Monday, January 14, 2013

Stalker, Maling & Penulis Mi Segera



Bab-bab menyamar memang hobi saya zaman muda remaja dulu! Memang terror! Hahaha skill tu saya asah tajam bila kerja. Bab-bab pujuk orang di telefon untuk interview pun selalu saya bantu kawan. Saya pernah telefon mohon untuk shooting pada seorang chef yang asalnya hanya duduk di rumah.

Sembang punya sembang, setuju untuk shoot. Alih-alih saya ada kecemasan, cuma hantar jurugambar aje ke rumah chef. Jurugambar gelakkan saya, "Lily, bini chef tu tunggu kau. Siap ambil cuti nak kenal kau. Dia tanya, kau tu muda ke kertu, dah ada anak ke?"

Kali kedua saya datang, wife dia ambil cuti lagi! Terus terkejut jumpa saya. "Ingatkan belum kahwin! Suami saya kata suara macam belum kahwin! Dah sarat anak keempat ya!" Hahahah saya pulak time tu menghampiri 100 kg hamilkan Haiqal.

Di fb ni pun, saya perasan, saya yakin dan saya percaya, banyak jugak kes-kes menyamar. Biarpun tanpa suara, tanpa kita mendengar.... tapi daripada soalan, pm, pertanyaan yang tak masuk diakal, kita boleh nilai akaun/peribadi seseorang.

Gerak hati saya boleh kenal rasanya yang mana genuine, yang mana akaun palsu. Kan mokcik dah nak maghrib kan... boleh agak yang mana. Nak pulak bila kekadang sesama depa berbual menegur di fb saya pada nama yang tak wujud dalam perbualan itu. A, B dan C sembang. Tetiba B balas sebut nama D! D, dari mana tu.Tu kes tersasullah tu... terkeliru tadi guna akaun mana, guna nama yang mana. 


Hahahah pada yang suka menyamar, nak korek-korek saya punya jadual kerja, siap minta plot lengkap (bukan sinopsis ya! siap plot tu!), minta layout (fuhh teror, budak darjah 6 mintak layout tu beb), hahah saya sangat ok! Siap tanya majalah mana yang sponsor masa saya bagi talk.... Curlasttt budak kecik tanya soalan macam tu! Tapi tak syoklah bila kantoi kan... lain kali buat directory nama dan akaun palsu yang berderet tu siap-siap masa guna! Jadi taklah tersasul dan kantoi! Hahahahahh... lalalalala.....WORLD PEACE!


Dalam banyak-banyak pm dan respon yang saya dapat dalam isu ini, jawapan dari adinda NEY NAZWANI, memang best! Ya, saya sendiri pernah dirisik-risik oleh bebudak kecil darjah 4-6 cara kiraan royalti! Hebat anak-anak sekarang. 

Begini ajelah, tak payah jadi stalker. Kalau rasa nak tanya, tanyalah secara profesional. Kalau kita kagum atau ingin 'meniru' atau ingin meminjam ilham, cakap aje secara jujur. Kita akan lebih dihormati begini. Daripada tiru sana sini, lepas tu mengaku ilham sendiri, itu maling namanya! Kalau semua benda kita intai, intip kemudian curi-curi guna, haishhh halal ke tidak benda tu kalau esok lusa jadi duit kemudian duit tu disuap ke mulut anak bini. Kalau semua benda kita intai, kita jadi stalker, kemudian jadi maling... seronok sungguh hidup. Tak payah susah payah. Nak buat master atau phd ubah suai aje mana-mana thesis yang sedia ada. Senangkan.



Semenjak dua menjak ni saya notis, dah macam trend, bila satu judul, satu plot cerita meledak di kalangan pembaca. Semua writer akan buat benda yang sama. Bila perkataan  Saranghaeyo, Arumi tu dirasakan catchy, dirasakan cerita tu boleh jual, berderet-deret cerita Saranghaeyo keluar dalam bentuk buku. Sampai ada yang sanggup buat perkara keji. Muka tak malu, cetak rompak cover berserta nama penulis ROSE HARISSA, jual dan makan hasil duit buku yang dimalingkan. Walhal judul itu penuh cerita berliku. Penggunaan judul itu dianggap tidak patriotik, tidak melambangkan rasa cinta pada bahasa. Tapi bila terbukti ada nilai komersil, ramai pulak yang sanggup buang prinsip. Hahhahaa badang gitu kot... sanggup makan muntah!

Bila rasa word Red Velvet tu ala ala in dan senang lekat dalam kepala, pakai ajelah word tu untuk judul. Lagi parah bila jalan cerita ada imbas-imbas, nama watak sikit lebih kurang, takat tukar huruf aje untuk nama watak! Kerjaya watak sama disertai pula dengan beberapa scene yang sangat sama... Haishhh... come onlah... Tapi kalau mahu menjadi penulis mi segera, memang tak berkisahlah benda-benda ni. Terpulang kepada masing-masing. 

