Friday, January 17, 2014

Bye Bye Anis :))

Angan-angan saya, dia sekampus dengan abang dia. Senang. Dekat. UIA dengan rumah tak jauh mana. Tiap minggu boleh balik. Masa dapat arahan balas emel serta kirimkan beberapa dokumen untuk ke UTP pun, saya berpakat dengan abah dia. Tak payahlah. Masa dapat temuduga pun, kami kalut dengan Adib di wad. Tetiba bila semuanya dah diatur Tuhan, saya terpaksa akur. Okay. Tak apalah. UTP tak jauh mana. Sewaktu hantar dia untuk pendaftaran, saya terkenangkan arwah mak. Oh, macam nilah agaknya mak rasa masa hantar saya masuk UM. Takut, risau, sebak, errr... tak tau nak katalah. Saya hilang tukang taip, tukang kemas barang, tukang kemas tas tangan, tukang lipat baju, tukang balas emel/sms/mesej dan tukang masak nasi:((




Mak, macam mana? Kalau tetiba lepas keputusan keluar kita keluar dari Perak? Macam mana kalau kita terima yang lain pulak:(
Saya tak terjawab masa ni. 

Mak okay kan....
Saya tanya nak ke mana? Dia kata bergantung rezeki. Saya jadi tak pandai nak jawab. Apa yang saya pesan kat dia, buatlah solat hajat, solat taubat, solat istikharah mulai januari ni. Apapun keputusan yang Anis buat selepas Mac, mohon Allah gerakkan hati, itu yang terbaik untuk Anis.


Banyak perkara dia rujuk pada saya dengan achik rosienya. Tapi macam Rosie kata, dan saya sangat setuju... terpulanglah pada dirinya. Baik saya dan Rosie, sama seperti arwah mak. Tak suka nak rancang beriya-ya. Oh, kalau dah besar nanti kena gini. Kalau dah umur sekian kena gitu. Nak belajar di sini. Angan-angan mesti masuk kolej atau institut sekian-sekian. Bagus ambil kursus ini, mesti ambil jurusan itu. Atau berangan-angan dapat scholarship itu ini. 

Dulu zaman Syafiq, saya bereksperimen dengan anak sulung. Dari tadika ke sekolah rendah dia dihantar sekolah private agama.  Pindah Rinching baru dia ke sekolah kerajaan. Hahaa... ya Alhamdulillah, dia sangat bagus bab mengaji. Kalau ajar adik pun macam ustaz yang garang. Tapi... emmm.. gaya, stail... tetap jugak dengan seluar bermuda, seluar paras lutut atau jeans koyak nampak lutut. Tetap jugak gila kpop!

Bergantung pada anak-anak ni jugak. Hati mahu pilih yang mana. Kalau takat orang tua berangan itu ini, atur aturkan sangat, tak ke mana jugak. 

Bab belajar aje memang kami cengih, garang dan bak kata Syafiq macam rimau. Tapi selebihnya terpulang. Itu semua ketentuan Tuhan. Terlalu merancang sangat, selalunya tak jadi apa. Terlalu berangan-angan selalu berakhir dengan diri kita kecewa. Lebih baik usaha ajelah, doa dan serahkan pada Tuhan.






Saya cuma kata perjalanan jauh lagi. Allah dah tentukan semuanya. Macam mak, belajar UM, kerja seronok tapi kalau dah tertulis berhenti kerja umur 33, siapa pun tak mampu halang. Tak pernah terfikir dalam kepala, satu hari saya hanya duduk rumah urus anak-anak selepas konon-kononnya banyak menang award kewartawan dan penulisan kreatif itu ini. Pesan saya lagi, Anis dah usaha, doa dan serahkan aje pada Allah.




Dan hari Ahad itu saya ngantuk tak terkata. Keluar rumah jam lima pagi. Sampai perak jam lapan pagi. Naik turun tingkat tiga berkali kali buat saya rasa macam beriadah tak fasal fasal. Jaga diri anis.




3 comments:

haswida abu bakar said...
This comment has been removed by the author.
haswida abu bakar said...

Tahniah Anis dan Lily suami isteri.

Lily Haslina Nasir said...

tq tq tq dear ayu:))
perjalanan anak anak ni jauh lagi kan.
didoakan anakanda ayu semua ikut jejak mama mereka, lanjutkan pengajian sampai ke peringkat tertinggi, sampai bergelar dr!

ShareThis