Tuesday, July 30, 2013

Cerita Fasal Tulisan Tangan

Ini juga catatan yang ditagkan Rain @ Mazin Nirhas di fb saya. Catatan di instagram dia sebenarnya.

Sejak 1992 lagi saya dah x menukar handwriting lagi...kekal camni sampailah sekarang! Sampai ke mati pun, hehehe...mekasih kak lily sbb jadik sumber inspirasi selama ni‪#‎lilyhaslina‬ ‪#‎rosiehaslinda‬ — with Lily Haslina Nasir.
===

Buat Rain, sekali lagi terima kasih sebanyak bintang di langit. Sangat terharu sebenarnya. Dan rasa segan tetap ada. sebab kak lily anggap bakat menulis kak lily ni biasa biasa aje:))


Bercerita fasal tulisan tangan, ya... tulisan tangan saya dan Rosie tidak pernah berubah sejak sekolah. Hahaa rasanya kalau dalam dunia kewartawanan dulu (zaman saya kerja) saya aje kot journalist yang tulisannya besar-besar dan gemuks-gemuks. Tapi tetap tulis laju.... Rosie pulak bulat-bulat tulisannya.

Sejak kecil, kalau tulisan buruk, condong ke kiri rebah ke kanan, alamat kena ketuk sampai bengkak-bengkak jari kami. Bagi arwah mak, cikgu yang garang kan... tulisan tangan mencermin sikap dan personaliti diri.  Mungkin itu sebab kot, waktu anak-anak masih kecil, bila saya dah tegur lebih 3 kali tulisan depa buruk,  saya memang tak peduli anak meraung atau menangis. 

Saya akan koyakkan page yang bertulisan buruk tu dan baling ke lantai atau ke dinding. Memang kejam kan.... tapi memang saya sangat cerewet bab tulisan. Kalau tulisan hodoh dulu-dulu mak saya memang jerkah aje. Kalau tegur tak berubah, memang kena libas badan dengan paip getah. Mak tak ada kompromi bab belajar. Saya cakap pada anak-anak, kalau mau tulisan hodoh, buruk, macam cacing, boleh ada pengecualian....itu pun kalau layak jadi doktorlah.  Bab ni rasa macam nak kena tanya busu dan pakcik Jalil saya.. dulu-dulu saya rasa tulisan dua pak saudara saya ni lawa, macam manalah ye bila jadi doktor boleh berubah tulisan jadi cacing kerawit:))

Terima Kasih Rain:))

Mazin Nirhas @ Rain menulis ini di fbnya: Catatan peribadi seorg kwn baik / kwn lama yg sampai mati pun aku ttp respect kt dia! 

Saya bagi pihak adinda saya Rosie mengucapkan jutaan terima kasih sebab Rain sentiasa menyokong kami dua beradik sejak dahulu. Terkejut juga melihat foto yang ditagkan Rain kepada saya. Foto tulisan adinda sewaktu berusia 15 tahun. Bererti sudah 22 tahun tulisan tangan Rosie itu. Dan terima kasih buat adik-adik junior SMMA yang masih ingat pada kak lily, yang masih cam tulisan tangan rosie dan menyapa di fb saya. Vignesh yang dah bermastautin di Australia dan terpisah dengan Rosie semuda usia 15 tahun, masih boleh kenal itu tulisan sahabatnya :))

Terima Kasih Buat Anur Hafizah Ismael,

To kak Lily Nasir.. ♥♥♥




Terima kasih Anur Hafizah Ismael, yang tag pix akak zaman usia 6 tahun ni... rosie baru 6 bulan masa tu:)) Tq dear:))


Friday, July 26, 2013

DUKACITA dan DOA dari SAYA




Lewat senja Rabu yang lalu, sambil-sambil saya menyediakan meja makan untuk berbuka, saya sempat mengerling kisah-kisah di fb. Memandang status Kanda Zaiton Abu Samah, membuat saya terasa silap membaca. Gamam, gementar dan gigil bagai bersatu. Pantas saya menelefon Kak Ton. Benarlah khabar yang saya baca. Sahabat kampus saya Dr Tengku Intan Elyna Hasnulnawi, kehilangan anakanda sulungnya. Allah swt Maha Mengetahui, Maha Penyayang....

Saya hanya mampu berdoa, sahabat saya ini bersama seluruh keluarganya tabah berhadapan dengan ujian yang bukan sedikit ini. Mudah-mudahan, almarhum anakanda Hasnul yang kemalangan jalan raya, tenang di negeri abadi sepanjang perjalanan ke jannah. Buat sahabat saya Dr Intan @ Elyna Hasnulnawi, saya yakin anakanda yang pergi membawa bersamanya kasih sayang bonda dan seluruh keluarga yang paling indah, paling manis, luhur dan menanti dengan penuh rindu di jannah. Intan, saya tumpang berdukacita dan mendoakan yang terbaik untuk anak yang pergi, juga Intan bersama keluarga.


Belum hilang rasa sebak dan gamam, khabar Elyna Hasnulnawi yang kehilangan putera sulung yang dikasihi, tatkala bersahur tadi sekali lagi saya tersentak. Membaca status kanda Norhayati Berahim membuat saya berkerut dan sukar mempercayainya.

