CERITA suka-suka @ syok sendiri! Mokcik mak budak baru belajar menulis, kalau salah tolong tunjukkan... hahahhaha :))))
SUPERLICIOUS SOFEA
BAB 3
Azab!!
Itu saja yang terkeluar dari mulut Qamariah.
Kepalanya semakin berdenyut-denyut. Bau ikan pekasam yang dibeli oleh
emaknya di tepi perkampungan Tasik Banding membuatkan dia semakin
pening.
“Bila nak sampai ni Bah?”
“Kejap lagi...”
Sepuluh minit. Dua puluh minit. Sudah menjangkau sejam. Jangan kata
tiang seri kolej, papan tanda pun belum nampak lagi. Cuaca semakin
meninggi tapi hujung langit masih berkabus.
“Cantik tempat ni!
Hijau.... Tengah hari pun berkabus!” Spontan Makcik Mariam memuji
sewaktu memandang sekeliling dari tingkap kereta.
“Cantik??? Eee tak kuasa!! Bukan ada TGV ke, Pavillion ke kat area ni!!”
Pantas saja Qamariah mencemik.
“Lah ingatkan telinga tu bersumbat, tak dengar apa orang cakap.” Qabil mengejek kakaknya.
“Kau diamlah! Aku dah stress tahap gaban ni! Bila kita ni nak sampai??”
Dia menjeling adiknya. Sudah naik kematu punggungnya di dalam kereta.
Sesekali matanya menjeling pada meter kelajuan kereta bapanya. Aduhai,
tak boleh laju lagi ke? Rengusnya di dalam hati bila memandang jarum
menunjukkan 120 km.
“Abil rasa lagi 49 jam, 47 minit, 55 saat kot!”
“Abil jangan cari pasal ya.... Ada kena lesing ke luar tingkap nanti!”
“Jangan kelahi boleh tak dua beradik ni??” Makcik Mariam memang sudah
rimas mendengar rengusan Qamariah. Qabil pula mencurah minyak pada sumbu
kesabaran kakaknya.
Qamariah cuba melelapkan mata. Tapi tidak
mahu pejam. Dia tidak tahu perasaannya yang sebenar ketika itu. Entah
ada rasa payau, ada rasa pahit, ada rasa sebak dan juga rasa tertelan
sesenduk cili padi kisar!
Pedih sebenarnya jiwa. Siapalah yang
suka terpelanting jauh dari keluarga. Tapi kalau sudah tak ada pilihan,
dia akan kuatkan hati. Namanya pun Qamariah. Selalu meriah kan... kata
kawan-kawan. Biar sedih dan banjir hati dik air mata tengah malam, muka
mesti maintain senyum.
Gaya mesti cool! Kena tunjukkan pada
orang, Qamariah boleh hidup di mana saja. Campak dalam gua pun tak ada
masalah! Tertiarap di puncak gunung pun boleh saja bernafas lagi dan
berdiri dengan dua kaki! Yeahhh Qamariah boleh! Hulu pun hulu lah!
“Bah, lajulah sikit! Bila nak sampai kalau slow!” Dia mendesak abahnya.
“Nak laju macam mana, jalan banyak selekoh!” Pintas Makcik Mariam.
Pon! Pon! Tetiba di satu jalan yang agak menurun bukit, sebuah kereta
Satria dengan laju memintas mereka. Bunyi hon yang bingit itu cukup
mengejutkan. Mujur Haji Kamal kemas memegang stering keretanya Civicnya.
“Hishhh... tengojk tu bah! Satria potong Civic!” Menyirap darah Qamariah. Pantas dia menghafal plat kereta yang di hadapan itu.
“Yelah bah! Potong dia balik....” Qabil turut mengapi-apikan bapanya.
Kereta Satria itu tidak semena-mena kembali perlahan.
“Haishhh... saja jer tu.... Bah potong ajelah! Lembap lah pulak dia macam siput sedut!”
