Friday, July 31, 2009

Komen Si Manis Alyia Utk Aku, Dia Dan Coklat




Salam,

Aunty Lily sekarang tengah buat apa?Maaf yer menganggu....Saya bagi email nih sebab saya nak bagi komen tentang buku Aku,Dia dan Coklat yang bagi saya memang bagus sangat jalan ceritanya.

Komen dari saya,
Saya sangat suka membaca novel Aku,Dia dan Coklat kerana pertama sekali sebab cover depan dia sangatlah cantik macam saya rasa nak makan jer coklat tuh!!!

Yang kedua, sebab karakter dia yang banyak watak seperti watak jahat,watak baik dan watak-watak yang lain, macam-macam rasa ada dalam buku nih!! Watak yang paling saya suka semestinya Zaza, watak utama dalam buku ini.Walaupun Zaza seorang yang serba-serbi kekurangan di luar tetapi dalamannya baik macam Fariz cakap,'Ada inner beuty'(hahahaha ).

Saya sebenarnya pening sikit dengan watak Fariz ini sebab kadang-kadang dia suka dengan Zaza dan kadang-kadang tak suka.(pening-pening lalat ).Watak Maliz dan Asyikin yang memang saya sangat tak suka!!!(benci-benci ).Tak lupa jugak si Muiz dan Khidir yang suka sangat cari pasal dengan Zaza.Insyirah,Puteri Rania dan Khadijah saya suka jugak sebab merekalah teman sejati Zaza walaupun kadang-kadang suka menyakitkan hati Zaza(hihihihi... ).

Yang watak-watak sampingan tuh memang bagus sebab diorang tambah perasa dalam cerita ini macam emak Zaza,emak Fariz,Anis,Haiqal danFaizal (adik-adik Fariz) dan lain-lain lagi.

Artikel-artikel yang ada dalam buku ini, banyak bagi saya ilmu yang selama ini saya tak pernah tahu.Memang tak rugilah baca buku ini!!! .Nak komen apa lagi yerk???sebab buku ini memang best sangat sampai tak tahu nak komen-komen apa lagi .Tapi cerita ini tergantunglah aunty, tak sabar nak tunggu yang baru.....( ).Aunty buat cepat-cepat taw!!!

Ha!!Baru saya teringat, alangkah bahagianya saya kalau saya dapat jumpa dengan editor majalah InStyle dan ada gambar saya dalam majalah itu !!!

Dan yang paling bestnya kalau dapat pergi Theobroma Chocolate Lounge,One Utamayang dikatakan syurga coklat!!!Saya mesti dapat makan sepuas-puasnya dan mesti bestkan makan dekat sana!!!Saya tak pernah pergi sana !!!Saya dah lawat dia punya website: http://www.chocolatelounge.com.au/ .


Terliur saya tengok dia punya product, rasa nak makan jer benda tuh sekarang!!!Aunty mesti pernah pergi kan???Nanti ajak saya taw!!(hahahahaha (muka tak tahu malu)).


Oklah aunty sampai sini jerlah komen saya tentang buku aunty yang best sangat nih!!!


Salam sayang,
Alyia
Farzana Binti Mohd All Jafri

5 comments:

Suzie said...

..hehe..so comel kak lily ada peminat cilik mcm ni (^__^)

Anonymous said...

salam akka....sy dh bace buku kawan baru saya...best sangat....ade x sambungan dia?harap ade ye....

Nina said...

Lily...Buku ADC memang hebat, umpama coklat. Dah makan nak lagi, dah baca nak baca lagi...Tahniah...

Alyia Farzana said...

Aunty Lily, malu saya sebab Aunty letak gambar dan email saya kat blog Aunty...hihiihhihihih....Tapi thanks yer aunty sebab letak emel saya!!!

Ekin said...

hah? antagonis aku dia dan coklat nama asyikin? isk... ini macam terasa nih.. isk...

hehe. kak lily, tak sempat nak beli buku tu lagi.. susah benar la nak ke kedai buku sekarang ni. kirim dekat akak je la... bley? haha.. anyway, nanti ekin try dapatkan gak k. since dapat guarantee lebih daripada akak pasal novel ni, (compare dengan AAK). so, this novel will be in my must've books!

ShareThis