Friday, July 19, 2013

HELLUVA FUN (errr kegiatan luar bilik darjah clan pak nasir ni sebelum ramadan)

Dekat tapi macam jauh.
Jauh tapi dekat.

Ini yang selalu saya bayangkan saya dengan Rosie, Siti dan abah saya. Melaka tu bukanlah jauh mana. Tapi emm kekadang rasa macam jauh. Masa dan kesibukan yang membataskan.

Saya? Taklah kerja pun. Nak kata banyak masa lapang, ampun.... kekadang kerja sampai tak cukup tidur dalam tempoh 3- 4 bulan. Errr ni pun dah rasa bersalah pada funder novel sebab saya tak siap lagi kerja.



Rosie. Oh, dia dah memang betullah busy. Dia selalu bergelut dengan deadline. Saya free kekadang Rosie busy. Rosie lapang, saya kekadang hanya sempat curi masa tidur depan lappy aje.



Anak-anak saya? Seorang cuti, dua tak ada. Dua cuti, seorang tak ada. Sudahnya selalu saya sama Thambi dan Jejai si kucing. Jarang dah dapat peluang cuti serentak. 



Atuk Nasir. Hemm, lagilah payah kami nak curi daddy cool kami ni. Busy semedang. Sejak era arwah mak, sampailah zaman bersama makcik Hawabi. Entah apa-apa busynya atuk Nasir. Nak jumpa memang kena buat temujanji. Kalau dapat jumpa sembang dan makan sama dua jam tu dah kira cukup bagus.





Disebabkan kebizian yang entah apa-apa masing-masing. Saya dan Rosie selalu pakat-pakat bila balik Melaka. Mesti ada kegiatan luar bilik darjah bersama-sama semua ahli clan Pak Nasir. Nak pulak kalau semua anakanda saya balik bercuti. Rosie dan Azlan akan aturkan macam-macam. Kalau tak sempat di Melaka, di Alamanda kami selalu berkumpul. Jam satu pagi pergi makan tandoori di Putrajaya, kekadang pergi karaoke. Rania paling best bila dapat jumpa semua abang akak sepupu dia. Habis semua barbie dolls dia diangkutnya ke meja makan. Sebab? Nak share story sama mak uli.... ni doll namanya sekian, doll yang ni pakai dress apa....





Selalunya Azlan yang akan taja semua aktiviti berjimba ni. Sebelum puasa baru ni, sempat jugak kami curi masa Atuk Nasir. Cucu semua dapat dikumpulkan. Masak-masak, makan-makan sampailah kegiatan karaoke di Mahkota Parade. Bila kumpul dalam mood rumah bising macam nak pecah, saya selalu terbayang. Kalaulah emak masih ada......

Tergolek dalam bilik karaoke. Dah habis suara nyanyi


No comments:

ShareThis