Friday, February 27, 2015

Teaser 8 - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))

TEASER - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))
TEASER SUKA-SUKA 
+++++++++++++++++++++++++++++

“Chairil tak perasan ya keluarga Sofea ni masa kenduri Busu Haris tu?” Emak pula seronok memanjang cerita. Sesenduk nasi sudah ditambah lagi ke pinggan.

“Entah. Tak ingat. Allah, diaorang datang tu bersebab! Diaorang tahukan, majlis kita buat tu bukan majlis anak mak abah. Majlis adik abah. Sanggup tu datang tunjuk muka sebab nak mintak kerja dengan abah.” Mukanya kering tanpa emosi waktu meluahkan rasa.

“Jangan buruk sangka! Jangan menuduh bukan-bukan. Buat dosa kering jer.” Jerkah emaknya yang baru menyedari ada riak dan gelombang di hati Chairil.

“Betullah mak. Orang sekarang, kalau buat baik tu mesti ada makna!”

“Chairil.... tak semua orang macam tu. Abah yang beriya-ya ajak dia orang datang. Kalau tak ada kenduri-kendara macam tu memang tak bertemu kami sejak berpuluh tahun. Pasal kerja tu pun, bukan dia mintak. Abah yang paksa datang. Abah yang suruh. Kalau tak, memang tak mahunya Haji Imran. Takut termakan budi kata dia.” Panjang-lebar Tuan Ramli bercerita namun hati Chairil sudah sedia sebal.

“Abah ni.... suka sangat tolong orang macam tu. Entah layak entah tidak budak tu.” Nada protes itu benar-benar menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Dia pun masuk universiti. Bukan sekolah takat darjah enam!” Tegas suara abahnya.
“Err... macam tak percayalah. Betul ke dia tu anak kawan abah? Asalkan boleh aje dia tu. Macam clumsy aje. Dahlah panggil kita abang jaga parking, siap selamba dia aje mintak kita tolong drivekan kereta dia sampai ke parking tingkat 20 tu.”

Bibirnya diketap menahan geram. Tiba-tiba saja terasa mahu mencapai joran. Baru hilang rasa stress!
“Dah dia tak kenal Chairil. Jumpa kat mana?” Nada emak seperti membela perempuan itu.
“Kat parking.”
“Hah, betullah tu! Abang jaga parking!”

“Dia tak biasa kot drive parking kat tempat kita tu.” Abahnya juga seperti mahu menangkan budak perempuan itu.
“Huh! Memang payah nak bawa kereta antik dia tu.”
“Kereta antik apa?”
“Kereta Fiat lama.”
“Fiat? Warna putih?”
“Aha! Mana abah tahu....”

“Ya Allah! Kereta tulah dulu masa Chairil lima bulan, kena demam panas, mak tumpang mintak bawakan ke klinik pukul tiga pagi. Abah outstation masa tu.” Nada suara Puan Ramnah mengejutkan Chairil. Allah!! Kenapa panjang sangat sejarah dengan minah ni! Tak berkenanlah!
“Erkkkk....” Dia semakin jengkel. Semakin mual. Mahu muntah rasanya!
“Apa ni! Banyak sangat nostalgia! Macam drama radio klasik nasionallah mak abah ni!”
“Mak cakap yang betul!”

“Si Sofea tu bawak kereta tu ke?” Tuan Ramli seperti tidak percaya dengan apa yang didengar. Di pejabat dia tidak sempat mahu beramah-tamah dengan Sofea. Lagipun biarlah kalau di Menara Rumah Manis, hubungan itu kekal profesional, atas dasar kerja. Bukan sebagai sahabat kepada ayah Sofea.

“Aha...” Suara Chairil mendatar tidak kuasa.
“SubhanAllah! Ada lagi kereta tu. Panjang umur Fiat tu!”
“Ajar dia apa yang patut, Chairil. Bagi peluang pada dia.”

Chairil mengangguk tidak, membantah pun tidak. Mukanya juga tiada sebarang emosi. Huh! Perempuan, kalau ditolong naik lemak, naik tocang nanti! Sendiri mahu kerja, sendiri mahu ingatlah! Sendiri belajar!

No comments:

ShareThis