Wednesday, November 15, 2017

NOVEL BARU - PART 2 - SHARE SIKIT

Yuhuuuuu..... okk ....
Tengoklah kalau ada yang kata nak baca... kita share sikit sikit ya. Okay ni sambung yang tadi. Tq tq yang bagi respon pada part 1 tadi. Kita ni jarang sesangat nak share gini sebab 1. segan. 2. rasa cerita kita tak best.... dalam hati dok kata, ada ke orang nak baca. Sekali lagi... tq tq untuk yang bagi respon dan like di part 1 tadi.



*2*



Di bilik Dr Quah, Nuren disambut ramah doktor pakar itu.
“Hello! How are you my dear? Something missing in your smile!”
Nuren mula mengadu itu dan ini.
“Okay I tengok you dulu. Ada rasa sakit di mana-mana? Ada rasa tak selesa?”
Nuren rancak bercerita sambil Dr Quah memeriksa hidungnya. Pada hematnya Nuren benar-benar sudah pulih. Pembedahan rhinoplasty yang dibuat tiada sebarang komplikasi.
“Congratulation! Your surgery went well and you’re recovering beautifully. Take it easy, get plenty of rest and let me know if there is anything I can do to help. I am happy with the outcome.”
Bercahaya mata Nuren mendengar pujian Dr Quah. Dia kemudian pantas membuka mulut, menyampaikan hasrat sebenar.
Sebenarnya follow up check up, yang ini bukanlah penting sangat buat Nuren. Dia tahu hidung barunya telah pulih. Bekas luka pembedahan pun sudah lama kering. Ada hajat lain yang lebih besar. Dan dengan penuh rasa teruja dia luahkan pada Dr Quah.
Doktor yang separuh usia itu mendengar sambil mengangguk-angguk. Satu demi satu dihadamnya sambil membuat sedikit catatan. Dia sebenarnya terkejut namun sebagai doktor dia harus bertenang dan menerangkan dengan jelas pada Nuren.
Dia membiarkan Nuren selesai menyuarakan hasrat hati.
Kemudian perlahan-lahan dia menjelaskan, “ The Bottom Line. Wait at least six months before having plastic surgery.”
Nuren tegak tidak berkelip mendengar penjelasan Dr Quah panjang lebar. Lelaki tua itu mencapai sebuah buku berkulit tebal. Dia menyelak pada halaman yang berkaitan dan menerangkan kepada Nuren. Segala prosedur pembedahan sedut lemak, tummy tuck dan vaginoplasty yang diangankan oleh Nuren dijelaskan oleh Dr Quah.
“Banyak risikonya. You baru bersalin. Pulihkan betul-betul badan tu. Ini pun you dah buat cantikkan hidung. Sebelum hamil you dah buat cantikkan kelopak mata. Tak perlu terburu-buru.”
Lembut Dr Quah cuba memujuk. Dia tidak menyangka Nuren menjadi obsess. Tampak ketagih dengan bedah plastik macam ketagih mahu ke SPA.
Mereka saling bertukar pendapat. Fikir Dr Quah, dia mampu menjinakkan kerakusan Nuren, namun wanita itu tetap berdegil.
“Cinta dan kasih sayang memang banyak cara boleh kita perolehi. I tak nafikan. Lelaki memang lebih tertarik pada perempuan yang cantik. Tapi you ni ambil risiko. Ini bukan macam facial yang you selalu buat. Bukan macam you pergi buat rambut di salon. Ini pembedahan. Ada risiko Ada komplikasi. Ini bersangkut-paut nyawa!”
“ Untuk cantik kena ada risiko kan? I nak masuk dalam golongan cantik. Sebab tu I nak buat semua ni. I would do anything… err sexually for love. Yes, my new husband is my everything. I got 10 things I’ll do differently in my second marriage.” Ungkapan itu mengalir tanpa ragu-ragu. Lancar saja luahan itu. Nuren tahu apa yang dia inginkan.
Dr Quah tersandar. Kening terangkat seketika dan kemudian mengangguk-angguk. Bagai ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
“Girl, you are beautiful! Body you cantik! Tak perlu itu semua!”
“Hah! Come on doc! Perempuan yang dah beranak lima mana ada yang cantik badan? Rasanya sekarang ni I ada sagging butt. Itu tak sebut lagi fasal fat, flabby belly! I want perfect body.” Tergelak kecil Dr Quah mendengar kata-kata Nuren.