Dik rimas terpaksa mengikut perlahan di belakang Satria kelabu itu, dan
ditambah bingit telinga kerana anak-anak mengapi-apikan, Haji Kamal
dengan tenang memotong kereta itu kembali.
“Heiii.... ekzos
macam batang buluh! Spoiler tinggi macam KLCC, enjin macam mesin rumput
jer.... Hishhh tengok tu, drive sambil sibuk dengan handphone!”
Lancar saja mulut Qamariah membebel. Dia sempat memandang dan menjeling
pada pemandu Satria yang nampak kelam-kabut menjawab telefon di tangan.
“Haha... lagi satu kilometer sampai.” Haji Kamal memberitahu sebaik ternampak papan tanda arah kolej.
“Alhamdulillah...” Makcik Mariam menarik nafas lega. Dia sendiri pening
dengan bau ikan pekasam yang berpaket-paket dibelinya di Tasik Banding.
“Selamat datang pakcik.... parking di atas ya... Pelajar boleh dulu
turun daftar di sana.” Pelajar senior yang bertugas menyambut dan
memberi tunjuk arah.
Qamariah turun dengan pantas dari kereta.
“Adik, tak ada baju kurung ke? Nanti cari baju kurung tukar ya!”
Seorang senior sudah menegur. Belum sempat hilang lenguh badan dalam kereta, Qamariah sudah terasa dirinya direbus.
“Adik.... ya awak! Nanti cari apa-apa kain buat tutup kepala ya!”
“Tutup kepala?” Terlopong Qamariah mendengarnya. Haishhh... ini apa kes ni? Banyak hallah pulak!
“Ya, tutup rambut, tutup aurat... kain tudung atau apa apa selendang!” Senior yang garang itu mula menjeling.
“Eh, saya tak bawak apa-apa tudung.” Oh, hati Qamariah semakin menggelegak.
“Kalau tak ada, carilah apa apa kain. Boleh pinjam atau beli....”
“Tapi saya memang tak pakai tudung....”
“Wajib masa minggu orientasi!”
“Saya kalau pakai tudung, biar hati saya terbuka sendiri...”
Hahaha nasiblah! Qamariah jujur! Qamariah cakap dari hati! Kalau ada
yang terasa, raya nanti Qamariah minta maaf! Rengus Qamariah. Abahnya
sudah mencari parking.
Ikutkan hati yang membara mahu saja dia
lompat semula ke dalam kereta dan minta abahnya pecut pulang ke Kuala
Lumpur! Banyak hallah pulak kolej ini!
“Kalau tak mau pakai.. nanti kena jumpa dan jawab dengan Pak Hafiz....”
“Pak Hafiz....”
Belum sempat mahu bertanya siapa pula Pak Hafiz, senior sudah riuh dan spontan memberitahu.
“Hahahah... itu Pak Hafiz dah sampai....”
Oh, tidak!!!
Terasa mahu terpelanting jantung ke tumit bila Qamariah melihat kereta
Satria kelabu yang bunyi enjinnya macam motorbot itu masuk ke
perkarangan kolej. Oh, dia memang belum tua untuk rabun! Confirm! Memang
dia!
“Alllah!! Mamat tadi! Mamat yang keretanya spoiler macam
KLCC, ekzos meriam buluh tapi enjin macam enjin mesin rumput!” Terbeliak
mata Qamariah.
“Pak Hafiz, Pensyarah Hal Ehwal Pelajar dan
Disiplin sini...” Ujar senior yang sombong itu tanpa menoleh. Semua
bergegas menyambut Pak Hafiz yang sudah parking kereta.
“Emmm...bodeklah tu! Macamlah kalau bodek pensyarah, boleh dapat soalan
bocor masa exam!” Cemuh Qamariah yang meluat memandang pelajar senior
berebut menyambut pensyarah muda itu.
Tudung? Tudung kepala?
Mana aku nak cekau? Errr, pinjam mak punya? Alah, mak punya tudung
huishhh... Corak macam taman bunga kembang setahun! Serabut! Alah, macam
mana ni?
Aduhai.......
No comments:
Post a Comment