Ya ALLAH! Tebalnya! Patutlah dua tahun saya ambil masa sudahkan novel ini. Kisah Nurul Masmin, ribut dunia penulis, sengsara rumahtangga, pedih dikhianati dalam misteri, ubat yang tiada pada doktor, manusia hipokrasi, semuanya saya rangkumkan di sini. Terima kasih buat Anida Daud, editor yang sangat low profile, yang di tangannya dahulu banyak mencanai karya emas sederetan penulis hebat CESB. Terima kasih Khalidah Khair yang selalu dengar keluhan auntie lily bila stress menjalin plot cerita ini.
Alhamdulillah, sudah selamat ke pencetak. Saya tulis ni sekadar suka-suka. Ni pun ambil masa dua tahun nak siapkan:))
Jumpa lagi. Saya sendiri tak sempat nak lama-lama belek sampel novel ni sebab ada kerja skrip dokumentari serta terjemahan yang datang serentak dan saya kena emelkan esok. Sekali lagi terima kasih semua. Sebaik novel ini selamat ke pencetak, saya akan kongsikan di sini. Alhamdulillah... syukur. Allah swt izinkan juga kelahiran CINTA HILANG KATA. Selepas ini saya menanti Airis Cempaka pula. Daaaa:))
4 comments:
dh tgk kt fb kak rose harissa.. terbaik la..
Tak sabar nak dptkan baby ni ;)
sharifah muda,
tq tq tq dear:))
Kak rose sangat berbakat kan! Kreatif!
Linda,
Terima kasih ya!
InsyaAllah bulan Feb nanti:))
Post a Comment