Wednesday, February 18, 2015

Teaser 2 - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU

Teaser suka-suka:)) Selamat membaca:)) 
Ini sekadar petikan dari novel bersiri di Harian, Metro setiap Selasa:)

- IZINKAN AKU JADI SAYAPMU -



****************************
“Kau simpan separuh, separuh lagi kau bagi-bagi pada budak-budak dekat pejabat. Sedekahlah pada siapa yang nak. Makcik dah tak lalu makan ikanpancing Chairil ni. Penuh dalam peti sejuk tu.”

“Hah? Bawa ke pejabat?”

“Hah. Bagikan tiga pun tak apa hasil kau pancing tu. Firdaus ambil bahagian Firdaus. Ambil sekali bahagian untuk bagi kawan-kawan di pejabat. Tinggalkan sikit aje untuk kami.”

“Eeee ... sayang!”

“Hish, sedekah jangan berkira.”

“Huh rugi duit bagi orang ikan ni!"

“Apa yang rugi?”

“Ni ikan beli di pasar Puan.”

“Hah?? Ikan beli di pasar?” Terbeliak mata Puan Ramnah memandang pari, tenggiri, jenahak dan ebek yang semuanya besar-besar dan sudah siap dipotong bersih oleh Firdaus.

“Seekor pun tak dapat?” Suara Puan Ramnah melangsing tinggi.

“Errr... ada... ada... tu! Ikan tenggiri. Yang tu aje! Nama pun tenggiri sesat. Sebab yang lain tak nampak bayang. Kami rasa dia aje yang sesat di lubuk kami pergi.”

Jujur, polos dan bendul sungguh Firdaus menjawab. Sesaat kemudian baru dia tersedar apa yang diucapkan. Jantung Firdaus terasa bagai mahu terpelanting ke tumit.

“Astagfirullah!!! Habis duit beratus-ratus sewa bot, tu aje hasil kau orang! Chairil!!!”

“Puan.. jangan marah puan! Errr... saya salah cakap ke?”

“Chairil!!” Puan Ramnah sudah memetir satu rumah.


bersambung...

No comments:

ShareThis