Monday, February 23, 2015

TEASER 7 - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))



TEASER TEASER:)) IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))

Esok lusa takut tak sempat nak menghadap fb:) Mana tak kena nak cincang...hahaha silakan:))
+++++++++++++++
“Kenapa naik motor?” Tegur Puan Ramnah sebaik saja kelibat Chairil memasuki ruang tamu malam itu. Cukup bimbang dia apabila mengetahui Chairil tidak memandu ke pejabat. Kemalangan motosikal berkuasa besar dengan impak yang tinggi selalu membuat hatinya gerun.

“Senang naik kuda besi tu, mak. Kalau memandu leceh bila nak pergi balik ke site.” Wajah lelah Chairil hilang sudah siap mandi, solat dan duduk bersama-sama orang tuanya menikmati makan malam. Sengaja dia mencuit-cuit saja nasi di pinggan. Mahu dikosongkan sedikit perut malam itu. Dan, tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Pagi-pagi tadi ada budak perempuan cari abah.”

“Siapa?” Tanya Tuan Ramli yang sedang laju menyuap nasi berlauk asam pedas daging tetel dengan telur asin.

“Entah, tak ingat nama dia.” Bukan tak ingat, malas nak hafal! Perempuan mengada-ngada! Nama panjang berjela! Cemuh Chairil dalam hati.

“Pasal apa?” Puan Ramnah sama menoleh bertanya.
“Dia tersagat dinding masa nak naik parking. Dah langgar tembok dengan dinding, menonong aje tak berhenti. Tu yang Chairil tahan dia.” Cerita Chairil dengan muka yang terherot tanda tidak berkenan.

“Naik parking tu memanglah! Siapa yang tak biasa, teragak-agak, mahu berdentum dekat dinding dengan tembok. Kekadang kena sipi jer pun.” Reaksi Tuan Ramli biasa-biasa saja.

“Budak ni sudahlah tersagat dinding, ada ke panggil Chairil abang jaga parking. Sesuka hati dia aje, sedap mulut mak dia aje.” Spontan cerita yang satu itu terhambur di meja makan. Memang cukup dia tidak berkenan mengenangkan kejadian pagi tadi. Panas tidak fasal-fasal hatinya. Orang lain punyalah takut, sampai menggelarnya CR The Cougar. Yang minah ni sesedap mulut panggil aku abang jaga parking!

“Dia cari abah fasal apa?”
“Entah, kata nak lapor diri. Alih-alih jual nama abah. Kata nak cari Tuan Ramli.” Tercebik bibir Chairil menambah cerita.

“Nak lapor diri masuk kerja?”

“Allah! Itu anak perempuan Haji Imranlah kot! Abah lupa nak pesan dekat Chairil.”

Tiba-tiba Tuan Ramli baru teringat. Hampir tersedak dia sewaktu menyuap nasi.
“Ya Allah! Kesian dia... sampai tersagat dinding kereta ya?” Dan, Puan Ramnah turut sama mengalir rasa simpatinya.

“Haji Imran? Siapa? Dahlah dia tak ada surat. Kelam-kabut Huda nak cari rekod dia.” Terkulat-kulat Chairil. Eh, apa hal aku tak tahu apa-apa cerita ni!

“Kawan lama abah. Memang abah pelawa anak dia kerja dengan kita.” Beritahu Tuan Ramli sambil menggeleng beberapa kali. Allah! Sibuk punya fasal dia benar-benar terlupa memberitahu Chairil.
“Abah memang kenal ke?” Chairil semakin rasa syak yang bukan-bukan. Semakin rasa tidak selesa.
“Mahu tak kenal. Kau masa kecik-kecik dulu, kekadang Haji Imran dengan orang rumah dia, Hajah Asmah tu yang jaga kau kalau emak abah oustation.”

Cerita Puan Ramnah dengan ramah. Wajah menjadi bercahaya dan tidak tahu mengapa, di mata Chairil, emaknya itu macam jadi berselera pula tiba-tiba untuk makan malam.

“Masa tu kita semua duduk di Klang. Kau tak ingat. Kau bayi lagi.” Sampuk Tuan Razali,

“Allah... siapa nama budak tu. Hari tu ada dia datang masa majlis kahwin kita buat dekat Pengkalan Hulu. Tak sangka sanggup diaorang datang jauh-jauh.” Puas Puan Ramnah cuba mengingatkannya. Menambah jengkel di hati Chairil.

“Sofea.. errr Sofeatulaishah tak salah. Sedap nama budak tu.” Abahnya pula menyampuk dengan seribu kegembiraan pada wajah.

“Amboi!! Abah hafal nama anak orang tu!” Oh! Ini tidak boleh jadi! Memudaratkan hidup aku aje ni! Tak berkenan dengan budak mentah hijau tu! Budak perangai separuh masak!

“Mahu tak ingat. Masa dia lahir, Haji Imran mintak abah belah mulut anak dia.” Entah mengapa terasa mahu termuntah mendengar cerita abahnya. Oh! Mengapa ini bukan cerita rekaan ya!

“Errr... ya ke?” Dia semakin mual.

No comments:

ShareThis