Saya jenis malas nak ambil tahu. Tetapi sekeliling saya ramai juga yang "sangat baik" dan "sangat menjaga kebajikan saya". Diemel dan dipmkan saya beberapa contoh persamaan yang sangat melampau itu. Saya tarik nafas, senyum dan saya balas emel-emel itu dengan ayat begini,  "Menulis ikut cara singkat macam ni... nanti tak lamalah dalam industri. Satu, dua atau tiga ke empat buku aje bertahan. Maksimum lima tahun. Lepas tu hanyut ke mana."

Kenapalah tak dicari gali perkara lain yang lebih nampak beridentiti, menyerlah... bumi ni luaskan. Cabang ilmunya berlapis-lapis. Awatlah tak mau buat homework, buat sesuatu yang baru dan lebih bermakna?

Macam masak asam pedas, semua orang boleh masak. Tapi air tangan membezakan. Itu kalau sentuh bab air tangan, lebih parah lagi kalau karya bukan dari air tangan sendiri. Benda-benda instant ni kan orang selalu kata junk food. Bukan aje tak berkhasiat, memudarat malah tak lekat jadi darah daging!

Dunia penulisan ini kecil. Tak besar dan tak hebat mana. Tapi kekadang anak muda berdarah panas, gelojoh cepat aje mahu cari jalan pintas. Seingat saya satu ketika dahulu, ramai editor penuh berprinsip. Kalau mahu judul lagu jadi judul novel pun tak dibenarkan. Fikir carilah idea lain. Itu bangkang editor. Kalau ada judul yang dipropose tetiba dah ada orang lain guna, mati hidup balik kita tidak dibenarkan mengulang pakai semula. Kata editor, tu dah tahap judul pampers pakai buang! Begitu sekali cerewet dan teliti editor. Ya, satu ketika dulu. 


Kalau bab imej, penulis dilihat sebagai orang yang berkongsi ilmu, menjana pemikiran. Bukan takat berangan-angan duduk dalam gua mencari ilham. Tapi kebelakangan ni memang saya tahu ada yang sanggup bergaya muda, berimej kpop sampai sanggup sorok anak yang berderet kecil dan sembunyikan bini. Macam-macam kan... Pada adik-adik muda yang mahu jadi penulis, jadi penulis yang ada ilmu, bukan penulis serigala jadi-jadian dan bukan juga penulis junk food atau penulis yang lebih tak berkhasiat daripada mi segera!

World peace!


4 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum.
Bab pilih tajuk untuk novel. Zarra cuma penconteng hikayat secara maya aje. bab pilih tajuk memang bermasalah. Tapi, entah kenapa. suka sangat memeningkan kepala fikir tajuk daripada plot cerita dengan nama-nama hero. Kadang2 tu masa menconteng baru nama hero dengan heroin terlintas. Hahaha...

MONALITA MANSOR said...

superb. harap lepas ni ramai yang kembali ke bumi. berpijak di bumi nyata. Dunia penulisan sekangkang kucing aje...

Lily Haslina Nasir said...

Waalaikumsalam dinda Zarra Zuyyin,
Oh kak lily pun sama! Berbulan kekadang mahu fikirkan tajuk. Nama hero heroine pun perkara biasa kejap bertukar, kejap adjust! Sampai dapat yang serasi waktu ditaip!

Lily Haslina Nasir said...

Monalita,
Kak lily jarang nak berkisah benda-benda remeh begini. Tirulah, buatlah apa yang patut! Ini berbalik pada air tangan kan.... Kalau tiru tapi tak ada skill pun tak menjadi. Akhirnya orang yang baca akan cepat tangkap dan boleh agak dari mana sumber peniruan tu. Ini yang jadi... orang yang rajin beritahu dan kongsi sama kak lily. Tapi macam kak lily kata, benda begini terpulang masing-masing.

Kalau rasa selesa hidup jadi maling, terserah. Tapi, macam mana pula kalau yang dicuri tu tak halalkan... hahaha nanti bila dijual, berubah hasil dalam bentuk RM, emmm bukan ke dah jadi sumber tak halal kan...

Dan, kalau orang tanya macam mana mahu menulis lama, nak tak nak, kena berani redah 1001 satu jalan berliku. Kena perah idea... tanyalah mana pun sasterawan negara, penerima hadiah nobel, penerima Pulitzer Prizes, tak ada jalan pintas untuk hasilkan karya yang ada isi, seronok dibaca dan disebut orang. World peace!

ps: Tahniah adinda untuk berita yang satu tu. Kak lily tak sempat balas di PM. Ni sibuk presentation skrip. Terus gigih dan kalau ada halangan, terima dengan dada yang lapang. Perjalanan Monalita panjang lagi tu...

ShareThis