Bermula dengan memerhati dan mendengar cerita
anak. Kisah kesengalan dan perangai dia yang entah apa-apa di asrama.
Nak pulak dia mengaku rebel sebab saya paksa dia ke sana. Maka timbullah
cerita Superlicious Sofea di Highlanders. Oh, saya tak pernah berangan
pun akan tulis drama. Saya lebih syok nak buat novel. Alih-alih novel
separuh jalan, saya kena siapkan skrip dulu. 13 episod.
Dan hahahaha memang ada kawan yang mencebik. Skrip apalah yang kau buat tu? Entah ya entah tidak! Macam tak caya jer... Kau reti ke? Kau mana pernah masuk kursus mana-mana.
Hihihi saya ok aje. Alah dulu kat UM, terpaksa rela ambil paper filem.
Hahaha... dan bagi saya yang jenis redah dan redo, saya buat aje.
Proses bikin skrip 13 episod selama sebulan setengah tu bagi saya
adalah kursus yang sangat real saya terima terus dari produser saya.
Hazab sebenarnya! Sebab saya tak minat! Kacau bilau jiwa! Hahaha tapi
kan konsep saya redah!
Buat bos dan tuan punya produksi,
mudah-mudahan semua kerja-kerja shooting berjalan lancar. Huhuhu...
sampai hari ni saya masih tak sempat lagi nak ke lokasi SUPERLICIOUS
SOFEA. Doa dari jauh semoga semuanya baik-baik belaka. Pic di bawah ni saya
pinjam dari instagram naffizzolkefli. Pix Norman Hakim yang jadi Pak
Hafiz @ En Hafiz di Kolej Highlanders.
Sekarang ni saya akan cuba buat larian
mengejar masa. Saya harap Superlicious Sofea versi buku keluar dulu
berbanding versi tv. Biarpun saya yang tulis skrip, saya yang bikin
novelnya, tapi banyak perkara saya belajar dan akur. Versi tv TAK AKAN
SAMA dengan versi novel. Banyak kekangannya. Tapi tak mengapa.
Alhamdulillah. Saya mokcik tua yang baru nak belajar. Terima kasih tuan
produser di atas peluang dan kepercayaan. Yeahhhaaaa.... ada dua lagi
judul drama bersiri 13 episod saya bersama tuan produser! Alhamdulillah!
Errr macam mimpi pulak:))
1 comment:
Assalamualaikum, moga segalanya di pemudahkan dan bejln lancar...sure menarik
Post a Comment