Friday, March 1, 2013

CATATAN AKHIR SEBELUM SAYA BERTAPA SEMULA...



Buat penutup posting saya hari ini. 27 tahun yang lalu saya menyertai Minggu Penulis Remaja DBP.

Perasaan saya waktu tu... hahaha suka! Rasa macam yeahhh best! Tak terfikir pun nak hidup dan mati menulis macam sekarang. Dulu kalau menulis, nampak byline seminggu tidur tersenyum. Dewan Siswa tu kalau ada karya saya, tak ada hal saya beli sampai lima copies. Dapat cek rasa nak melompat ke langit. Kalau cek sampai di sekolah, hahahah lagi perasan tak sudah! Namanya budak... rasa berlagak riak dengan kengkawan tu adalah jugak! Dah tua ni... insaf dah....

Tapi yang saya nak kongsikan di sini, dahulu editor Dewan Siswa, senior MPR sentiasa saling membahu membakar semangat rakan-rakan. Saya sebenarnya takut masa sertai MPR tu... sebab semua menengah atas. Saya seorang aje masa tu sesat budak tingkatan tiga. Malam akhir di MCOBA, tak terfikir pulak nak bawa buku untuk minta tanda tangan senior. Jadi novel yang saya beli saya usung ke hulu ke hilir minta dicatatkan sesuatu.Tersangatlah poyo masa tu! Saya dengan rambut pendek masa tu, pakai baju kurung tapi pakai sneakers.

Hahaha tak sangka saya jumpa pagi tadi selepas dicari dalam timbunan buku saya. Antaranya contengan kata kanda Zaiton Abu Samah, catatan editor feveret saya En Abdul Ahmad, nota Prof Rahman Shaari, dan tentunya yang paling mahal contengan bro Dr Shamsudin Othman dan Ahmad Patria.


Jadi buat anak-anak (tak sesuai nak panggil adik-adik sebab anak saya sendiri join MPR) yang pernah sertai MPR... teruskan berkarya. MPR ni dah jadi macam legasi bagi saya. Ramai penulis terasuh di sini.

ps: Saya tetiba terkenang sahabat saya, rakan sekampus, senior di UM, Hizairi Othman. Siapa yang tak kenal Hizairi bukan? Di kalangan penulis muda dahulu, dia mentor, dia ketua dan dia penggerak. Nantilah saya kongsi kisah sahabat saya yang sangat putih hatinya ini bila ada kelapangan. Semangatnya yang wajar dicontohi.








3 comments:

Yin Areesa said...

maaf ye kak lily
rasanya saudara hizairi ni pensyarahkan? dia hilang dan masih belum ditemui lagi? correct me if i'm wrong.

~::Chenta::~ said...

maaf... Chenta tak berapa kenali .. sebab chenta bukan bermula dengan pen ulisan .. tapi bila lihat n3 ni terasa teruja & kagum untuk mengenali mereka ...

Silakan .. chenta pasti bertandang lagi ^^

anntaj said...

I suka blog ini :)

ShareThis