Tuesday, May 21, 2013

MENJEJAKI SORGA BUKU LAMA....






SELALUNYA kalau mahu cari novel-novel lama, saya akan meredah jalan Chowrasta, Pulau Pinang. Di kedai uncle yang satu tu saya akan duduk bersila sambil memunggah dan membelek buku-buku yang mahu dibeli. Wah! Tak sangka di Puchong ada juga kedai yang sangat sorga bagi saya.

Niat mencari surat khabar di hari Ahad sambil temankan Rania sangat berbaloi, bila saya secara tak sengaja jumpa kedai sorga buku lama ni. Satu beg plastik besar saya borong dan angkut buku TAMAR JALIS dan TOK AWANG NGAH yang dijual 50 sen aje!! 


 Entah bila nak baca! Tapi saya suka mengumpul khazanah lama ni. Saya juga tak suka membataskan himpunan buku yang saya kumpul atau membataskan pembacaan saya. Apa saja yang bagus, mengikut genre masing-masing saya baca. Diam tak diam, rasa makin lengkap himpunan TAMAR JALIS saya. Makin melimpah-limpah stok buku lama saya. Dah boleh sangat berangan-angan buat kafe buku yang santai-santai. Sambil makan lempeng, cucur udang atau pengat pisang, sambil baca buku dan menaip:)) Tu projek bila dah ada cucu nanti kot...:)) Dan hanya, kalaulah umur panjang.....




Saya dapat dalam 17 buah buku semuanya. Paling paling paling buat saya terkinja-kinja bila jumpa novel Rosie yang pertama.

Novel pertama yang dia tulis waktu tingkatan 3, waktu dia masih di MRSM. Yaya.... buku mama Yaya!! Hahaha terkelip-kelip Yaya tak berapa faham. Saya beli novel mama Yaya. Terasa sangat berbaloi temankan Yaya sebab mama Yaya ke Bangkok masa tu. Dan bila balik rumah Syafiq sama Haiqal jeling..... Mak beli buku lagi? Mak ni dah jadi macam hoarders lah!!!




7 comments:

Hazlin Nazri said...

sempat ke baca tu lily?

Audra Sazreena said...

Salam Kak Lily.. kat mana ya kedai buku sorga kat Puchong tu? Saya pun minat nak cari buku lama-lama ni...

aziahmk said...

kak lily...kedai tu kt mana?? nk pegi jugakkkk

Blogger Mommy said...

salam kak lily, kat mana yer kedai buku tu.. nak pergi.. :)

sosoi85 said...

Nak jual xbuku tu..sms sye 0127485369

Unknown said...

Salam buku tamar jalis jual kat saya bleh?? :)
017 6299976

Unknown said...

Salam buku tamar jalis jual kat saya bleh?? :)
017 6299976

ShareThis