“Itu makna you tak ada keyakinan diri. You have undergo a few plastic surgeries already. And now you dah ada a happy marriage life. Betulkan?”
“Sekarang. Baru sekarang. For your information… my previous marriage was a failure.” Pantas dia memintas.
Dr Quah senyum dan mengiyakan, “Yes, I understand… What I’m trying to say is...” Dr Quah menarik nafas dan fikirannya pantas memikirkan hujah terbaik. Wanita beranak lima di hadapannya itu umpama serigala lapar yang mahu menerkam apa saja di depannya. Dr Quah senyum sumbing sendiri. Nuren harus ditenangkan.
“Beauty is pain. There will be no problem if your body can take it. But… berbaloikah? I mean, is this the only way you can make your husband happy? By doing plastic surgeries? Ini jaminan bahagia?”
Nureen terjeda. Seluruh dunia terasa mengejek. Nak bagi ceramah pulak Dr Quah ni… Kau just buat job kau properly dah lah!
“I don’t care Dr Quah. Saya dah putuskan. Ini hadiah untuk ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.”
“Hadiah ulang tahun perkahwinan?” Dr Quah untuk kali kedua sedikit tersentak. Perempuan ini memang luar biasa. Keinginan, cita-cita dan nafsunya!
“Yes, my virginity.”
Mata Dr Quah semakin terbeliak. Kaca mata yang melorot di pangkal hidung ditolak sedikit ke atas.
“Suami saya outstation. Dia balik betul-betul pada tarikh ulang tahun kami.”
“Berapa lama lagi?” Dr Quah menyampuk.
“Lebih kurang sebulan lebih lagi.”
Dr Quah terus melihat kalender kecil di hadapannya. Dan membuat kiraan.
“Sempat bukan?” Nuren bertanya.
Stubborn lady! Baru give birth dah nak jugak buat pembedahan. Dalam hati Dr Quah merungut sendirian. Penat rasa memberi penerangan pada perempuan degil ini.
“Macam mana Doc?”
Dr Quah mengangguk biarpun Nuren masih tidak mampu menyakinkan dirinya atas alasan apa pembedahan itu harus dibuat, “But why? You've got everything now.”
Pantas Nuren berhujah, “Hadiah. Surprise. Kejutan untuk suami saya. Tanda cinta. Suami saya berhak untuk ini.”
Nada yakin itu segera dicaras dengan lembut oleh Dr Quah, “I know you are my precious client. But before I proceed, I think it is best for me to consult my client first. This surgery you want to do is vaginoplasty. You know, kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada lapisan tipis selaput dara. Hymen itu cuma satu lapisan tipis pada faraj wanita. Ya, dengan vaginoplasty, you boleh perbaiki selaput dara itu. Tapi, you harus faham ya. Kesetiaan dan keikhlasan itu lebih penting dalam perkahwinan.”
Dr Quah tiada pilihan. Nuren di hadapannya itu sudah terlalu kerap menagih pembedahan yang aneh-aneh. Obesesi dan nafsu wanita ini ingin cantik, ingin tampak bergetah, luar biasa sungguh. Nuren perlu diberi kaunseling pada hemat Dr Quah.
“Like I said before, I don’t care. My husband deserves a brand new me!”
Sudahnya Dr Quah bagai beralah. Stubborn lady! Hatinya kesal. “It's up to you. Your life, your decision.”
Dr Quah terus mencatat sesuatu pada rekod perubatan Nuren. Perempuan itu tersenyum puas. Tiada siapa mampu menghalang keinginannya. Belum sudah Dr Quah memberi kata putus untuk tarikh pembedahan vaginoplasty itu, Nuren sedikit resah.
Kantung susu membengkak. Padding yang dibubuh lencun. Banjir susu.
Gosh! Engorged!
Dan di luar bilik Dr Quah, Dida menangis bagai dicubit-cubit sambil bibir comelnya termuncung-muncung mencari susu.

2 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Lily,
Seronok sesekali baca novel, moga idea terus mencurah datang. Selamat berkarya.

Lily Haslina Nasir said...

Amie,
Terima kasih ya sudi baca.
Haha... kalau mana tak kena, tak best, komenlah ya!

ShareThis