TEASER IZINKAN AKU JADI SAYAPMU -
Selamat siang, selamat hari Rabu, saja suka-suka, kerja banyak, jumpa lagi ya:)) InsyaAllah, kalau pembaca selesa dengan cerita ni saya akan sambung share teaser di sini:)
+++++++++++++++++
“Kau dengar sini baik-baik. Pergi ke tingkat tujuh. Situ bahagian sumber manusia. Kereta kebal kau ni pergi parking di tingkat paling atas. Kau tu bukan staf sini lagi. Pelekat kereta pun tak ada. Nanti kena kunci tayar kereta tu tak fasal-fasal.”
“Tingkat atas sekali? Tingkat berapa?” Jantung berdegup kencang. Dada terasa mahu pecah. Kaki sudah lembik macam agar-agar. Tak terdaya lagi hendak menyusur laluan yang melingkar ini.
“Tingkat 20."
“Hah??” Ya Allah! Kalau boleh dipikul kereta Fiat itu naik ke atas, dia lebih rela!
“Apa masalah kau ni!”
“Abang... abang boleh tolong saya tak?” Meluncur saja ungkapan itu.
Errr... tolak tepilah perangai dia yang mendera. Allah macam nak memandu mendaki spiral ni?
Lelaki itu sudah mencapai kunci motornya. Mata redup Sofea memandang merayu. Ya, terpaksa mengaku, mamat berkaki panjang ni memang kacak!
“Abang... tolong saya boleh?” Spontan bibirnya memanggil lelaki itu. Lelaki itu menoleh. Mata tajam itu cukup untuk menggegarkan seribu rasa di dada. Tapi gemuruh itu berderai sebaik saja dia membuka mulut.
“Hei.. sejak bila aku jadi abang kau!”
“Boleh tak tolong saya. Drivekan kereta saya ni naik ke tingkat atas tu. Saya tak berani. Kereta ni kereta tua... takut saya tersagat dinding lagi bila dia nak mati enjin.”
“Ya Allah!! Aku dah agak. Kau ni lesen beli ke?”
“Bukan. Bukan macam tu.... Lagi pun kalau dinding ni tersagat, saya tak mampu nak bayar nanti.” Lebih baik berterus-terang! Tak kiralah kalau lepas ni mamat ni mahu mengata aku berguni-guni!
Sofea benar-benar tidak sanggup memandu ketika itu. Separuh nyawanya hilang apabila dia melihat kesan calar dan kemek yang ada di bahagian sisi kiri keretanya itu.
“Banyak hallah kau minah! Kau ingat kau siapa ya? Aku kena drive untuk kau ke parking lepas tu aku nak menapak turun ke sini ya!”
Terkulat-kulat Sofea tidak tahu mahu membalas bagaimana. Tapi dia tiada pilihan. Darah sudah menggelegak menyerbu kepala. Paniknya bukan kepalang. Sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku, sebelum dia meredah kereta orang dengan kereta antiknya, lebih baik dia minta tolong dengan abang yang jaga parking ini.
“Kau ni siapa nama?” Dalam kereta dia masih disiasat. Tak kisahlah mahu tanya apa, asalkan dia tolong aku. Sofea keras kaku macam patung cendana duduk di sebelah lelaki yang sudah membuka helmetnya.
“Sofeatulaishah Imran.”
“Nama kemain lagi. Macam nama artis. Memandu pun tak reti.”
“Ni kereta siapa yang kau rembat ni. Clutch keras, gear pun nak kena tekan ke dalam dulu baru boleh tolak. Enjin nak terbarai.”
“Ni kereta orang tua saya.”
“Apa hal kau pakai kereta yang dah patut hantar ke tempat besi timbang kilo ke KL ni?”
Sofea diam tidak menjawab. Pedih dan rasa hati diracik-racik halus. Tapi apakan daya. Dia diam saja sehingga keretanya selamat diparkirkan dengan kemas oleh lelaki yang berjaket hitam itu.
“Terima kasih. Terima kasih ya, abang.”
“Haishh... jangan panggil aku abanglah! Alergik aku! Kau mahu ke pejabat, ikut lif sebelah sana. Esok lusa, bawa kereta elok. Kalau ofis ni ambil kau jadi pekerja, jangan hari-hari kau sagat dinding dengan kereta kau. Kereta kau tu kereta kebal, boleh runtuh bangunan ni.”
Tergamam Sofea mendengar kata-kata itu. Wahai lelaki, memang sudah hilang cahaya rahmat pada bibirmu? Namun kata-kata keluhan itu hanya berpusar dalam hati sahaja.
Tapi.. tapi... abang jaga parking ni yang betulnya baiklah!! Boleh aje kalau dia mahu apa-apakan aku tadi! Mulut aje bisa. Ah, mulutkan jauh dari hati!
1 comment:
novel ni memang dh ada ya sis??klu dh ada cmna nk order?? - tq :)
Post a Comment