geruh kot untuk aku! Hari ni bukan hari aku!

No comments:

ShareThis