TEASER SUKA-SUKA:)) Cuaca panas sesangat kat luar tu... Nak siapkan kerja pun macam tak selesa:(( Jadi kita share ni sikit ye:)) Nanti kita tempek lagi. Ni ala ala excited nak siapkan Hadi ke sekolah esok:)) Daaaaa....
IZINKAN AKU JADI SAYAPMU
++++++++++++
Sofea diam menekuni kerja yang sangat baru baginya. Sesekali dia mencatat dalam buku notanya. Masih ada lebih sekitar sepuluh orang pekerja di tingkat itu yang juga belum pulang. Huda sendiri pulang sebelum pukul tujuh malam.
Usai solat maghrib, dia bergegas menuju ke pintu lif. Pintu lif terbuka dan dia meluru masuk.
Aduh!!! Senak perutnya apabila berlaga dan terhentak sesuatu. Nyaris saja dia mahu tersungkur. Dan lelaki yang berkumal, berambut ikal dan berombak kasar paras leher di hadapannya merenung dengan mata yang mencerlung tajam. Kening lebat lelaki itu dengan alis mata yang cantik membuat Sofea sedikit berdebar.
“Hei! Kau lagi! Mata letak kat lutut ke!”
“Abang ni yang jaga parking tadi kan? Errr... saya nak cepat. Minta maaf ya!”
Sofea benar-benar panik. Sekejap tangannya memegang tas tangan. Sekejap meraba tudungnya yang dirasakan sedikit senget dik terlanggar lelaki yang tinggi di hadapannya itu. Harap suak rupa kacak, tapi kedekut senyum! Muka ketat! Sempat Sofea mengerling atas ke bawah susuk mamat jaga parkir itu. Seluar denim lusuh yang sedikit koyak di lutut dengan baju kemeja t lengan pendek warna putih itu benar-benar menyerlahkan aura maskulinnya.
“Habis semua nak diredahlah! Tadi langgar tembok. Ni helmat mahal aku pun kau nak langgar.”
“Maaf ya, bang! Tak sengaja.”
“Maaf ya, bang! Tak sengaja.”
“Apa punya perempuan! Kelam-kabut aje. Semua nak dilanggar!”
Malam kian larut dan sunyi sudah mengucup kening langit, Sofea masih lagi dibungkus resah di hujung katilnya. Esok! Menara Rumah Manis! Aduhai, mengapa engkau tidak seharum manis yang aku jangkakan! Bagaimana mahu kucipta syurga di situ?
No comments:
Post a Comment