Pantas cekap tetiba di dapur. Jam tiga pagi bangun, siap adun tepung, jam empat bakar dua adunan kek. Red velvet siap lima pagi. Sambung lagi kek coklat.
Kemudian sup, kemudian sambal udang, kemudian ikan pancingan CR. Bayangkan banyak mana lauk bila mak che bunga masak enam kali penuh rice cooker untuk nasi. Tulang untuk buat sup aje tiga kilo. Kemudian ada gulai daging cili padi, agar-agar gula merah, laksa, rendang kering, kuah kacang ready. Jam tiga petang ala ala terpanik, pantas bertindak ke dapur. Buat mi kari seperiuk besar sebagai back up. Memang macam buat katering mak che bunga masak:)) Semuanya sebab nak raikan keluarga che bunga yang nak raya rumah che bunga.
Mood baking menjadi jadi. Time fokus novel mak che bunga tak kuasa nak buat kek bagai. Ni rajin sungguh. siap ada coklat moist ada red velvet. lepas ni rasa habiskan masa buat cookies pulak, tak kiralah dah nak habis raya. saja buat stok untuk gemukkan badan.
Mi kari ekspress yang tak dirancang. main campak campak aje. macam buat katering mak che bunga masa tu. ni standby kalau laksa dengan nasi sama lauk habis.
Kakak sepupu dengan adik sepupu:))
Alhamdulillah mak che bunga sempat masak apa yang patut masa ni. Yakin tak yakin sebab bimbang che bunga nangis. Alhamdulillah, such a good baby:)) Macam atuk jalal di paya rumput kata, cempaka sangat behave. Kata moyang che bunga, hahaaa... "Baik budi budak ni. Macam kau lily masa nenek jaga. Tak berbunyi rumah, kata orang kampung cikgu ishak bela cucu, rumah macam tak ada budak kecik.." Muahmuahhhaaa.. CR sila cari plastik kalau mau muntah, mak ulang apa yang nenek mak sebut:))
Anak saudara dengan mak saudara dah sama besar:))
Che Bunga sangat berhemah. Tak nangis pun masa mak dia busy masak sejak sebelum subuh.
KELUARGA besar atuk dan nenek che bunga sebelah abahnya. Ni masa pose raya di laman rumah che bunga. Syafiq dengan Adib nakal. Suka usik atuknya yang berjanggut tabligh sebagai atuk taliban. Mujur atuk cool dan senyum aje bila CR usik. Mak che bunga pulak kalau dengar cerita abah mentua yang empat -enam bulan keliling dunia ikut tabligh suka buat buat muka terkilan. Hah?? Abah gi Bali? Empat bulan? Awat tak cakap, boleh kirim perabot jati satu kontena. Abah mesti ada contact kan.... Oh, abah gi Itali? Europe? Enam bulan? Lorrrr... tahu kita nak kirim handbag!! Bengong kan mak che bunga:)) Paling tak tahan bila Syafiq tanya perkembangan kpop dari atuknya yang pernah ikut jemaah tabligh ke Korea beberapa bulan. Ayat tak tahan dari Atuk, "Syafiq, bebudak korea rambut semua pesen macam kau!"
Untuk atuk che bunga yang makan empat pinggan, bertambah tambah kemudian sambung makan laksa, huwaaaaa che bunga gumbira. tq tq atuk:))
Suruh anak lelaki susun agar agar, hah asal bubuh, tak kiralah nampak ditimbun. Dasar bujang, asal boleh....
kak lisa sama ulin, sepupu che bunga:))
lega bila semua food habis dijamah:)
achik rozaimi dengan achik maria, uncle auntie che bunga:))
achik nan che bunga:))
achik nan dan achik noni yang manis, bonda dan ayah saudara che bunga
Kanak kanak riang di wakaf laman rumah. semua ni sepupu che bunga.
Nama cik adik sebelah mak che bunga ni Rodziah, panggil Biah aje:)) Achik Che Bunga belah abahnya. Terasa tua mak che bunga bila bergambar dengan biah. Dulu masa baru nikah, biah ni entah darjah tiga kot. Sekarang achik biah dah ada dua anak. (BACA SEBAGAI: MAK CHE BUNGA PERASAN MUDA SEBENARNYA SEBAB TENGOK DALAM PIC MACAM SEBAYA AJE DENGAN CHIK BIAH. NAMPAK LEBIH KURANGKAN. AWET MUDA SUNGGUH MAK CHE BUNGA. PIC TANPA MAKE UP TANPA BEDAK, BERLUMOIH PELUH MASAK.... MUAHHHHAHAHAHAMUAHHHHH.... LALALALALA....)
2 comments:
Sebenarnya saya start kenal kak Lily sejak zaman Dewan Siswa lagi. ;)
Tapi ni fakta - dari dulu sampai sekarang memang rupa kak Lily cenggitu aje. Tak berubah! Gerenti orang tak percaya kalau mereka tau umur sebenar kak Lily.
Because you really look younger than your age! ;)
Audra Sazreena,
Oh dari zaman dewan siswa kenal kak lily makna lama sungguh tu!
Dulu kak lily kurus sesangat. cengkung. sekarang ni dah gemuks.
haha tapi kalau nak kata kak lily look younger jugak, err ok aje:)) wink wink winkkkk.. meh raya rumah akak, akak belanja sup ayam kampung sama rendang:))
Post a Comment