Tuesday, March 12, 2013

Hizairi Othman- Kebetulan Yang Tidak Disangka - Satu Catatan Peribadi

Ini rencana saya di Jelita tentang Hizairi. Saya ingat lagi... saya paksa dia datang ke studio Jelita untuk  sesi temubual. Hahaha saja menyusahkan dia walhal cerita dia, boleh aje saya tulis tanpa dia susah-susah perlu luangkan masa ke studio. Ini kisah pengalaman dia, bermula dengan bayaran cerpen RM70  akhirnya  meraih hadiah RM50,000 untuk satu pertandingan menulis berprestij negara.

Kebetulan sungguh! Seorang sahabat memberitahu bulan Mac atau lebih tepat 15 Mac adalah tarikh Hizairi Othman hilang tanpa berita. Oh saya sudah lupa bulan bila sebenarnya. 

Yang saya ingat, dua hari sebelum dia hilang, dia ada menelefon saya di pejabat Berita Publishing. Suaranya tegang, serius, lain daripada biasa. Macam orang bad mood. Dia minta tolong saya carikan bahan untuk dia melalui arkib NST yang waktu itu saya akses secara percuma. Kalau tak silap bahan itu untuk proposal dia mendaki tangga Phd.  Lepas letak telefon, saya masih ingat. Saya merungut..."Huhu tak kuasa! Angin tak baik, telefon orang nak moody moody pulak."

Dan dua hari selepas itu sewaktu saya dan arwah emak membeli-belah di JJ, saya dapat panggilan telefon dari arwah Dr Othman Puteh. Memberitahu Hizairi sudah dua hari tidak pulang. Dan selepas itu sehingga ke hari ini, saya terus menanti dan mengharap ada khabar tentang Hizairi!

Saya tergerak hati untuk berkongsi kisah ini sejak sebulan lalu tapi kekangan masa membatasi saya. Juga saya tidak pasti perkongsian kisah ini wajar atau sebaliknya. 

Selepas difikir, saya rasa kisah penulis hebat ini perlu diketahui oleh adik-adik penulis baru. Sikapnya yang ikhlas, jujur, sentiasa merendah diri dan tidak pernah memandang kecil pada karya orang lain wajar dicontohi. Nantilah... saya akan kongsikan lagi bersulam kisah saya, Rodziah Mat Akil, Shasha Shafie ... mungkin juga Dr Ayu Abu Bakar, kanda Is Hassan Idris, yang pernah menjadi sahabat karib @ membuli sahabat kami yang baik hati ini.




Bersambung.....

1 comment:

Audra Sazreena said...

Assalamualaikum Kak Lily,

Saya selama ni jadi Silent Reader kat blog kak Lily. Sejak dari zaman sekolah, saya dah jadi peminat kak Lily sampai la sekarang.

Saya pun minat juga dengan abang Hizairi, juga arwah ayah dan ibunya dan bila saya baca news pasal kehilangannya saya jadi sedih. Sekarang bila baca balik tulisan kak Lily ni, saya sedih juga.

Semoga beliau pulang juga ke pangkuan keluarganya satu hari nanti..

ShareThis