Buat kenalan, rakan jauh dekat, lama, baru, saudara-mara, ayahanda saudara, bonda saudara, sepupu sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia, saya dengan rendah diri ingin ucapkan terima kasih sebab sudi berkongsi kisah, saling sapa menyapa di fb personal saya selama ini.
Saya kekadang cuak dan bimbang, ada sapaan tak sempat saya balas. Maaf. Kekadang kesuntukan masa, kekadang saya akui terlepas pandang. Nak pula bila telefon BB saya yang tak habis sekolah tu meroyan!
Setelah puas fikir, saya rasa biarlah saya di fanpage Lily Haslina Nasir http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir (foto saya berbaju hitam) ini saja. Di laman fanpage ini kita masih boleh menyapa, berhubungan, bersembang dan berkongsi kisah. Macam hari ni, tiba-tiba lepas menaip, masak lepas tu ke Enstek jemput anak.
Lepas tu tiba-tiba terjah bakar kek coklat devil. Saya harap bila saya hanya mengendalikan fanpage Lily Haslina Nasir ini saja, saya tidak terkejar-kejar. Buat Eynda Iynda, tq so much darling... sebab eynda lah yang daftar dan set upkan fb kak lily. Daaaa... saya akan tutup fb personal.
Dan kita bertemu di page yang satu ini ya! http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir Kalau sudi like, like lah... tak like pun tak apa. Kita masih boleh berkongsi cerita.
InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya akan kongsikan novel novel atau petikan novel yang sedang dalam pembikinan di sini ya....
http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir
1 comment:
Asalamualaikum akak... buku 3novel itu masih boleh lagi kee?? Boleh akak jelaskn lebih lanjut macam mana membelinya? Boley saya menggunakan perkhidmatan post x? Harap mohon penjelasan *
Post a Comment