Tapi saya yakin, janji dan perancangan Allah sw sangat indah dan tiada siapa mampu menduganya. Sahabat fb yang sangat menyenangkan dan tentunya rakan pembaca yang sentiasa menyokong semua penulis, Yazreina Yasin, tanpa saya duga meninggalkan kita semua.

Yazreina Yasin, pergi pada hari menjelang Jumaat, bulan Ramadan, di ambang Nuzul Quran, tarikh yang sangat indah bagi saya. Oh, saya sendiri belum tahu perginya saya bagaimana, tarikhnya apa..... Bertuah Yazreina, dijemput saat begitu dan perginya meninggalkan kenangan yang manis-manis untuk kita sahabat fb.

Ya Allah, saya doakan yang terbaik untuk Yazreina. Biar kami tak pernah bertemu namun kemesraannya sangat manis di laman ini. Buat keluarga Yazreina, salam takziah dari saya.

Friday, July 19, 2013

HELLUVA FUN (errr kegiatan luar bilik darjah clan pak nasir ni sebelum ramadan)

Dekat tapi macam jauh.
Jauh tapi dekat.

Ini yang selalu saya bayangkan saya dengan Rosie, Siti dan abah saya. Melaka tu bukanlah jauh mana. Tapi emm kekadang rasa macam jauh. Masa dan kesibukan yang membataskan.

Saya? Taklah kerja pun. Nak kata banyak masa lapang, ampun.... kekadang kerja sampai tak cukup tidur dalam tempoh 3- 4 bulan. Errr ni pun dah rasa bersalah pada funder novel sebab saya tak siap lagi kerja.



Rosie. Oh, dia dah memang betullah busy. Dia selalu bergelut dengan deadline. Saya free kekadang Rosie busy. Rosie lapang, saya kekadang hanya sempat curi masa tidur depan lappy aje.



Anak-anak saya? Seorang cuti, dua tak ada. Dua cuti, seorang tak ada. Sudahnya selalu saya sama Thambi dan Jejai si kucing. Jarang dah dapat peluang cuti serentak. 



Atuk Nasir. Hemm, lagilah payah kami nak curi daddy cool kami ni. Busy semedang. Sejak era arwah mak, sampailah zaman bersama makcik Hawabi. Entah apa-apa busynya atuk Nasir. Nak jumpa memang kena buat temujanji. Kalau dapat jumpa sembang dan makan sama dua jam tu dah kira cukup bagus.





Disebabkan kebizian yang entah apa-apa masing-masing. Saya dan Rosie selalu pakat-pakat bila balik Melaka. Mesti ada kegiatan luar bilik darjah bersama-sama semua ahli clan Pak Nasir. Nak pulak kalau semua anakanda saya balik bercuti. Rosie dan Azlan akan aturkan macam-macam. Kalau tak sempat di Melaka, di Alamanda kami selalu berkumpul. Jam satu pagi pergi makan tandoori di Putrajaya, kekadang pergi karaoke. Rania paling best bila dapat jumpa semua abang akak sepupu dia. Habis semua barbie dolls dia diangkutnya ke meja makan. Sebab? Nak share story sama mak uli.... ni doll namanya sekian, doll yang ni pakai dress apa....





Selalunya Azlan yang akan taja semua aktiviti berjimba ni. Sebelum puasa baru ni, sempat jugak kami curi masa Atuk Nasir. Cucu semua dapat dikumpulkan. Masak-masak, makan-makan sampailah kegiatan karaoke di Mahkota Parade. Bila kumpul dalam mood rumah bising macam nak pecah, saya selalu terbayang. Kalaulah emak masih ada......

Tergolek dalam bilik karaoke. Dah habis suara nyanyi


Mak, Kita Tertinggal Tu.... Mak, Kita Terlupa Ni...

Setiap kali hantar anak-anak ni pulang asrama, saya berdebar. Apa agaknya yang bebudak ni tercicir, tertinggal, terlupa..... Bukan tak pesan. Menjerit satu rumah pun, pesan bagai nak rak pun, tetap itu rupanya:((

Mak, poskan baju Melayu, Adib tertinggal. Mak, tolong hantar kotak pensel, Anis terlupa bawak! Mak, kita terlupa tudung sekolah, hantar ya jam enam pagi! Paling kronik, bila beg sekolah pun Anis pernah tertinggal di rumah. Mujur asrama di Seremban tu macam belakang rumah aje. Kalau memecut, 15 minit saya boleh sampai.

Anak bertuah di Perak ni setiap kali pulang, wajib dia cicirkan barang. Dulu dia tertinggal dompet. Memikirkan dia naik bas sambung, meroyan saya mengejar bas ekspressnya sampai keTeluk Intan. Kali ni tertinggal tag nama. Dah sampai pagar sekolah, korek sana korek sini, alamak.... kita terlupa tag!


Nak tak nak, disebabkan seketul tag nama tu saya kena kirimkan ke sekolahnya guna courier. Bila saya bising membazir sebab benda yang dia lupa bawa terlalu kecil, tak padan dengan harga poslaju, dia jawab, "Mak bubuhlah coklat ke, masukkan kacang ke, chewing gum ke dalam plastik courier tu." Saya jawab, kalau boleh, mak sendiri nak masuk dalam plastik tu, nak piat adib bila sampai bagan datoh!  Itu sebab saya kata dengan bebudak ni, mak lagi suka berpesan dengan kucing. Thambi, Jejai tak pernah menyusahkan mak:((

ShareThis